Limfoedema: Komplikasi Selepas Rawatan Kanser Payudara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Limfoedema (lymphedema) adalah kesan sampingan yang berpotensi bagi pembedahan kanser payudara dan terapi sinaran yang boleh muncul pada sesetengah orang sama ada beberapa bulan atau tahun selepas rawatan berakhir.

Limfa (lymph) adalah cecair jernih dan cerah yang mengelilingi seluruh tubuh untuk membuang buangan, bakteria, dan bahan lain dari tisu. Manakala edema adalah pembentukan cecair berlebihan. Jadi limfoedema berlaku apabila terlalu banyak limfa berkumpul di mana-mana bahagian tubuh.

Jika limfoedema berlaku terhadap individu yang telah dirawat, ia biasanya berlaku di lengan atau tangan tetapi kadang-kadang ia juga mempengaruhi payudara, ketiak, dada dan belakang.

Siapa berisiko mendapat limfoedema?

Individu yang menerima mana-mana prosedur rawatan berikut:

  • Mastektomi (pembuangan buah dada melalui pembedahan) mudah dengan kombinasi aksilari (lubang lengan) penyingkiran nodus limfa
  • Lumpektomi (pembuangan tumor daripada payudara secara pembedahan) dalam kombinasi dengan penyingkiran nodus limfa aksilari
  • Mastektomi radikal yang diubahsuai dengan kombinasi penyingkiran nodus limfa aksilari
  • Pembedahan kanser gabungan dan terapi radiasi ke bahagian nodus limfa (seperti leher, ketiak, pangkal paha, pelvis, atau perut)
  • Terapi radiasi ke bahagian nodus limfa

Anda boleh mendapatkan limfoedema dalam masa beberapa hari pembedahan, tetapi ia juga boleh berlaku dalam bulan atau tahun selepas itu. Sekiranya tidak dirawat, ia akan menjadi lebih teruk.

Simptom limfoedema

Sebilangan bengkak kecil, walaupun di lengan anda, adalah normal untuk 4 hingga 6 minggu pertama selepas pembedahan kanser payudara. Sesetengah wanita juga mungkin mempunyai kemerahan atau sakit di lengan, yang mungkin menjadi simptom keradangan atau jangkitan.

Antara simptom limfoedema adalah:

  • Bengkak di lengan atau tangan
  • Rasa tegang, berat atau penuh di lengan atau tangan
  • Rasa ketegangan pada kulit atau penebalan kulit
  • Sakit atau kemerahan di lengan atau tangan

Diagnosis limfoedema

Cara paling biasa adalah pemeriksa limfoedema adalah dengan mengukur lebar lengan atas dan bawah. Pengukuran boleh diambil sebelum pembedahan bagi mendapatkan perbandingan dengan selepas pembedahan.

Doktor juga akan melihat sejarah perubatan (termasuk pembedahan dan rawatan masa lalu) ubat dan simptom semasa anda. Doktor juga akan memberi anda ujian fizikal lengkap. Dia mungkin meminta anda mengambil ujian lain, seperti MRI, scan CT, atau ultrasound untuk memeriksa pembentukan cecair.

Rawatan limfoedema

Ia bergantung kepada tahap pembengkakan dan puncanya. Contohnya, jika dijangkiti doktor mungkin menetapkan antibiotik untuk anda.

Rawatan lain boleh termasuk balutan (bandaging), penjagaan kulit dan diet yang betul, pakaian mampatan, senaman, dan saliran limfa manual, bentuk regangan kulit dan urutan yang lembut.

Sebelum melakukan apa-apa terapi anda perlu berbincangan dengan doktor terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mendapat penjagaan perubatan untuk lymphedema, ia boleh menyebabkan pembengkakan dan pengerasan tisu, dan ini boleh memberi kesan ke atas fungsinya. Malah, ia juga boleh membawa kepada jangkitan dan penyakit lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

    Kanser payudara merupakan antara penyakit yang paling digeruni oleh para wanita dan membuatkan ramai orang tertanya-tanya akan tanda-tanda kanser payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Kanser Payudara 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

    Wahai kaum Hawa, pernah anda mempunyai persoalan mengenai puting payudara anda? Pernah tak anda Google jika anda mempunyai payudara yang normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

    Untuk menghindari penyakit, kita harus menjaga pemakanan & bersenam. Tapi 1 perkara tidak diketahui, menjadi ibu juga dapat memperbaiki tahap kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ramai Wanita Malaysia TAK SUKA Bentuk Payudara Sendiri – Tapi Kenapa?

    Payudara, satu aset istimewa wanita. Namun, bukan semua berpuas hati dengan saiz dan bentuk payudara mereka, termasuklah wanita Malaysia. Tetapi mengapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 11/02/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Jenis kanser payudara

    Tahap & 2 Jenis Kanser Payudara Yang Ditakuti Kaum Hawa, Anda WAJIB Tahu Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 5 minit bacaan
    barah payudara

    Apa Itu Kanser Payudara : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
    penyusuan bayi

    Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    barah payudara

    Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan