Mengantuk Selepas Iftar: Apa Puncanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Ramadan adalah bulan yang penuh rahmat dan berkat buat umat Muslim di seantero dunia. Namun begitu, tidak dinafikan Ramadan juga adalah bulan di mana individu akan mengalami rasa letih, lemah dan lesu sehingga mendatangkan mengantuk semasa sedang berpuasa. Pernahkah anda mengantuk selepas iftar? Persoalannya, apakah puncanya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Adakah ia normal?

Sebelum itu, kita perlu tahu adakah mengantuk selepas iftar itu normal atau tidak. Jawapannya, ia adalah normal. Menurut pakar nutrisi dan kecergasan terkemuka negara, Kevin Zahri,  fenomena ini adalah biasa bagi memberi peluang kepada organ dalam tubuh badan untuk bekerja dengan lebih baik. Selanjutnya, merupakan punca-punca ia berlaku.

mengantuk selepas iftar

Apakah punca mengantuk selepas iftar?

Antara puncanya termasuklah:

  • Proses penghadaman

Tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk bekerja dan ia boleh diperolehi daripada makanan. Antara dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga tersebut adalah otak dan usus. Apabila kita makan, otak akan merangsang signal untuk usus mula melakukan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga.

Pada masa yang sama, sel darah merah akan terpaksa membantu dan membawa nutrien makanan itu ke seluruh bahagian tubuh badan. Ketika ini, usus juga akan bekerja. Disebabkan proses penghadaman yang mengejut ini, sel darah pada merah otak anda tidak dapat membantu anda kekal segar lalu membuat anda berasa mengantuk.

  • Insulin dan serotonin

Selain itu, makanan yang diambil juga akan mempengaruhi. Makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi atau roti akan menjadi glukosa apabila melalui proses pencernaan. Terlalu banyak glukosa dalam badan akan menyebabkan insulin dirembeskan bagi mengimbangi kandungannya di dalam perut kita.

Makanan yang berprotein tinggi seperti daging merah dan daging putih juga akan menyebabkan tindak balas pada otak untuk mengeluarkan serotonin yang dikenali sebagai trytophan. Kedua-dua tindak balas ini akan menyebabkan rasa mengantuk terutamanya jika anda makan dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Apakah yang perlu dilakukan?

Bagi mengelakkan mengantuk selepas iftar, anda harus mengurangkan kuantiti makanan dan minuman yang diambil semasa iftar. Ini bertujuan mengelakkan organ dalam tubuh badan kita untuk bekerja lebih masa. Selain itu, ambil menu yang tidak tinggi kandungan karbohidrat dan protein kerana ia akan memacu tindak balas pada otak lalu menyebabkan mengantuk.

Sebagai seorang Muslim, tidur selepas iftar adalah tidak digalakkan lebih-lebih lagi jika anda belum menunaikan solat waktu Maghrib. Dalam pada itu, anda juga tidak sepatutnya tidur selepas iftar kerana lebih baik untuk anda menunaikan solat tarawih yang sangat dituntut di bulan Ramadan ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Tahukah anda, anda boleh mengalami satu keadaan yang disebut penyakit strok senyap. Namun, anda biasanya tidak akan sedar bahawa anda alami strok senyap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Angin Ahmar/Strok 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

    Sering rasa lapar walaupun baru sahaja makan nasi sepinggan? Mungkin anda sebenarnya mengalami lapar palsu atau false hunger.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    paru paru berair

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    ekzema kulit kepala

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan