Tahukah Anda Apakah Unit Utama atau Jabatan di Hospital?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Malaysia mempunyai sistem kesihatan yang baik dan bertaraf dunia. Malah, majalah International Living telah menyenaraikan Malaysia sebagai 5 negara yang menyediakan khidmat penjagaan kesihatan terbaik di dunia!

Bercakap tentang penjagaan kesihatan, ia lebih luas dari sekadar hospital dan klinik. Ia meliputi:

  • Rawatan (kuratif).
  • Pencegahan.
  • Promosi kesihatan (promotif).
  • Rehabilitatif.

Semua ini bertujuan melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera.

Staf kesihatan juga tidak terhad kepada doktor tetapi termasuk jururawat, pembantu perubatan dan kerani. Malah, pencuci lantai juga mempunyai peranan penting bagi memastikan hospital sentiasa bersih dan bebas kuman.

Dalam artikel ini, mari kita lihat unit utama atau jabatan di hospital untuk memahami fungsinya.

1. Perubatan dalaman (internal medicine)

Jabatan Perubatan mungkin merupakan unit paling sibuk di hospital. Ia berurusan dengan semua penyakit yang berpunca dari dalam melibatkan pelbagai sistem tubuh. Semua keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan dalaman melalui ubat-ubatan kebiasaannya dirujuk ke jabatan ini.

Ia terbahagi lagi kepada banyak subunit, antaranya:

  • Kardiologi (jantung).
  • Paru-paru.
  • Neurologi (urat saraf dan otak).
  • Gastroenterologi (usus dan perut).
  • Reumatologi (sendi dan autoimun).
  • Hematologi (darah).
  • Endokrinologi (hormon).
  • Dermatologi (kulit).

2. Pembedahan (surgery)

Jabatan Pembedahan pula menerima pesakit yang memerlukan rawatan pembedahan, sama ada pembedahan minor seperti menjahit luka pada kulit atau pembedahan major seperti pemindahan organ dan pembedahan jantung.

Seperti perubatan, unit ini juga mempunyai subunit, antaranya:

  • Kardiotorasik (jantung).
  • Neurosurgeri (urat saraf dan otak).
  • Ortopedik (tulang).
  • Vaskular (saluran darah).
  • Urologi (saluran air kencing dan kelamin).

3. Pediatrik atau kanak-kanak (paediatrics)

Semua kes melibatkan individu berumur bawah 18 tahun akan dirujuk ke unit ini. Namun, doktor pakar kanak-kanak juga turut mengendalikan kes tertentu melibatkan individu berumur lebih 18 tahun.

Jabatan ini juga mempunyai subunit tertentu seperti neonatal untuk bayi berumur sebulan pertama.

4. Perbidanan dan sakit puan (obstetrics and gynaecology)

Jabatan ini juga antara jabatan yang menerima banyak kes. Terbahagi kepada dua iaitu:

  • Perbidanan – semua berkaitan kehamilan bermula hari pertama sehingga selepas proses bersalin termasuk pencegahan kehamilan.
  • Sakit puan – keadaan kesihatan khusus melibatkan wanita seperti gangguan kitaran haid dan semua berkaitan sistem reproduktif wanita.

Ini ialah jabatan utama anda boleh temui di hospital. Namun, masih terdapat banyak lagi jabatan di hospital seperti kecemasan dan trauma, onkologi (kanser), psikiatri, anestesiologi (bius), oftalmologi (mata) dan sebagainya. Pembahagian mengikut unit seperti ini tidak lain hanya bertujuan membantu proses penjagaan kesihatan pesakit berjalan dengan lancar dan baik.

Hargailah staf kesihatan yang bekerja siang dan malam demi menyelamatkan nyawa anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    TAK SANGKA Mesin Basuh Di Rumah Mungkin Juga ‘Rumah’ Untuk Organisma Lain!

    Adakah anda tahu, bahawa mesin basuh merupakan 'rumah' bagi bakteria yang mungkin boleh berpindah ke pakaian anda pula jika tidak dicuci?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 14/11/2019 . 3 minit bacaan

    Berita Baik Buat Mereka Yang Mengalami Masalah Ketidaksuburan!

    Bajet 2020 membolehkan rawatan IVF dilakukan. Disebabkan harga IVF mahal, bantuan ini dapat bantu ringankan beban ibu bapa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 03/11/2019 . 2 minit bacaan

    Kemaluan Tiba-Tiba Bau Hanyir, Walaupun Sebelum Haid? Ini Mungkin Puncanya Anda WAJIB Tahu

    Jika pasangan anda mempunyai vagina yang bau hanyir, apakah maknanya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut di Hello Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/11/2019 . 3 minit bacaan

    Adakah Ini Merupakan Kunci Kepada Rawatan Kanser Payudara Agresif?

    Baru-baru ini, kajian telah menunjukkan kanser payudara menyimpan jumlah glikogen yang banyak. Mengapa ya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 29/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara merawat hati

    Usah Sedih Jika Anda Penghidap Kanser Hati, Ini Diagnosis & Rawatan Sesuai Untuk Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan

    Tak Sangka Kos Rawatan Kanser Paru-Paru Antara TERMAHAL, Termasuk 5 Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/01/2020 . 4 minit bacaan
    penyakit skizofrenia

    4 Daripada 10 Ribu Rakyat Malaysia Menghidap Skizofrenia! Hentikan Stigma Pada Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan