backup og meta

Bagaimana Membantu Seseorang Mengalami Gegaran Otak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2023

    Bagaimana Membantu Seseorang Mengalami Gegaran Otak?

    Terdapat kebarangkalian apabila anda jatuh dengan kuat atau kemalangan yang menggoncang otak di dalam tengkorak, yang dikenali sebagai gegaran (concussion). Namun begitu, kadangkala insiden terjatuh ini boleh menyebabkan luka atau lebam pada kepala dan muka, tidak semestinya ia menyebabkan gegaran serius sehingga mencederakan otak. Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan kecederaan dan menjalani siri ujian bagi mengukur tahap gegaran untuk tindakan selanjutnya oleh doktor. 

    Kenal pasti gegaran otak

    J ika seseorang mengalami gegaran otak, berikut perubahan yang akan dialaminya:

    Pemikiran dan ingatan

    • Tidak berfikir dengan jelas
    • Berasa lemah
    • Tidak dapat menumpukan perhatian
    • Tidak dapat mengingat maklumat baru

    Fizikal

    • Pening dan muntah
    • Sakit kepala
    • Penglihatan kabur
    • Peka kepada cahaya atau bunyi bising
    • Masalah keseimbangan
    • Berasa letih atau tidak bertenaga

    Emosi dan perasaan

    • Mudah kecewa atau marah
    • Sedih
    • Berdebar atau cemas
    • Lebih emosi

    Tidur

    • Tidur berlebihan daripada biasa
    • Tidur kurang daripada biasa
    • Mengalami kesukaran tidur

    Apa yang boleh anda lakukan untuk membantu pemulihannya

    Individu yang mengalami kecederaan tidak dibenarkan oleh doktor untuk pergi ke sekolah atau bekerja. Ketika ini, mereka harus berehat secukupnya. Rehat sangat penting selepas gegaran, kerana dengan berehat akan membuatkannya dalam keadaan santai tanpa sebarang tekanan, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan.

    Jangan ambil mudah dengan mengabaikan simptom-simptom yang dinyatakan di atas; atau berharap semuanya akan berfungsi seperti ‘sedia kala’ hanya akan merumitkan keadaan. Sentiasa perhatikan simptom dan dapatkan rawatan bagi mengurangkan kesan akibat simptom. Selain itu, berikan kata-kata perangsang dan nasihat — mengambil sedikit masa untuk sembuh, tapi jangan berputus asa.

    Mereka mungkin tidak dapat melakukan kerja rumah buat seketika.

    Di sinilah peranan anda untuk memastikan segalanya dalam keadaan teratur agar mereka tidak tertekan jika berada dalam keadaan rumah yang tidak kemas. Hiburkanlah mereka dengan keluar bersiar-siar, menonton wayang atau kunjungi rakan-rakannya, dengan harapan, ini akan menggalakkan perasaan gembira yang akhirnya mempercepatkan penyembuhan.

    Tip untuk dewasa

    • Dapatkan tidur secukupnya pada waktu malam, dan beristirahat pada siang hari.
    • Elakkan aktiviti yang memerlukan fizikal (pembersihan rumah, angkat berat, keluar bekerja) atau memerlukan banyak tumpuan. Ia boleh menyebabkan simptom anda lebih teruk dan memperlahankan pemulihan.
    • Elakkan aktiviti seperti rekreasi sukan, yang boleh membawa kepada gegaran otak yang lain. (Adalah lebih baik untuk mengelakkan roller coaster atau lain-lain tunggangan berkelajuan tinggi yang boleh membuatkan simptom lebih teruk atau bahkan menyebabkan gegar otak).
    • Apabila pakar penjagaan kesihatan anda berkata anda sudah pulih, anda boleh melakukan aktiviti sebelum ini dengan beransur-ansur tapi jangan dilakukan sepenuhnhya.
    • Oleh kerana keupayaan anda bertindak balas mungkin lebih perlahan selepas gegaran, tanya doktor anda bila anda boleh memandu kereta dengan selamat, naik basikal, atau mengendalikan peralatan berat.
    • Berbincang dengan doktor anda tentang bila anda boleh kembali bekerja. Tanya mereka bagaimana anda boleh membantu majikan anda memahami apa yang telah berlaku kepada anda.
    • Pertimbangkan berbincang dengan majikan anda untuk kembali bekerja secara beransur-ansur dan mengubah kerja atau jadual kerja anda sehingga anda pulih (Bekerja separuh hari).
    • Hanya mengambil ubat-ubatan yang telah diluluskan oleh doktor anda.
    • Jangan minum minuman beralkohol sehingga doktor anda mengatakan anda cukup baik. Alkohol dan ubat lain boleh memperlahankan pemulihan anda dan membuat anda berisiko kecederaan selanjutnya.
    • Tuliskan perkara-perkara yang mungkin lebih sukar daripada biasa untuk anda ingat.
    • Jika anda mudah terganggu, cuba lakukan satu perkara pada satu masa. Sebagai contoh, jangan cuba menonton TV semasa makan malam.
    • Berunding dengan ahli keluarga atau rakan rapat apabila membuat keputusan penting. Jangan mengabaikan keperluan asas anda, seperti makan dengan baik dan berehat secukupnya.
    • Elakkan penggunaan komputer yang berterusan, termasuk permainan komputer/video pada awal proses pemulihan.
    • Sesetengah orang melaporkan bahawa berasa melayang-layang adalah simptom sejurus selepas gegaran.

    Tip untuk kanak-kanak

    Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang mempunyai gegaran boleh membantu mereka pulih dengan mengambil peranan aktif dalam pemulihan mereka:

    • Pastikan kanak-kanak mendapat banyak rehat. Pastikan jadual tidur yang teratur, termasuk tiada malam lewat dan tidak terlebih tidur.
    • Memastikan kanak-kanak menghindari aktiviti berisiko tinggi/berkelajuan tinggi seperti menunggang basikal, bermain sukan, atau memanjat peralatan permainan kanak-kanak, roller coaster atau tunggangan yang boleh mengakibatkan benjolan lain, atau menghentakkan kepala atau badan. Kanak-kanak tidak boleh kembali kepada jenis aktiviti ini sehingga doktor mereka mengesahkan mereka cukup baik.
    • Hanya memberikan anak anda ubat-ubatan yang diluluskan oleh doktor pediatrik atau keluarga.
    • Berbincang dengan doktor mereka tentang bila anak harus kembali ke sekolah dan aktiviti lain dan bagaimana ibu bapa atau pengasuh dapat membantu anak menangani cabaran yang mungkin dihadapi olehnya. Sebagai contoh, anak anda mungkin perlu menghabiskan lebih sedikit waktu di sekolah, sentiasa berehat, atau memerlukan lebih banyak masa untuk mengambil ujian.
    • Berkongsi maklumat mengenai gegaran dengan ibu bapa, adik-beradik, guru, kaunselor, pengasuh bayi, jurulatih, dan orang lain yang berinteraksi dengan kanak-kanak itu membantu mereka memahami apa yang telah berlaku dan bagaimana memenuhi keperluan kanak-kanak.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan