Apa yang Berlaku Apabila Habuk Disedut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 19/04/2018 . 3 minit bacaan
Share now

Di mana sahaja anda tinggal, habuk adalah sebahagian daripada kehidupan seharian anda. Secara semula jadi, habuk terbentuk daripada hakisan semula jadi tanah, pasir dan batu.

Hidupan liar juga menyumbang kepada habuk di udara: debunga, organisma mikroskopik, bahan tumbuhan juga merupakan sebahagian daripada habuk dalam alam sekitar.

Di kawasan bandar, aktiviti perindustrian, berkebun, kenderaan, dan lain-lain adalah punca utama habuk.

Partikel Habuk

Kerana ia datang dari pelbagai sumber, terdapat pelbagai jenis habuk. Partikel habuk mungkin boleh dilihat atau tidak dapat dilihat. Lebih kecil habuk tersebut, lebih kurang kita dapat melihatnya. Habuk yang lebih kecil boleh tinggal lebih lama di udara dan pergi lebih jauh.

  • Partikel habuk lebih besar yang boleh anda lihat adalah daripada kereta atau perabot selepas tempoh masa tertentu. Badan mencegah partikel tersebut masuk dengan memerangkapnya dalam hidung dan mulut apabila anda bernafas. Jika anda secara tidak sengaja menelan partikel ini, ia tidak dan boleh dikeluarkan semula melalui pernafasan dengan mudah.
  • Habuk yang lebih kecil atau halus lebih berbahaya. Ia menyerap jauh ke dalam paru-paru, sementara yang lebih halus boleh diserap terus ke dalam aliran darah.

Bagaimanakah habuk menjejaskan kesihatan anda?

Seperti yang dinyatakan di atas, lebih kecil habuk, lebih berbahaya terhadap kesihatan anda. Faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah jumlah debu di udara dan berapa lama anda telah terdedah kepadanya.

Habuk yang cukup kecil untuk dihidu boleh menyebabkan:

  • Kerengsaan mata
  • Batuk
  • Bersin
  • Demam alergi
  • Serangan asma

Untuk mereka yang mempunyai masalah pernafasan, seperti asma, penyakit kronik obstruktif saluran pernafasan (COAD) atau emfisema, sejumlah kecil habuk boleh menyekat pernafasan mereka dan membuat simptom mereka lebih teruk.

Walaupun tidak ada kajian membuktikan habuk boleh menyebabkan asma, ramai orang dengan keadaan ini dilaporkan mengalami pengurangan fungsi paru-paru disebabkan menghidu habuk dengan banyak dan ini turut menyumbang kepada penyakit seperti bronkitis kronik dan masalah jantung dan paru-paru.

Apa itu asma?

Terdapat banyak pencetus untuk asma: asap, alergen, dan senaman:

  • Asma adalah penyakit paru-paru kronik di mana saluran pernafasan anda meradang.
  • Keradangan menjadikan saluran pernafasan anda lebih sensitif kepada habuk, asap, bulu haiwan dan udara sejuk.
  • Apabila paru-paru anda terdedah kepada pencetus berikut, serangan asma berlaku, saluran udara anda menyempit dan bengkak. Mukus dihasilkan dan menyebabkan penyumbatan dalam saluran pernafasan, menjadikan pernafasan sukar.

Apa yang menyebabkan asma?

Tidak ada sebab yang diketahui untuk asma. Sesetengah saintis mencadangkan bahawa ia berlaku disebabkan gabungan faktor-faktor genetik dan persekitaran.

  • Jika seseorang dalam keluarga anda mempunyai asma, anda lebih berkemungkinna untuk mendapatkannya.
  • Jika anda mempunyai satu lagi masalah pernafasan, seperti ekzema atopik dan demam alergi (rinitis alergik), anda juga mungkin mempunyai asma.
  • Mempunyai jangkitan pernafasan semasa bayi atau waktu awal kanak-kanak merupakan satu lagi faktor risiko untuk asma.
  • Jika anda sering terdedah kepada alergen, perengsa dan jangkitan virus tertentu di usia awal kanak-kanak, anda mempunyai risiko asma yang lebih tinggi.
  • Diet wanita hamil dan pendedahan kepada alergen atau asap rokok boleh mempengaruhi risiko anaknya di kemudian hari.

Pencetus asma yang lain

Banyak pencetus lain juga boleh menyebabkan serangan asma, termasuklah:

  • Perengsa melalui udara, seperti asap (dari rokok atau membakar kayu atau rumput), asap kilang, ekzos kenderaan, kabus asap, atau sulfur dioksida
  • Sesetengah makanan dan bahan tambahan makanan
  • Jangkitan pernafasan
  • Hiperventilasi (pernafasan berat, cepat)
  • Keadaan emosi yang kuat, seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, atau takut
  • Ubat-ubatan tertentu, termasuk aspirin dan ubat-ubatan anti-radang bukan steroid (NSAIDs)

Bagaimana untuk mencegah asma?

  • Elakkan kawasan di mana orang merokok. Asap adalah salah satu pencetus asma yang paling biasa. Asap, walaupun anda bukan perokok dan asap pada pakaian, perabot boleh mencetuskan serangan asma.
  • Elakkan produk pencuci kimia dan bahan kimia. Produk-produk ini boleh mengeluarkan wap yang mencetus asma. Jika anda ingin mencuci rumah, pakai topeng muka dan cuba untuk tidak menyedut wap.

Apa itu bronkitis kronik?

Bronkitis adalah suatu keadaan apabila anda mempunyai batuk dengan kahak yang berlangsung selama sekurang-kurangnya dua bulan. Batuk dan kahak ini terbentuk apabila saluran pernafasan mengalami keradangan disebabkan jangkitan atau kerengsaan.

Punca bronkitis kronik

Bronkitis kronik menjadi lebih teruk pada musim sejuk dan musim selesema, apabila udara lebih sejuk dan lebih sukar untuk bernafas dengan banyak perengsa di udara. Ia biasanya membawa kepada jangkitan pernafasan bahagian atas.

  • Merokok adalah salah satu punca utama bronkitis kronik.
  • Perengsa dihidu dari tempat kerja, pencemaran, atau asap rokok adalah satu lagi penyebab biasa bronkitis kronik.
  • Terhidu wap yang menyebabkan keradangan atau debu juga boleh menyebabkan bronkitis kronik semakin teruk.

Pencegahan bronkitis kronik

Untuk mengelakkan bronkitis, di sini apa yang anda boleh lakukan:

  • Berhenti merokok
  • Elakkan pendedahan kepada perengsa, habuk. Perlindungan yang sesuai di tempat kerja adalah penting untuk mencegah pendedahan.
  • Mengelakkan pendedahan yang lama kepada pencemaran udara dari jalan raya boleh membantu mencegah bronkitis.
  • Menjauhkan diri daripada orang lain yang mengalami selesema.
  • Basuh tangan dengan kerap untuk mengelakkan penyebaran jangkitan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kuman paru paru

    Pneumonia Atau Bronkitis, Mana Satu Lebih Berbahaya Untuk Paru-paru Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
    bronkitis

    Bronkitis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/12/2019 . 4 minit bacaan
    Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)

    Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Diterbitkan pada 25/05/2018 . 3 minit bacaan
    Bronkitis Kronik

    Bronkitis Kronik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 12/04/2018 . 3 minit bacaan