Cara Terbaik Mengawal Marah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kemarahan adalah emosi yang normal dan sihat, tetapi apabila ia berada di luar kawalan, anda mungkin mendatangkan kesan yang serius terhadap hubungan, kesihatan, dan fikiran anda. Berikut adalah beberapa tip menangani kemarahan dengan cara yang berkesan dan sihat.

Beri perhatian kepada tanda-tanda amaran dan pencetus kemarahan anda

Apabila anda berasa ingin marah, badan anda akan memberikan beberapa tanda amaran fizikal. Mengetahui isyarat pada badan yang memberitahu apabila kemarahan akan tercetus membolehkan anda untuk mengetahui dengan awal dan mengambil langkah-langkah untuk mengawal kemarahan anda sebelum ia di luar kawalan.

Beberapa reaksi fizikal yang berlaku apabila anda marah termasuk:

  • Menggenggam tangan atau rahang;
  • Bernafas lebih cepat;
  • Rasa perlu untuk berjalan-jalan;
  • Sakit kepala;
  • Susah menumpukan perhatian;
  • Jantung berdegup kencang;
  • Bahu tegang.

Mengetahui punca kemarahan anda

Anda boleh tenang dalam beberapa keadaan yang memang teruk, tetapi anda juga boleh bergaduh atas sebab lainyang remeh seperti pelayan membawa hidangan anda 10 minit lewat atau apabila anda terlupa membawa payung di hari hujan. Apa sahaja puncanya, hakikatnya adalah bahawa kerengsaan dan kemarahan anda naik dengan cepat. Dalam kes seperti ini, anda perlu tanya diri anda “Saya marah sebab apa?” Tentukan sebab sebenar akan membantu anda mengawal kemarahan anda dengan lebih baik. Apabila menyedari bahawa masalah ini hanya remeh dan tidak perlu untuk menghabiskan masa dengan beremosi, kemarahan anda lama-kelamaan akan reda.

Alihkan perhatian anda daripada pemikiran negatif

Jika kemarahan anda seolah-olah semakin meningkat di luar kawalan, adalah baik untuk keluar dari situasi tersebut selama beberapa minit, mencari jalan untuk bertenang dengan mengira dari 1 hingga 10 dan juga 100. Pergi ke gimnasium, berjalan-jalan di taman atau mendengar beberapa lagu kegemaran anda untuk membantu anda bertenang, dan kemudian hadapai keadaan tersebut dengan emosi yang lebih stabil.

Ambil nafas dalam-dalam

Nafas perlahan bukan sahaja akan menurunkan kadar jantung tetapi juga membuat anda menjadi lebih tenang. Apabila anda berada dalam keadaan marah, adalah baik untuk anda untuk mengambil nafas dalam-dalam. Adalah disyorkan untuk mengambil nafas dalam-dalam dari diafragma, bukan yang cetek dari dada. Juga, anda boleh melakukan beberapa senaman ringan untuk mengawal mod anda. Sesetengah orang juga mendapati yoga dapat membantu mengawal marah melalui teknik pernafasan.

Cari cara sihat untuk melepaskan kemarahan anda

Daripada menjerit dan menyerang, terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk melepaskan kemarahan anda tanpa mencederakan diri secara fizikal dan mental. Anda tidak boleh sentiasa mengawal sesuatu keadaan dan bagaimana ia membuat anda rasa, tetapi anda boleh mengawal bagaimana mengekspresikannya. Menulis di dalam jurnal boleh membantu.

“Penulisan atau journaling membolehkan anda menangkan diri dan berfikir bagaimana anda mahu bertindak balas supaya anda memberi respon dan bukannya memberikan reaksi”. Atau cuba memberitahu seseorang dipercayai supaya mereka boleh bercakap dengan anda dan menenangkan diri anda.

Jika kemarahan anda masih meningkat walaupun telah mengamalkan pelbagai teknik, jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan. Selain itu, anda boleh mencari banyak terapi atau mengambil bahagian dalam kelas dan program mengurus kemarahan. Anda perlu mengingatkan diri sendiri bahawa meminta bantuan bukan tanda kelemahan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Suka Gigit Kuku Petanda Sakit Jiwa? Bukan Budak Kecil Saja Yang Buat, Orang Dewasa Pun Ada!

    Tabiat gigit kuku ini bukan hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. Anda perlu tahu keburukan menggigit kuku ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Penyakit radang usus sebenarnya turut beri kesan kepada kulit. Jom ketahui 13 masalah kulit yang boleh berlaku bagi pesakit radang usus ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Anda rabun? Keliru sama ada ingin memakai cermin mata atau kanta lekap? Usah risau lagi, artikel ini akan mengupas mengenai pro dan kontra kedua-duanya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    bendasing dalam mata

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    khasiat minyak kelapa

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    buah epal dan obesiti

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan