Elakkan Tabiat Makan Ini Di Bulan Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 17/05/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Di bulan Ramadan, antara perkara yang paling terkesan pastinya tabiat dan jadual makan. Mana tidaknya, kalau sebelum ini kita boleh makan pada bila-bila masa, ia tidak berlaku di bulan Ramadan. Kita hanya ada tempoh antara maghrib dan subuh sahaja untuk makan.

Namun secara amnya, pengambilan makanan di bulan Ramadan adalah sama seperti di bulan-bulan lain. Bezanya hanyalah waktu makan. Adapun jumlah kalori yang diambil seharusnya sama. Penjagaan kesihatan sepanjang bulan Ramadan adalah sangat penting.

Ada beberapa tabiat buruk makan yang perlu dielakkan di bulan ini.

  1. Makan berlebihan

Walaupun anda telah seharian menahan lapar, waktu berbuka bukanlah saat “membalas dendam” dengan melahap makanan sebanyak yang boleh. Sebaiknya, mulakan dengan makan yang ringan dahulu seperti kurma dan air. Selepas solat maghrib, baru ambil hidangan berat.

Perut yang kosong sepanjang hari tidak boleh menerima makanan yang banyak dalam masa yang singkat. Amalan tidak sihat ini boleh menyebabkan perut kembung dan ketidakhadaman.

  1. Minuman berkafein

Kopi, teh dan air berkabonat adalah antara minuman terbabit. Kafein adalah sejenis diuretik, bermakna ia membuatkan lebih banyak air dibuang melalui air kencing. Sudah la kurang minum air di bulan puasa, ditambah pula dengan kesan diuretik oleh kafein, anda berisiko mengalami dehidrasi. Kafein juga boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan.

  1. Mengambil banyak makanan bergoreng dan berlemak

Di luar Ramadan pun, makanan ini perlu dikurangkan. Dengan kalori yang tinggi, banyak lemak akan terbina di dalam badan.

  1. Makanan yang diproses

Terutamanya yang perisa dan pewarna tiruan serta bahan pengawet. Biasanya makanan yang diproses ini mengandungi banyak garam. Elakkan makanan ini atau anda akan berisiko mendapat tekanan darah tinggi.

  1. Makanan tinggi gula

Gula sudah pasti mendatangkan banyak masalah jika diambil secara berlebihan. Di bulan Ramadan, lebih-lebih lagi, sangat banyak makanan bergula tinggi yang ada di bazar Ramadan. Semuanya pasti akan menggoda anda. Kuih-muih terutamanya perlu dikurangkan.

  1. Mengambil makanan berat sewaktu moreh

Tidak salah untuk makan moreh. Ia adalah waktu yang baik untuk bersosial sambil mengalas perut. Namun, cuba elakkan mengambil makanan berat sebab biasanya anda akan terus tidur selepas moreh. Pedih ulu hati dan ketidakhadaman antara masalah yang mungkin berlaku.

  1. Tidur sepanjang hari

Hanya kerana anda berpuasa, anda tidak seharusnya berada di atas katil sepanjang hari. Ia adalah amalan yang tidak sihat. Anda masih ada banyak tenaga dan masih boleh menjalani aktiviti seperti biasa. Ramadan seharusnya menjadikan anda lebih bersemangat kerana rohani anda terisi.

Jadikan Ramadan kali ini sebagai permulaan untuk anda mulakan gaya hidup yang sihat. Ia adalah peluang yang terbaik. Jika anda mahu berhenti merokok, ini lah masanya. Begitu juga jika anda ingin menurunkan berat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Ramai yang percaya bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit paru paru berair. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Ekzema tidak hanya mempengaruhi bahagian tubuh, ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda. Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jus buah-buahan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    gigit kuku

    Suka Gigit Kuku Petanda Sakit Jiwa? Bukan Budak Kecil Saja Yang Buat, Orang Dewasa Pun Ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan