Mengembara Bersama COPD? 8 Tip Yang Diperlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Berdepan dengan masalah kesukaran bernafas merupakan simptom bagi penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), menyebabkan ramai individu yang terjejas dengan keadaan paru-paru progresif enggan mengembara jauh dari rumah. Namun jika pesakit COPD melakukan persediaan yang betul, tidak ada alasan mengapa mereka tidak boleh melancong, untuk beberapa jam, mahupun beberapa minggu. Berikut adalah beberapa tip mengembara bersama COPD yang mungkin dapat membantu anda.

Tip mengembara bersama COPD

  1. Berjumpa doktor

Bagi individu yang ingin mengembara bersama COPD, sebelum melakukan perjalanan anda, berbincang mengenai perancangan perjalanan anda bersama doktor untuk mendapatkan penilaian jujur terhadap kemampuan dan keperluan dalam perjalanan. Contohnya, tanyakan jika anda memerlukan oksigen tambahan, terutamanya jika anda menaiki penerbangan.

  1. Suntikan vaksin

Pastikan imunisasi adalah yang terkini dan dapatkan suntikan vaksin influenza dan juga vaksin konjugasi pneumokokal (PCV13) untuk melindungi daripada radang paru-paru. Semak vaksin dewasa lain yang mungkin anda perlukan. Pesakit COPD juga lebih terdedah kepada pneumonia – masalah keradangan paru-paru, yang boleh menyebabkan anda mungkin berada di hospital.

  1. Periksa peralatan

Pastikan anda meminta doktor anda untuk memeriksa peralatan anda, seperti kompresor dan alatan oksigen mudah alih, yang akan anda gunakan ketika mengembara untuk mengelakkan sebarang kemungkinan rosak dan tidak berfungsi. Pastikan anda mendapatkan alatan oksigen mudah alih untuk menentukan sama ada anda boleh mengendalikannya sendiri atau memerlukan bantuan untuk menggunakannya.

  1. Berbincang mengenai destinasi

Beritahu doktor anda ke mana anda akan pergi. Ia penting kerana jika anda mendaki atau pergi ke tempat tinggi, kerana ketinggian cenderung menyebabkan sesak nafas atau hipoksemia (oksigen darah rendah). Udara menipis; sehingga pesakit COPD yang tidak menggunakan kompresor di rumah mungkin memerlukan bekalan oksigen tambahan di tempat seperti itu.

  1. Bersedia untuk cuaca tidak menentu

Semak ramalan dan laporan cuaca dan hindari kawasan berkabus atau musim yang mungkin akan menjadi tempat bermasalah. Perjalanan dalam kereta, gunakan penghawa dingin dan pastikan tingkap ditutup, terutama dalam keadaan berkabus dan kesesakan jalan raya di mana asap ekzos boleh menyebabkan kerengsaan paru-paru.

  1. Perancangan dengan syarikat penerbangan

Pesakit COPD tidak boleh menggunakan kompresor oksigen sendiri (gas dalam tangki atau oksigen cecair) dalam pesawat, tetapi syarikat penerbangan membenarkan alatan oksigen mudah alih yang menggunakan bateri. Semak dengan pengeluar peranti sama ada alatan itu telah diuji untuk kegunaan dalam pesawat atau tidak. Untuk menggunakan alatan mudah alih ini, anda mesti mempunyai surat keperluan perubatan dan mendapatkan kebenaran daripada syarikat penerbangan, sekurang-kurangnya 48 jam sebelum penerbangan.

Peraturan mungkin berbeza mengikut syarikat penerbangan, jadi hubungi mereka beberapa minggu sebelum perjalanan anda. Tanya wakil syarikat penerbangan apa yang anda perlu bawa untuk membenarkan anda membawa oksigen bersama di dalam pesawat tersebut.

  1. Susun atur perjalanan kereta api dan bas

Sesetengah kereta api membenarkan peralatan oksigen mudah alih (botol oksigen dan konsentrator) yang tidak bergantung kepada keperluan kuasa elektrik. Tetapi anda perlu membuat tempahan dan memaklumkan kepada pihak kereta api sekurang-kurangnya 12 jam sebelum perjalanan anda. Syarikat bas kebiasaannya membenarkan penggunaan peralatan oksigen mudah alih tetapi sebaiknya anda periksa sebelum berlepas. Contohnya, sesetengah syarikat menghadkan bilangan canister. Jika anda mengembara ke luar negara, sila semak dengan syarikat berkenaan kerana polisi yang berbeza.

  1. Tandakan senarai pembekal pada peta

Menggunakan tangki udara kompresor? Sepanjang perjalanan dalam kereta, tandakan tempat untuk membeli tangki ekstra sepanjang perjalanan anda, jika anda mungkin berdepan masalah kerosakan atau kehabisan. Pembekal perubatan anda mungkin mempunyai cawangan di sepanjang perjalanan anda. Cara yang sama juga tertakluk kepada bateri tambahan bagi alatan oksigen mudah alih yang menggunakan bateri.

Anda pasti boleh menjaga diri anda sepanjang pengembaraan ini. Tetapi adalah baik jika anda mengembara bersama keluarga. Mereka akan sentiasa ada untuk anda di saat anda memerlukan bantuan. Selamat mengembara!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Aduh, Waktu Nak Melancong Lah Sembelit Pula! Ini 4 Petua Untuk Hilangkannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/11/2019 . 3 minit bacaan