Ada Apa Dengan Bekam

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/08/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bekam ialah sejenis rawatan alternatif kuno yang telah digunakan sejak zaman Mesir Purba dan China. Di dalam sebuah buku perubatan kuno iaitu Ebers Papyrus, terdapat penjelasan tentang bagaimana orang Mesir menggunakan kaedah bekam pada tahun 1550 sebelum Masihi.

Bekam dilakukan dalam dua kaedah – kering dan basah.

Dalam kedua-dua kaedah, sejenis cawan akan dilekapkan ke atas kulit dan tekanan negatif di dalam cawan akan diwujudkan sama ada menggunakan teknik pembakaran (lama) atau penyedut (moden). Cawan tersebut kebiasaannya dibiarkan selama 3 minit.

Dalam kaedah basah, cawan akan diangkat dan bahagian kulit yang terbabit akan dicucuk atau dipotong dengan potongan kecil menggunakan jarum atau pisau. Kemudian, cawan diletakkan semula untuk menyedut sejumlah kecil darah di kawasan berkenaan.

Beberapa cawan mungkin digunakan dalam satu masa. Selepas bekam selesai, anda mungkin diberikan krim antibiotik dan pembalut untuk mengelakkan jangkitan. Kulit akan kembali kelihatan seperti asal dalam 10 hari.

Kajian saintifik terhadap bekam

Tidak banyak kajian santifik yang dijalankan ke atas bekam.

Satu laporan dalam Journal of Traditional and Complementary Medicine mengatakan bahawa ia mungkin membantu merawat masalah jerawat, kayap, dan mengurangkan rasa sakit.

Pengkaji di Australia dan China pula melihat 135 kajian ke atas bekam dan membuat kesimpulan bahawa ia mungkin berkesan apabila diambil bersama-sama dengan rawatan lain seperti akupuntur atau ubat-ubatan untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan termasuk kayap, jerawat, dan lumpuh pada otot muka. Walau bagaimanapun, mereka juga menyatakan bahawa banyak kajian bersifat berat sebelah dan kajian yang lebih baik diperlukan.

Adakah terdapat kesan sampingan?

Bekam secara amnya adalah selamat selagi mana ia dilakukan oleh ahli profesional terlatih. Namun, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku seperti:

  • Ketidakselesaan.
  • Kulit terbakar.
  • Lebam.
  • Jangkitan kulit.

Warga emas, bayi, dan pesakit kronik perlu berhati-hati

Golongan ini perlu lebih berhati-hati kerana mereka mempunyai sistem imun yang lemah berbanding orang biasa. Mungkin keadaan kesihatan mereka boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti jangkitan dan pendarahan. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ubi Pahit (Bitter Yam)

    KegunaanApakah kegunaan Ubi Pahit (Bitter Yam)? Ubi pahit adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di Afrika. Ia digunakan untuk merawat keadaan-keadaan berikut, seperti: Diabetes Artritis reumatoid (RA) Sakit perut ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 15/04/2018 . 2 minit bacaan

    Bittersweet Nightshade

    KegunaanApakah kegunaan Bittersweet Nightshade? Bittersweet nightshade adalah tumbuhan seperti anggur, yang terdapat di AS, Kanada, dan beberapa bahagian Eropah dan Asia. Batangnya biasa digunakan untuk: Jerawat Kulit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 15/04/2018 . 2 minit bacaan

    Butcher’s Broom

    KegunaanApakah kegunaan Butcher’s Broom? Butcher’s broom adalah sejenis tumbuhan. Akarnya digunakan untuk menghasilkan ubat. Butcher’s broom digunakan untuk: Buasir Batu hempedu Aterosklerosis Simptom-simptom ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 15/04/2018 . 3 minit bacaan

    Butterbur

    KegunaanApakah kegunaan Butterbur? Butterbur adalah sejenis herba. Biasanya daun, akar, dan bebawangnya digunakan untuk menghasilkan ubat. Butterbur digunakan untuk kesakitan, sakit perut, ulser perut, migrain dan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 15/04/2018 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tradisi melayu

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    Bekam Alternatif Rawatan yang Berkesan

    Bekam: Alternatif Rawatan yang Berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/08/2019 . 8 minit bacaan
    berbekam

    TIADA Bukti Kukuh Bekam Memberi Keberkesanan Untuk Merawat Sebarang Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 21/03/2019 . 2 minit bacaan

    Rawatan Alternatif Bekam Yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 25/07/2018 . 2 minit bacaan