Mulut Berbau Ketika Berpuasa? Ini Tip Atasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/04/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Bau mulut mungkin merupakan salah satu masalah anda sewaktu berpuasa. Bau mulut yang kurang sedap boleh membuatkan anda tidak selesa dan menggangu aktiviti harian anda. Sebenarnya apa yang menyebabkan bau mulut dan bagaimana cara mengatasi bau mulut sewaktu berpuasa?

Penyebab bau mulut sewaktu berpuasa

Semasa berpuasa, badan anda menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama kerana simpanan glikogen di dalam hati dan otot yang kebiasaannya menjadi sumber tenaga sudah habis digunakan. Apabila lemak digunakan, tubuh akan menghasilkan sebatian yang dipanggil keton. Sebatian ini mempunyai bau khas yang dapat dihidu melalui nafas anda.

Selain itu, sewaktu berpuasa kita tidak dibenarkan minum air. Keadaan mulut yang kering juga boleh menyebabkan bau mulut kerana apabila mulut kering, kadar air liur di dalam mulut berkurang. Air liur berfungsi untuk meneutralkan asid yang dihasilkan daripada plak. Air liur juga berperanan untuk menghilangkan sel-sel mati yang terkumpul pada lidah, gusi, dan pipi. Jika sel-sel mati ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan mulut berbau.

Makanan dan minuman yang anda ambil sewaktu sahur dan berbuka juga boleh mempengaruhi bau mulut. Makanan yang sudah dicerna akan diedarkan ke seluruh tubuh melalui darah, termasuk ke paru-paru. Jika anda mengambil makanan atau minuman yang mempunyai aroma menyengat maka nafas anda mungkin berbau kurang enak.

Kurang memberus gigi juga boleh menjadi penyebab bau mulut ketika berpuasa. Untuk membersihkan mulut, memberus gigi sahaja ternyata tidak mencukupi. Anda juga harus menggunakan benang gigi, membersihkan bahagian gusi, hingga membersihkan lidah.

Tips mencegah bau mulut ketika puasa

  1. Bersihkan mulut secara menyeluruh:
    • Mulakan dengan memberus gigi menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida. Ia berfungsi menghilangkan plak dan sisa makanan. Gosok gigi anda sekurang-kurangnya selama 2 minit.
    • Jangan lupa juga untuk membersihkan lidah. Anda boleh menggunakan alat yang direka khas untuk membersihkan lidah atau kebiasaannya di bahagian belakang berus gigi anda ada disediakan pembersihan lidah.
    • Selepas itu, gunakan benang gigi untuk membersihkan celah-celah gigi. Bahagian ini sering sukar dibersihkan hanya menggunakan berus gigi sehingga boleh mencetuskan pembentukan plak dan menyebabkan bau mulut.
    • Terkini, anda boleh menggunakan ubat kumur anti bakteria.
    • Lakukan kesemua langkah tersebut selepas makan sahur dan sebelum tidur malam, jangan hanya memberus gigi sahaja kerana memberus gigi hanya mampu membersihkan 60% bahagian mulut anda. Rujuk doktor gigi anda untuk memilih jenis ubat gigi, berus gigi, dan ubat kumur yang sesuai untuk anda.
  2. Jangan merokok ketika sahur: jika anda terbiasa merokok selepas makan sahur, anda harus mula membiasakan diri supaya menghentikan tabiat tersebut kerana tembakau boleh menyebabkan bau mulut. Selain itu merokok juga meningkatkan risiko anda mengalami masalah pada gusi yamenyebng boleh menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
  3. Minum banyak air putih: sewaktu sahur, banyakkan pengambilan air dengan minum air putih. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, keadaan mulut yang kering boleh menyebabkan bau mulut. Pastikan pengambilan air yang cukup sebelum berpuasa.
  4. Perhatikan apa yang anda makan: elakkan mengambil makanan yang berbau menyengat terutama sewaktu sahur, kerana selepas makanan selesai dicerna, iaakan diedarkan oleh darah ke seluruh tubuh termasuk ke paru-paru dan akhirnya boleh menyebabkan nafas anda berbau kurang enak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Mungkin ramai yang belum tahu apa punca sebenar kenapa hidung berdarah bukan? Ia juga mungkin petanda hemofilia! Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Berdepan masalah ereksi, dan malu dengan pasangan? Ia pasti berkaitan masalah mati pucuk. Tapi ada ke cara penyelesaian untuk keadaan itu? Jawapannya ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Apabila bercakap berkenaan masalah seksual lelaki, pastinya ia topik yang kurang digemari. Tapi apa mitos tentang mati pucuk yang biasa anda dengar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sifilis adalah

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    tanda penyakit rabies

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pendengaran

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan