backup og meta

Mengapa Doktor Sering Membawa Stetoskop ke Mana-Mana?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    Mengapa Doktor Sering Membawa Stetoskop ke Mana-Mana?

    Apakah perkara paling simbolik bagi seorang doktor? Kalau bukan kot putih, semestinya stetoskop. Lihat sahaja doktor, mesti akan disangkut alat perubatan tersebut di leher ke mana-mana.

    Apakah sebenarnya fungsi stetoskop? Adakah ia sangat penting?

    Stetoskop digunakan dalam pemeriksaan jantung

    Fungsi utama alat perubatan ini adalah untuk pemeriksaan jantung. Stetoskop mempunyai beberapa bahagian, paling utama ialah yang dimasukkan ke dalam telinga (eartips) dan bahagian bulat yang diletakkan di atas dada (bell dan diaphragm).

    Dalam pemeriksaan jantung, stetoskop membantu doktor mendengar bunyi jantung dan mengesan jika terdapat kelainan pada bunyi tersebut seperti bunyi jantung terlalu laju, penambahan bunyi jantung, terlalu kuat atau perlahan, dan bunyi murmur (tiupan atau desingan).

    Jika doktor mengesyaki jantung anda kurang sihat dari pemeriksaan menggunakan stetoskop, ujian tertentu mungkin perlu dilakukan untuk mengesahkan keadaan tersebut.

    Paru-paru juga boleh diperiksa menggunakan stetoskop

    Selain jantung, fungsi utama alat perubatan ini ialah dalam pemeriksaan sistem pernafasan bermula di tengkuk sehingga paru-paru.

    Doktor mungkin mendengar sistem pernafasan melalui bahagian depan dada atau belakang. Antara dapatan abnormal dari pemeriksaan paru-paru ialah kualiti bunyi pernafasan dan bunyi lain seperti wheeze (asma) dan crackle (pneumonia).

    Bunyi pergerakan usus

    Pemeriksaan jantung dan paru-paru mungkin biasa didengar tetapi bagaimana pula dengan pemeriksaan usus? Adakah ia juga boleh dilakukan oleh doktor menggunakan stetoskop?

    Walaupun agak jarang dilakukan tetapi ia turut digunakan dalam sesetengah kes. Usus anda menghasilkan bunyi yang boleh didengar menggunakan stetoskop dengan kekerapan tertentu. Dalam kes tertentu, bunyi tersebut mungkin berkurang atau tiada seperti kes usus tersumbat atau masalah urat saraf.

    Ini merupakan sebahagian dari fungsi alat perubatan simbolik bagi doktor iaitu stetoskop. Selain digunakan semasa pemeriksaan rutin, ia juga boleh membantu doktor mengesan keadaan kecemasan seperti paru-paru berair dan serangan asma.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan