CRP dan Jantung Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Protein C-reaktif (CRP) adalah bahan yang dihasilkan oleh hati. Ia adalah protein darah yang mungkin dianggap sebagai risiko serangan jantung dan strok. CRP boleh dikenal pasti apabila terdapat keradangan akibat trauma atau jangkitan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa protein C-reaktif boleh digunakan untuk meramalkan masalah kardiovaskular, seperti serangan jantung pada individu yang sihat dan berisiko tinggi.

Perlukan saya diuji untuk CRP?

Sekiranya anda mengalami masalah kardiovaskular atau baru-baru ini mengalami jangkitan virus atau urin yang boleh mengakibatkan keradangan, doktor anda boleh mengesyorkan untuk memeriksa paras protein C-reaktif anda. CRP juga boleh dikenal pasti apabila anda mengalami keradangan yang disebabkan oleh trauma atau jangkitan seperti:

  • Pneumonia
  • Herpes
  • Chlamydia
  • Jangkitan virus yang menyerupai selesema

Ujian darah ringkas boleh digunakan untuk mengesan tahap CRP dan kolesterol, dan pemeriksaan homocysteine ​​dalam meramalkan risiko serangan jantung dan strok. Ujian ini sangat tepat.

Untuk menguji tahap CRP sebagai faktor risiko penyakit jantung, disarankan CRP assay (hs-CRP) yang tinggi. Ini adalah kerana ujian ini lebih tepat berbanding versi lama ujian CRP yang digunakan untuk mengesan keadaan keradangan yang lain. Batasan hs-CRP yang dikehendaki berada di bawah 1 m/gL. Skor antara 1.0 dan 3.0 mg/L menunjukkan risiko purata dan di atas 3.0 mg/L menunjukkan risiko tinggi. Mujurlah, ujian darah untuk kedua-dua kolesterol dan CRP boleh dilakukan dengan sampel darah yang sama.

Apa yang meningkatkan tahap CRP?

Banyak faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung juga kelihatan meningkatkan tahap CRP. Mengikut hasil daripada laporan terkini, faktor-faktor tersebut adalah:

  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi
  • Berlebihan berat badan
  • Kurang bersenam

Gen juga kelihatan memainkan peranan penting. Jika ibu bapa atau saudara terdekat anda mempunyai tahap CRP yang tinggi, anda lebih cenderung mengalami masalah ini.

Untuk membuat kesimpulan, protein C-reaktif (CRP) memainkan peranan penting dalam meramalkan risiko penyakit jantung. Ia adalah penting bagi pesakit penyakit jantung mempunyai maklumat yang mencukupi tentang CRP dan ujiannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kajian Terbaharu Menyokong Manfaat Vascepa Terhadap Kesihatan Kardiovaskular

    Satu kajian menyatakan bahawa derivatif minyak ikan yang dimurnikan, iaitu satu ubat preskripsi yang digelar Vascepa, lebih berkesan dalam menghalang masalah kardiovaskular berbanding apa yang disangkakan sebelum ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Berita, Berita Antarabangsa 25/03/2019 . 2 minit bacaan

    Mengatasi Keadaan Setelah Jantung Terhenti

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Lebih daripada 320,000 kes jantung terhenti berlaku di luar hospital setiap tahun di Amerika Syarikat. Jantung terhenti dipicu oleh kerosakan elektrik di bahagian ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/03/2019 . 4 minit bacaan

    Revolusi Rawatan Penyakit Jantung Yang Mengubah Kehidupan

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri. Berdasarkan data terbaharu daripada WHO yang diterbitkan pada tahun 2017, kematian akibat penyakit jantung koronari di Malaysia telah mencapai 30,598 atau 22.13 ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 19/03/2019 . 3 minit bacaan

    Penurunan Risiko Penyakit Kardiovaskular: Melihat Itu Lebih Sekadar Mempercayai

    Keupayaan untuk berkomunikasi dengan pesakit menggunakan bahasa mudah khususnya dalam penyampaian maklumat kritikal berkaitan dengan keadaan pesakit tersebut adalah satu seni komunikasi yang diterapkan dalam diri ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 18/02/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat sukan tinju

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/02/2020 . 3 minit bacaan
    nadi rehat

    Perlu Tahu Ke Kadar Denyutan Nadi Sewaktu Rehat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/11/2019 . 3 minit bacaan
    walnut

    Nak Kurangkan Risiko Masalah Kardiovaskular? Makanlah Lebih Banyak Kacang Walnut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/05/2019 . 3 minit bacaan
    jantung

    Jantung Terkesan Dengan Pengambilan Lemak Tepu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/04/2019 . 2 minit bacaan