backup og meta

Anemia: Komplikasi Penyakit Buah Pinggang Kronik

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    Anemia: Komplikasi Penyakit Buah Pinggang Kronik

    Anemia biasanya berlaku pada individu yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD), yang mana kehilangan fungsinya secara kekal atau sebahagiannya. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK) menyatakan bahawa, anemia mungkin mula berkembang pada peringkat awal CKD iaitu apabila seseorang mempunyai 20 hingga 50 peratus (%) fungsi buah pinggang yang normal. Malah, anemia menjadi semakin teruk apabila CKD berlaku, dan kebanyakan mereka yang mengalami kehilangan fungsi buah pinggang atau kegagalan buah pinggang akan mempunyai anemia.

    Bgaimana penghidap penyakit buah pinggang mendapat anemia?

    Buah pinggang mengahasilkan hormon penting yang dikenali sebagai erythropoietin (EPO). Hormon adalah perantaraaan untuk kimia bergerak ke tisu dan organ untuk membantu anda kekal sihat. EPO memberitahu tubuh anda untuk membuat sel darah merah. Bagaimanapun, apabila anda mempunyai penyakit buah pinggang, buah pinggang tidak dapat membuat EPO yang secukupnya. Oleh itu, tahap EPO yang rendah menyebabkan kiraan sel darah merah menurun dan anemia semakin berkembang.

    Sumber: National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases

    Apakah punca anemia dalam penyakit buah pinggang?

    Apabila buah pinggang berpenyakit atau rosak, ia tidak boleh menghasilkan EPO yang mencukupi. Akibatnya, sumsum tulang membuat sel darah merah yang lebih sedikit dan menyebabkan anemia.

    Penyebab biasa anemia pada pesakit buah pinggang termasuk kehilangan darah akibat hemodialisis dan kehilangan nutrien berikut dalam makanan:

    • Zat besi
    • Vitamin B12
    • Asid folik

    Nutrisi itu diperlukan sel darah merah untuk membuat hemoglobin, protein yang membawa oksigen utama dalam sel darah merah.

    Punca lain termasuk:

    • Mempunyai diabetes
    • Mempunyai kegagalan buah pinggang sederhana atau teruk (CKD tahap 3 atau 4)
    • Mempunyai kegagalan buah pinggang (tahap 5)
    • Perempuan

    Simpton anemia dalam penyakit buah pinggang

    Tanda-tanda dan simptom anemia pada seseorang dengan CKD mungkin termasuk:

    • Kelemahan
    • Keletihan atau berasa letih
    • Sakit kepada
    • Masalah dengan tumpuan
    • Kepucatan
    • Kepeningan
    • Kesukaran bernafas atau sesak nafas
    • Sakit dada

    Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami anemia mempunyai simpton. Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang, anda harus menjalani ujian darah untuk mengukur tahap hemoglobin sekurang-kurangnya sekali setahu untuk memeriksa anemia. Jika hemoglobin rendah, anda mungkin mengalami anemia.

    Selain itu, mungkin juga berlaku komplikasi masalah jantung seperti:

    • Degupan jantung yang tiak teratur atau degupan yang luar biasa terutama apabila bersenam.
    • Pembesaran otot yang membahayakan jantung.
    • Kegagalan jantung iaitu keadaan di mana jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh.

    Dalam hal ini, doktor anda akan memeriksa untuk mencari penyebab tepat bagi anemia dan mencadangkan rawatan yang tepat untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan