Selamatkan Nyawa Anda: Ukur Tekanan Darah di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan kesihatan yang menjejaskan ramai manusia di seluruh dunia. 4 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami hipertensi, hampir sama dengan statistik yang diperolehi di peringkat global.

Risiko yang diberikan oleh keadaan kesihatan ini adalah sangat banyak termasuk penyakit jantung iskemik, strok dan masalah buah pinggang. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penyakit jantung iskemik adalah pembunuh nombor satu di Malaysia!

Di sebalik bilangan kes dan risiko yang ada, kebanyakan pesakit tidak tahu mereka sedang mengalami hipertensi. Bagaimana ingin tahu jika tiada simptom? Kalau ada pun, selepas mengalami komplikasi.

Pemeriksaan berkala

Menyedari pentingnya untuk mengesan penyakit ini dengan awal, Dr Azani Mohamed Daud, Pakar Perunding Kardiologi di Gleneagles Intan Medical Centre, mengatakan bahawa setiap yang berumur 18 tahun dan ke atas harus memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setahun.

Beliau yang menghadiri kempen ‘HealthinUrHands’ anjuran Omron di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral turut menggesa semua rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat. Pencegahan adalah langkah yang terbaik. Jika seseorang disahkan tekanan darah tinggi, kemungkinan ubat perlu diambil seumur hidup.

Ukur tekanan darah di rumah

Seperti yang disebutkan di atas, penyakit jantung iskemik adalah sebab utama kematian di Malaysia. Ia diikuti oleh strok dan kedua-duanya adalah berpunca daripada hipertensi. Dengan kebanyakan kes berlalu tanpa dikesan, banyak pesakit yang berakhir dengan serangan jantung dan strok.

Mengukur tekanan darah secara berkala di rumah adalah langkah yang baik. Bukan sahaja untuk mengesan awal, ia juga membantu pesakit yang sedang menjalani rawatan memantau tekanan darah mereka serta keberkesanan ubat yang diambil. Malah menurut kajian, pemeriksaan tekanan darah di rumah membantu pesakit menjadi lebih disiplin mengambil rawatan.

Walau bagaimanapun, masyarakat harus sedar bahawa tidak semua alat pengukur tekanan darah digital adalah tepat dan boleh dipercayai. Pastikan alat yang dipilih telah disahkan oleh badan berautoriti demi mendapatkan bacaan yang betul. Alat keluaran syarikat Omron adalah antara pilihan yang baik.

Ukur tekanan darah sekarang. Selamatkan nyawa anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan