backup og meta

Atasi Keinginan Membunuh Diri Dengan 5 Langkah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/11/2019

    Atasi Keinginan Membunuh Diri Dengan 5 Langkah

    Segala apa yang berlaku dalam kehidupan boleh mempengaruhi perasaan dan pemikiran. Masalah di tempat kerja, ketegangan dalam perkahwinan, atau masalah kewangan boleh mendorong individu untuk mempunyai keinginan membunuh diri. Artikel ini akan membantu anda atasi keinginan membunuh diri.

    5 langkah atasi keinginan membunuh diri

  • Bina kekuatan dalaman
  • Fikiran dan badan yang kuat boleh melindungi anda daripada pemikiran, perasaan dan tindakan membunuh diri. Anda boleh meningkatkan keupayaan daya tahan dan kemahiran mengatasi keinginan ini dengan mengikuti petua:

    • Cipta sistem sokongan yang kuat: kekalkan perhubungan yang kukuh dan erat dengan ahli keluarga dan rakan. Sentiasa kekal berhubung dengan individu yang boleh memberikan anda sokongan yang diperlukan. Jika anda mengasingkan diri anda daripada individu di sekeliling anda, kembalikan jalinan perhubungan semula dan mereka pasti boleh membantu apabila anda memerlukan.
    • Dapatkan bantuan apabila diperlukan, lakukan aktiviti yang anda gemari, dan tingkatkan kemahiran mengendalikan masalah anda.
    • Jika anda memerlukan perhatian perubatan, jangan menolak sebarang rawatan.
    • Pastikan badan dan fikiran anda sihat. Lakukan senaman, ambil makanan yang sihat dan dapatkan tidur yang mencukupi.
    1. Menyedari jika anda mempunyai keinginan membunuh diri

    Mengenal pasti tanda amaran akan dapat membantu anda menentukan jika anda ingin membunuh diri. Jika anda menyedari sebarang tanda di bawah, dapatkan bantuan segera. Tanda amaran membunuh diri, termasuk:

    • Anda mengambil lebih banyak alkohol, dadah dan merokok.
    • Anda mengalami kegelisahan, rasa bersalah dan tekanan.
    • Anda merasakan anda tidak mempunyai sebab dan tujuan untuk hidup.
    • Anda berasa putus asa, atau berasa tidak mampu melakukan apa-apa untuk memperbaiki masalah anda.
    • Anda kerap berasa marah.
    • Anda berasa terjebak dalam situasi yang dasyat, dan tidak dapat mencari jalan keluar. Anda berasa anda akan terperangkap sehingga anda menamatkan riwayat hidup anda.
    • Anda tidak mahu bersama keluarga dan rakan. Anda mahu bersendirian.
    • Anda sukar untuk tidur atau tidur terlalu banyak.
    • Anda memikirkan tentang membunuh diri
    • Anda mencari maklumat tentang membunuh diri.
  • Rawatan berkesan
  • Terdapat cara berkesan untuk membantu anda atasi keinginan membunuh diri. Anda boleh belajar untuk meningkatkan kualiti hidup anda, dan mengurangkan risiko membunuh diri. Berikut adalah beberapa kemahiran yang boleh anda pertimbangkan.

    • Lebih menjaga diri anda. Anda boleh pergi membeli-belah atau bercuti.
    • Berkomunikasi dengan individu lain.
    • Kendalikan tekanan dan kegelisahan anda.
    • Kawal kemarahan. Anda boleh berasa marah untuk beberapa situasi. Ia adalah satu tindak balas semula jadi kepada peristiwa traumatik. Walau bagaimanapun, jangan biarkan kemarahan mengawal hidup anda.
    • Rancang status kewangan anda. Pelajari bagaimana untuk menguruskan soal kewangan seperti masalah berkaitan duit yang boleh menyebabkan wujudnya keinginan untuk membunuh diri.
    • Bina perhubungan dengan individu di sekeliling anda. Anda boleh meminta bantuan daripada mereka apabila memerlukan.
    • Belajar untuk bertenang. Dengarkan muzik kegemaran anda, baca buku kegemaran atau berjalan-jalan.
    1. Mengikuti rawatan

    Jangan menolak rawatan. Sesetengah ubatan dan terapi tertentu boleh membantu anda mengawal dan atasi keinginan membunuh diri. Dapatkan doktor atau pakar terapi. Mereka boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko membunuh diri. Sentiasa melibatkan diri dalam rawatan anda kerana anda lebih mengetahui apa yang terbaik untuk masalah yang anda hadapi.

  • Fikiran positif
  • Sukar untuk berfikir secara positif apabila anda berasa putus asa dan tidak berguna. Walau bagaimanapun, tanamkan kepercayaan kepada masa depan yang cerah. Cuba untuk mencari perkara yang bernilai untuk kehidupan. Anda pastinya akan menyedari bahawa kehidupan anda masih bernilai dan berharga. Keluarga dan rakan akan sentiasa bersama anda. Masih terdapat banyak perkara yang belum anda lalui. Cabaran hidup dapat membantu menjadikan anda kuat. Anda boleh mengatasi keinginan ini dengan bantuan yang betul.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan