Tip Menguruskan Ketinggian Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/11/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Suatu yang mengejutkan apabila seseorang tidak berpuas hati dengan ketinggian mereka. Sesetengahnya beranggapan mereka terlalu tinggi, manakala sesetengahnya membenci diri mereka terlalu rendah. Ketinggian anda lazimnya dipengaruhi oleh gen, termasuk juga gaya hidup dan persekitaran kehidupan.

Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, anda tidak boleh mengubah ketinggian anda. Sama ada anda suka atau tidak, anda perlu meneruskan kehidupan dengan keadaan itu. Akhirnya, anda perlu berurusan dengan ketinggian. Barikut beberapa tip untuk anda.

Ketahui bahawa ketinggian bukan masalah

Masalahnya terletak pada orang yang membuli atau mengkiritik disebabkan ketinggian anda. Jika tiada sesiapa yang menganiaya anda dengan ketinggian, adakah anda masih membencinya? Jawapannya mungkin tidak.

Perspektif anda terhadap diri sendiri terbentuk oleh penghakiman sosial. Suatu hari nanti anda akan sedar bahawa anda tidak dapat memuaskan semua orang. Jika anda terlalu tinggi atau rendah, bagi orang yang suka mengkritik, dia akan sentiasa mencari sesuatu yang lain untuk terus melakukan perbuatan itu.  Jadi, adalah mustahil untuk hidup dengan jangkaan orang lain. Anda tidak perlu melakukannya terhadap diri anda.

Seseorang yang benar-benar menjaga anda akan menyayangi anda seadanya. Jika boleh, bercakap dengan pembuli anda. Tunjukkan kepada mereka bahawa anda bahagia dengan saiz diri anda. Melangkah dengan yakin. Berdiri dengan tegap. Wujudkan hubungan mata. Seseorang hanya malu kepada anda terhadap apa yang pernah dimalukan. Dan, sekiranya perkara itu masih berlaku, jangan teragak-agak untuk melaporkannya kepada ibu bapa, guru atau penyelia anda. Jika perlu, dapatkan bantuan penguatkuasaan undang-undang.

Tenang dengan ketinggian anda

Jika anda perlukan sedikit penambahan dalam inci, berbincang dengan doktor anda. Sekiranya masih bertambah, mungkin diet dan rutin senaman yang betul boleh menambahkan beberapa inci pada ketinggian anda. Jika anda sudah tinggi, tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk tumbesaran anda.

Walau bagaimanapun, tinggi atau pendek, selalunya ada cara untuk membuatkan anda berasa baik dengan diri anda. Mula melihat majalah fesyen untuk mengetahui jenis pakaian yang boleh mengecilkan saiz anda. Menyertai kelab sukan juga satu idea yang baik yang mana ketinggian anda menjadi satu kelebihan.

Seseorang yang bersaiz kecil sesuai dengan gimnastik dan menari, sementara seseorang yang tinggi sesuai untuk bola jaring, bola keranjang dan lain-lain. Anda hanya perlu mencari sesuatu yang bersesuaian utnuk kekal bahagia dan sihat.

Sejujurnya, ia memerlukan masa dan usaha untuk menerima diri anda. Perlu diingatkan bahawa ketinggian anda tidak menentukan siapa diri anda. Berikan diri anda sedikit masa. Cepat atau lambat, anda akan memikirkannya. Seseorang akan mengambil kesempatan atas kelemahan anda. Jadi, satu-satunya cara untuk melawan mereka adalah berkeyakinan dan menjauhkan diri daripada perkara negatif.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimanakah Sepatutnya Memanfaatkan Usia 20-an Anda?

    Semua orang mengatakan bahawa usia 20-an adalah tempoh masa eksperimen atau percubaan, yang mana anda mungkin melakukan kesilapan dan menjalani kehidupan dengan sedikit komitmen dan tanggungjawab. Malah, pada usia ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/03/2019 . 2 minit bacaan

    Aktiviti Altitud Tinggi, Impak Terhadap Kesihatan

    Beraktiviti di tempat altitud tinggi pasti menjadi pengalaman luar biasa kerana anda boleh nikmati keindahan pemandangan, pergunungan dan udara segar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/03/2019 . 3 minit bacaan

    Ibu Bapa, Jom Kenali 8 Faktor UTAMA Tumbesaran Si Manja Anda Itu Terbantut!

    Pernah terfikir kenapa si manja anda lebih kecil berbanding yang lain? Ibu bapa, sila ambil tahu faktor tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 26/02/2019 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Meningkatkan Harga Diri

    Individu yang mempunyai maruah akan menghargai nilai dan menjaga diri mereka. Namun, bagaimana untuk meningkatkan harga diri, terutama di zaman moden ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 22/02/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pentingkah-hubungan-asmara-kepada-setiap-pasangan

    Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
    orang rendah

    Orang Bersaiz Rendah Hidup Lebih Lama, Ia Terbukti Di Jepun Yang Dapat Hidup Sampai 100 Tahun!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
    Jangan Ambil Mudah Isu Body Shaming (2)

    Anda Suka Body Shaming Individu Lain? STOP IT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2019 . 3 minit bacaan
    cara nak tinggi

    Jangan Rendah Diri Jika Anda Pendek, Mungkin Boleh Cuba Cara Untuk Tinggi Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 29/04/2019 . 3 minit bacaan