Mewujudkan Persekitaran Kerja yang Sihat

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.    

Pernahkah anda merasa lebih bahagia dan lebih terinspirasi di beberapa tempat berbanding dengan yang lain? Anda mungkin menyedari sekarang bahawa sesetengah tempat dapat mewujudkan perasaan yang positif, menggalakkan dan bagus manakala yang lain tidak mampu mewujudkannya. Oleh itu, persekitaran kerja yang sihat adalah penting untuk meningkatkan motivasi dan kebahagiaan pekerja. Persekitaran kerja yang sihat juga meningkatkan produktiviti dan kesihatan organisasi.

Untuk mempelajari cara mencipta persekitaran kerja yang luar biasa ini, mari kita lihat 5 aspek teratasnya:

Persekitaran fizikal yang positif

Ia lebih menyeronokkan dan kurang tertekan untuk pergi bekerja dalam persekitaran yang penuh dengan sifat positif. Persekitaran kerja yang positif bukan sahaja penting untuk kesejahteraan fizikal, mental dan emosi kita, tetapi juga penting untuk peningkatan tahap produktiviti. Ini adalah kerana mereka yang berasa lebih baik di tempat kerja, semakin tinggi kemungkinan dia untuk berfungsi pada tahap yang optimum dan berdedikasi dengan pekerjaannya.

Cara untuk mewujudkannya:

Mempunyai persekitaran kerja yang bersih dan selesa dengan cahaya matahari yang mencukupi dan perabot yang santai. Mempunyai beberapa tumbuh-tumbuhan hidup di pejabat kerana kajian saintifik telah membuktikan manfaat mempunyai lebih banyak tumbuhan hijau di pejabat kerana manusia mempunyai keperluan semula jadi untuk dekat dengan alam, yang mana para saintis merujuknya sebagai ‘biophilia’.

Langkah kesihatan dan keselamatan pekerjaan

Tempat kerja yang sihat juga mengambil kira kesihatan dan keselamatan pekerja. Ini akan menghalang sebarang kebimbangan terhadap keselamatan semasa bekerja di tempat kerja.

Cara untuk mewujudkannya:

Pastikan kabel elektrik ditutup atau dilindungi dan membaiki sebarang keretakan di dinding atau siling. Memiliki tingkap yang secukupnya dan pemadam api di pejabat juga akan menjadi langkah keselamatan yang baik untuk dimiliki.

Aktiviti gaya hidup sihat

Pekerja adalah kekuatan bagi setiap organisasi. Melalui penekanan terhadap kesejahteraan pekerja, peningkatan produktiviti akan dapat dicapai serta mengurangkan jumlah ketidakhadiran kakitangan yang disebabkan oleh cuti sakit.

Cara untuk mencipta ini:

Galakkan pekerja untuk membawa makanan dari rumah dan menyediakan peti sejuk serta ketuhar gelombang mikro. Makanan tengah hari dan snek yang sihat boleh dibeli untuk mesyuarat organisasi. Menggalakkan kesejahteraan dan kecergasan di pejabat dengan mempunyai gimnasium di pejabat untuk menggalakkan pekerja untuk bersenam sebelum bekerja, selepas bekerja atau semasa rehat. Galakkan pekerja untuk mengambil tangga dan memotivasi mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti berjalan dan maraton untuk memberi inspirasi kepada mereka supaya lebih sihat.

Rakan-rakan yang memberi sokongan dan empati

Memupuk nilai-nilai empati dan sokongan terhadap satu sama lain di pejabat menunjukkan bahawa anda bukan sahaja peduli dengan kemajuan perniagaan, tetapi juga anda peduli dengan kesejahteraan pekerja dan rakan-rakan anda. Budaya tempat kerja yang menyokong dan mengambil berat adalah salah satu aspek persekitaran kerja yang lebih sihat.

Cara untuk mewujudkannya:

Memupuk persahabatan yang bermakna di tempat kerja, meraikan ulang tahun kelahiran, menganjurkan aktiviti pot-luck, menganjurkan team-building, menunjukkan keprihatinan dan belas kasihan terhadap satu sama lain. Mengamalkan kemurahan hati, penghargaan, ketulusan dan pengesahan.

Budaya korporat yang sihat

Setiap syarikat mempunyai budaya korporat tersendiri untuk mengawal nilainya. Ini selalunya mewujudkan amalan yang mana pekerja pada kebiasaannya akan mematuhi segala nilai tersebut. Sekiranya budaya korporat yang lebih baik diamalkan, keseluruhan suasana kerja akan menjadi lebih positif dan lebih bahagia selain mewujudkan suasana yang lebih bertenaga dan optimis. Budaya korporat yang sihat juga boleh membantu pekerja untuk sentiasa produktif dan terilham untuk menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik.

Cara untuk mewujudkannya:

Membina organisasi yang didorong oleh tujuan yang juga memberi tumpuan kepada kesihatan organisasi dan penyertaan seluruh pasukan ke arah tujuan ini. Mempunyai program senaman mingguan seperti sesi Zumba, mengamalkan kemaafan diantara satu sama lain untuk kesilapan-kesilapan lalu dan mengambil pengajaran untuk setiap perkara yang berlaku dan bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain.

kerja

Sememangnya persekitaran kerja yang sihat dapat memupuk kepuasan pekerja dan produktiviti yang lebih baik. Ianya adalah win-win situations untuk kedua-dua majikan dan pekerja dan harus dipupuk di setiap tempat kerja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    DARI PAKAR Pamilia Lourdunathan

    Mengatasi Keadaan Setelah Jantung Terhenti

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Lebih daripada 320,000 kes jantung terhenti berlaku di luar hospital setiap tahun di Amerika Syarikat. Jantung terhenti dipicu oleh kerosakan elektrik di bahagian jantung ...

    Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan
    jantung terhenti

    Diabetes: Menguruskan Emosi Anda

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai diabetes mempunyai risiko kemurungan yang lebih tinggi berbanding populasi normal. Masalah diabetes dan masalah ...

    Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan
    emosi

    Diabetes: Adakah Anda Bersedia Untuk Mengubah Tabiat Anda?

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Dianggarkan bahawa sekitar 350 juta individu di seluruh dunia telah didiagnosis menderita diabetes. Berjuta-juta orang lain mungkin tidak didiagnosis memandangkan setiap ...

    Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan
    diabetes

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Contohi Jepun, Ini Sebab Mengapa Perlu Kerja 4 Hari Seminggu

    Apa kata kita cuba usulkan bekerja 4 hari seminggu. Ia kelihatan tidak realistik tetapi ia sememangnya memberikan manfaat kepada pekerja dan syarikat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 06/02/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Lagi Yang Boleh Anda Lakukan Semasa Cuti Tahun Baru Cina?

    Sambutan Tahun Baru Cina 2020 berlangsung selama tiga hari di Malaysia. Apakah rancangan anda untuk mengisi masa lapang ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 23/01/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Introvert? Ini 5 Tip Berjaya Dalam Job Interview!

    Jangan risau, anda masih boleh berjaya dalam temuduga pekerjaan meskipun anda seorang introvert. Jom baca artikel untuk tahu tip yang boleh anda gunakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 15/01/2020 . 4 minit bacaan

    Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Makan secara sihat bukan sahaja untuk kecantikan fizikal, malah untuk kesejahteraan mental anda. Percaya atau tidak, makanan boleh mempengaruhi mood anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 08/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tempat kerja

    Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020 . 3 minit bacaan
    kerja lebih masa

    Alami Burnout Sewaktu Bertugas? Ikuti 7 Tip Ini Untuk Bantu Anda Kurangkannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/04/2020 . 3 minit bacaan
    bercinta dengan rakan sekerja

    Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Ini Pro & Kontra Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/03/2020 . 3 minit bacaan
    toksik

    Rakan Sekerja Selalu Buat Hal? Jangan Tunggu Lagi, Ini 5 Cara Untuk Anda Berdepan Dengan Individu Toksik Seperti Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/02/2020 . 3 minit bacaan