backup og meta

Manfaat Menjadi Seorang Yang Berterima Kasih

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

    Manfaat Menjadi Seorang Yang Berterima Kasih

    Berterima kasih adalah satu amalan yang penting dalam kehidupan kita. Banyak agama menggalakkan penganutnya berterima kasih. Malah orang bukan agama juga mengajar anak-anak mereka untuk mengucapkan terima kasih. Jadi, mengapa kita perlu berterima kasih? Malah, berterima kasih lebih daripada sekadar menunjukkan kepada orang lain bahawa anda mempunyai akhlak yang baik. Berikut adalah manfaat anda menjadi seorang yang berterima kasih.

    Menambah kenalan

    Sebagai manusia, kita memerlukan kepada masyarakat. Membuat kawan adalah cara terbaik untuk membuatkan kita berintegrasi ke dalam masyarakat. Persahabatan memerlukan banyak unsur untuk berkembang maju. Berterima kasih adalah salah seorang daripadanya. Ia membantu mengukuhkan persahabatan anda. Semua orang suka apabila kebaikannya dihargai. Oleh itu, jika anda ingin membuat kawan, jangan pernah lupa untuk mengucapkan terima kasiht, tidak kira sekecil mana pun perkara tersebut.

    Memperbaiki tidur anda.

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam Applied Psychology: Health And Well-Baing, orang yang berterima kasih cenderung untuk tidur lebih baik, kurang mengalami gangguan tidur dan berasa lebih baik apabila bangun dari tidur. Jika anda menghadapi masalah tidur, sebelum mengambil pil tidur yang berbahaya, anda mungkin ingin mencuba dahulu terapi berterima kasih. Ambil pen dan sehelai kertas, fikir tentang kebaikan yang berlaku dalam hidup anda, apa yang anda selalu ambil mudah dan kemudian tuliskan di atas kertas tersebut. Bayangkan bagaimana anda akan rasa jika tiba-tiba kehilangan barang berharga anda seperti tangan atau kaki. Fikirkan bagaimana anda akan berterima kasih apabila mendapatkannya kembali. Biasakan diri untuk berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang anda ada sebelum tidur boleh membantu anda tidur dengan lebih baik, mengetahui bahawa anda sangat bertuah kerana mempunyai banyak nikmat dan kesenangan.

    Membuat emosi lebih stabil.

    Emosi negatif seperti iri hati, dengki atau sedih boleh memberikan pengaruh buruk kepada kesihatan mental anda. Untuk memastikan kebahagiaan dalam hidup, anda mesti belajar untuk menangani perasaan negatif tersebut. Cara terbaik untuk melakukannya adalah bersyukur dan berterima kasih. Sentiasa ada orang yang dilihat memiliki lebih banyak daripada yang anda ada. Ia akan membuat anda berasa bahawa diri anda kurang. Bersyukur membantu anda berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain dengan meletakkan fokus anda pada pencapaian anda. Berbanding terus dalam rasa cemburu dengan orang lain, anda harus cuba untuk menghargai apa yang anda ada.

    Bersyukur biasa mudah disebut tetapi susah dilakukan. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana tabiat yang lain, anda boleh membiasakannya dengan amalan yang konsisten. Ia mungkin tugas yang paling mencabar dalam hidup anda, tetapi manfaatnya membuatkan ia berbaloi dicuba.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan