Derma Darah Boleh Meningkatkan Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Adakah derma darah boleh menggemukkan? Ini antara persoalan yang popular dan menjadi ketakutan kebanyakan orang yang ingin menderma darah. Ketahuilah ia hanya sekadar mitos sahaja dan menderma darah tidak akan menggemukkan anda. Menurut kajian oleh Universiti California di San Diego, Amerika Syarikat, setiap kali anda menderma 1 pain darah, anda membakar lebih kurang 650 kalori.

5 kelebihan derma darah terhadap kesihatan

1. Mengurangkan risiko serangan jantung

Menurut kajian daripada Jurnal Epidemiologi Amerika, menderma darah sekurang-kurangnya sekali setahun boleh mengurangkan 88% risiko serangan jantung.

Menderma darah secara teratur mengekalkan tahap iron dalam kawalan. Iron adalah unsur penting untuk badan berfungsi dengan baik, tetapi iron yang berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan oksidatif yang boleh menyebabkan serangan jantung. Apabila anda menderma darah dengan kerap, regenerasi darah berlaku dengan lebih cepat, dan pengoksidaan kolesterol menjadi lebih perlahan.

Di samping itu, aliran darah lebih lancar selepas didermakan dan boleh menghalang pengumpulan lemak dan kolesterol pengoksidaan di dinding arteri koronari. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

2. Mengurangkan risiko kanser

Iron yang berlebihan dalam badan juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Institut Kanser Kebangsaan, flebotomi (phlebotomy) didapati sebagai kaedah pengurangan iron yang dikaitkan dengan risiko kanser dan mortaliti yang lebih rendah,. Pesakit yang selalu menderma darah mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser berbanding mereka yang tidak menderma.

3. Meningkatkan peredaran dan pengaliran darah

Darah yang pekat tidak mengalir dengan baik menjadikannya lebih sukar untuk membawa oksigen ke pelbagai tisu di dalam badan anda. Hypercoaguable (ketidaknormal pembekuan darah yang meningkatkan risiko trombosis) juga dikaitkan dengan peradangan kronik yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan serius seperti kanser, penyakit jantung dan diabetes. Di samping itu, apabila darah anda terlalu pekat, ia meningkatkan geseran antara darah dan lapisan saluran darah. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan saluran darah dan akhirnya membawa kepada penyakit jantung.

Apabila anda menderma darah, ia mengurangkan kelikatan darah dan membantu meningkatkan aliran darah. Ini mengurangkan potensi kerosakan pada saluran darah dan membantu mengurangkan kemungkinan penyumbatan arteri.

4. Membakar kalori

Menurut Universiti California, San Diego, seseorang membakar kira-kira 650 kalori dalam setiap satu pain darah yang didermakan. Ini boleh membantu anda dalam mengawal berat badan, walaupun penting untuk anda minum banyak cairan dan makanan ringan selepas menderma darah.  

Seorang penderma yang menderma darah secara kerap boleh kehilangan berat badan yang besar, tetapi ia tidak sepatutnya dianggap sebagai pelan penurunan berat badan.

5. Pemeriksaan kesihatan percuma

Sebelum menderma darah, anda perlu mendapatkan pemeriksaan kecil daripada profesional perubatan bagi menentukan sama ada anda berada dalam keadaan baik. Semasa pemeriksaan ini, beberapa faktor kesihatan akan diperiksa termasuk kiraan hemoglobin dan tekanan darah. Selain itu, darah anda juga akan diuji untuk penyakit berjangkit seperti sifilis, hepatitis B dan C, dan HIV.

Pemeriksaan kecil ini bukan pengganti untuk rawatan perubatan biasa, tetapi ia memberi anda peluang untuk mendaftar dengan statistik kesihatan anda. Jika anda diluluskan untuk menderma darah, itu bermakna keadaan kesihatan baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    9 Kriteria Derma Darah Di Malaysia, Mereka Yang Pernah Tinggal Di Eropah Tak Boleh Derma?

    Banyak kempen derma darah di Malaysia. Jika anda hendak derma darah, pastikan anda memenuhi 9 kriteria ini sebelum melakukannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Derma Darah Tapi TAKUT Gemuk, Betul Ke Badan Akan Berisi Lepas Derma Darah?

    Pernah dengar tak lepas menderma darah, berat akan bertambah. Tetapi benarkah? Jom ketahui manfaat kesihatan yang akan diperolehi serta syarat derma darah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Bukan wanita sahaja yang perlu kerap berjumpa doktor, orang lelaki juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil imunisasi badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/04/2020 . 5 minit bacaan

    Wow Macam Drama Drakula, Darah Tiruan Untuk Semua Jenis Darah Telah Dicipta!

    Disebabkan keperluan untuk ujian dan masalah penyimpanan, inovasi darah tiruan yang universal ini adalah sangat diperlukan bagai memenuhi permintaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 22/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit hepatitis

    Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Derma Darah Walaupun Sudah Pulih

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    ujian ultrabunyi pelvis

    Bagaimana Pemeriksaan Rahim Dibuat? Ada Yang Scan Di Perut & Ada Yang Melalui Faraj

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
    kumpulan darah

    Kita Tahu Jenis Darah A, B, O, AB… Tapi Apa Pula Darah Bombay Ini? Tak Pernah Dengar Pun

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
    jenis darah

    Tahu Jenis Darah Anda: A, B, AB Atau O? Ini Sebab Anda Perlu Tahu Darah Sendiri? PENTING!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan