Ada Ahli Keluarga Yang Mempunyai Penyakit Darah? Bantunya Dengan Simpan Darah Tali Pusat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda, anda boleh pilih untuk derma darah tali pusat kepada hospital untuk digunakan oleh pesakit kanser darah? Pasti ramai yang tidak tahu bukan!

Oleh itu, sempena Bulan Kesedaran Darah Tali Pusat Sedunia, kami ingin kongsikan artikel mengenai derma darah tali pusat dan sebab mengapa ibu bapa perlu menyimpannya untuk kegunaan masa hadapan.

Oleh itu, jom ikuti artikel kami di bawah!

Apa itu darah tali pusat?

Darah tali pusat, ataupun umbilical cord blood merupakan darah yang tersimpan di dalam tali pusat dan plasenta selepas kelahiran.

Darah ini mempunyai sel stem yang boleh digunakan untuk merawat pesakit yang menderita kanser darah seperti leukemia atau lymphoma.

Selain itu, darah tali pusat ini juga boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit kecelaruan darah dan sistem imun badan seperti sickle cell disease dan wiskott-aldrich syndrome.

Cecair ini mudah untuk dikumpulkan dan mempunyai 10 kali ganda lebih banyak sel stem berbanding di dalam tulang sumsum.

Ia boleh digunakan sebagai transplan untuk individu yang memerlukan darah terutama sekali untuk pesakit kanser.

Sel stem dapat membantu mereka menjana semula darah yang telah musnah akibat sesi kemoterapi.

Jika dahulu anda mungkin menanamnya selepas melahirkan anak, kini anda mempunyai opsyen yang lain iaitu dengan mendermakannya kepada Bank Darah Negara untuk digunakan oleh individu yang memerlukan.

Anda juga digalakkan untuk menyimpan di cord bank jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit darah.

Darah tersebut boleh digunakan untuk menyelamatkan ahli keluarga yang mungkin terkena penyakit tersebut pada masa hadapan.

Mana tahu, dengan sel stem anda, seorang kanak-kanak ataupun ahli keluarga anda dapat sembuh daripada penyakitnya dan boleh hidup seperti biasa.

Prosedurnya selamat ataupun tidak?

derma tali pusat

Seperti yang semua orang sedia maklum, tali pusat akan tertanggal daripada ibu dan bayi selepas kelahiran. Oleh itu, prosedur ini tidak akan membawa sebarang mudarat kepada ibu mahupun bayi.

Kemudian, ia akan dipelihara dengan cara sejuk beku menggunakan teknologi ‘cyropreservation’ untuk mengekalkan integritinya walaupun setelah bertahun-tahun disimpan.

Disebabkan prosedur pengambilan cecair daripada tulang sumsum selalunya menyakitkan, ini merupakan salah satu alternatif lain yang lebih mudah dan menjimatkan.

Tambah lagi, sel stemnya lebih berkualiti dan tidak mudah ditolak oleh penderma kerana keadaannya yang bersih dan tidak pernah terdedah kepada sebarang objek asing.

Anda juga boleh membaca:

Anda mahu simpan atau derma? Pertimbangkan baik dan buruknya dahulu.

Ada beberapa kebaikan dan keburukan jika anda pilih untuk simpan atau derma darah tali pusat yang ibu bapa perlu tahu.

Jika anda mempertimbangkan untuk menderma, anda boleh rujuk kepada doktor ataupun Bank Darah Negara untuk prosedur lebih lanjut.

Antara kebaikan menderma atau menyimpan ialah:

  • Derma cord blood boleh selamatkan nyawa. Jika anda pilih untuk menderma, ia boleh digunakan untuk merawat individu yang mempunyai kanser darah. Cara ini juga tidak menyakitkan dan mudah untuk dipadankan dengan pesakit yang memerlukan
  • Pada masa depan, ia mungkin akan digunakan dengan lebih meluas. Saintis dan doktor masih lagi mencari kegunaan lain untuk sel stem. Oleh itu, pada masa hadapan, ia mungkin boleh digunakan untuk merawat lebih banyak penyakit
  • Jika ada ahli keluarga yang perlukan pemindahan sel stem daripada darah tali pusat, anda boleh mengambil darah tali pusat anda pada bila-bila masa

darah tali pusat

Namun, antara keburukannya termasuklah:

  • Simpan di cord bank mungkin akan menelan belanja yang banyak.  Percuma jika anda pilih untuk derma. Namun, jika anda mahu menyimpannya untuk kegunaan sendiri, kosnya mungkin mahal
  • Anak ataupun ahli keluarga anda mungkin tidak akan perlukannya. Hanya ada 1/127 peluang sahaja untuk anak yang datang daripada keluarga yang bebas penyakit berkaitan darah untuk tiba-tiba memerlukan pemindahan sel stem
  • Tambah lagi, jika anak anda mempunyai penyakit genetik, sel stem anda tidak dapat digunakan kerana besar kemungkinan anda mempunyai penyakit yang sama
  • Kebanyakannya akan dibuang jika tidak digunakan. Perkara ini adalah benar untuk kedua-dua institusi awam dan juga swasta. Darah tali pusat daripada penderma yang mempunyai penyakit genetik tidak akan digunakan untuk pemindahan

Jika anda berminat untuk menderma, pastikan anda sudah bersedia mental dan fizikal. Berbincanglah bersama suami dah ahli keluarga dan elakkan tukar fikiran pada saat akhir.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

tali pusat bayi

Ibu Baru Bersalin, Awasi 5 Tanda Tali Pusat Anak Terkena Jangkitan, Bahaya Jika Lambat Jumpa Doktor

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
bayi terbelit tali pusat

Alamak, Bayi Dalam Kandungan Terbelit Tali Pusat – Ibu JANGAN PANIK, Buat 2 Benda Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/02/2019 . 3 minit bacaan