backup og meta

Benarkah 5 Mitos Ini PUNCA Tersebarnya HIV? Ayuh Bongkar Mengenainya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/06/2021

    Benarkah 5 Mitos Ini PUNCA Tersebarnya HIV? Ayuh Bongkar Mengenainya!

    Penyakit HIV adalah isu global yang telah membunuh lebih daripada 39 juta individu. Namun, masih ada salah faham mengenainya: bagaimana ia tersebar serta punca HIV menjangkiti seseorang individu.

    Artikel ini akan membantu menyingkap mitos HIV yang biasa didengari dan dipercayai.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Punca HIV: Fakta atau auta?

    #1: HIV tidak akan menjangkiti daripada tatu atau menindik badan

    Jarum adalah sangat berbahaya apabila dikongsikan bersama individu yang mempunyai HIV.

    Oleh itu, tatu atau menindik badan hanya selamat jika semua peralatan yang digunakan disteril dengan baik.

    Sebaiknya alatan yang digunakan hanya diguna sekali dan dibuang, atau alatan tersebut perlu digunakan dengan berhati-hati.

    Sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan tatu, anda perlu mencari salun tatu yang boleh dipercayai yang menggunakan alat yang disteril dengan betul.

    Satu perkara lain yang perlu anda ingat adalah darah atau cecair badan daripada individu yang mempunyai HIV, yang berada pada sebarang permukaan, turut boleh menjadi punca HIV menjangkiti diri anda.

    punca HIV

    #2: Seks oral tidak akan menyebarkan penyakit HIV

    Ia adalah mitos HIV sangat tidak benar untuk seseorang individu tidak dijangkiti HIV melalui seks oral dengan individu yang mempunyai HIV.

    Virus boleh tersebar melalui luka yang terbuka dan darah, sekali gus menjadi punca HIV

    Jika mempunyai luka pada mulut dan melakukan seks oral dengan individu mempunyai HIV, cecair badan dari pesakit HIV boleh merebak ke mulut dan menyebabkan jangkitan HIV.

    Kedua-dua individu perlu menggunakan perlindungan seperti dental dam atau kondom semasa seks oral untuk mengurangkan risiko jangkitan.

    #3: HIV dan AIDS sama

    HIV adalah punca kepada AIDS.

    Tetapi, ini tidak bermaksud individu dengan penyakit HIV akan mempunyai AIDS.

    AIDS adalah peringkat akhir penyakit HIV apabila sistem imun badan telah rosak teruk dan tidak berfungsi.

    Pesakit HIV mungkin tidak akan mendapat AIDS jika mendapat rawatan yang betul. Tahap HIV boleh dikekalkan untuk tidak berkembang kepada AIDS.

    Baca juga:

    #4: Nyamuk penyebar HIV

    Nyamuk boleh menyebarkan beberapa penyakit seperti West Nile Virus atau malaria, tetapi ia tidak sama dengan HIV.

    Kajian mendedahkan bahawa nyamuk tidak boleh menyebarkan virus punca HIV. Jika nyamuk boleh menyebarkan HIV, pastinya ramai individu boleh dijangkiti HIV!

    Oleh itu, jika digigit nyamuk, anda tidak perlu terlalu risau. Tiada sebarang virus HIV boleh memasuki badan anda.

    punca HIV

    #5: Ciuman punca HIV

    Sesetengah cecair badan, tidak akan menyebarkan virus HIV, seperti air liur, najis, air kencing dan peluh.

    Dari aspek teknikal, ciuman dianggap sebagai pertukaran cecair badan. Jika hanya air liur yang bertukar, ia adalah selamat.

    Tetapi, anda perlu sentiasa berhati-hati, jika terdapat luka pada bahagian mulut.

    Salah faham dan stigma yang difikirkan tentang mitos HIV menjadikan ia lebih bahaya daripada penyakit itu sendiri.

    Untuk melindungi diri anda dan individu di sekeliling anda, mengetahui maklumat dan info yang betul tentang HIV adalah perlu dan amat penting.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan