backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ada Masalah Ekzema Yang Pedih? 5 Bahan Rawatan Semula Jadi Ini Boleh Bantu Atasinya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/01/2024

    Ada Masalah Ekzema Yang Pedih? 5 Bahan Rawatan Semula Jadi Ini Boleh Bantu Atasinya!

    Selalu rasa gatal disebabkan masalah keradangan kulit? Ini 5 bahan yang anda perlukan sebagai cara merawat eczema dewasa. Selamat mencuba!

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Kulit di sini.

    Rawatan rumah untuk ekzema

    Ekzema adalah sejenis keradangan kulit yang boleh menyebabkan bengkak, gatal atau ruam merah yang mengakibatkan kulit kelihatan seperti melecur.

    Dikenali sebagai atopic dermatitis, masalah kulit ekzema ini biasa berlaku pada bahagian muka, tangan, siku atau lutut. Ia sering dialami oleh kanak-kanak dibawah usia 5 tahun, tetapi ia boleh dihidapi oleh sesiapa pada mana-mana peringkat usia.

    Pelbagai cara boleh digunakan untuk merawat masalah ini, seperti penggunaan krim, produk semula jadi atau menjalani perubahan gaya hidup.

    Salah satu cara lain adalah dengan menggunakan kaedah rawatan rumah untuk ekzema.

    cara merawat eczema dewasa
    7 tip mengurangkan gatal ekzema.

    5 bahan untuk cara merawat eczema dewasa

    Berikut adalah beberapa rawatan eczema cara tradisional dan bahan yang anda boleh digunakan:

    1. Gel lidah buaya

    Terdapat pelbagai kegunaan gel yang berasal dari tumbuhan lidah buaya ini.

    Salah satu fungsi umumnya adalah sebagai cara merawat eczema dewasa . Gel ini mempunyai ciri-ciri antibakteria, antimikrobial, meningkatkan sistem imun dan penyembuhan luka.

    Anda boleh membeli gel lidah buaya ini dari farmasi  tetapi anda perlu berhati-hati dengan kandungan lain yang terdapat di dalamnya seperti pewarna, pewangi, alkohol atau bahan pengawet.

    Ini kerana bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang sensitif atau anda boleh mengambil gel ini dari daun lidah buaya sendiri dan menggunakannya secara terus dari daun.

    2. Minyak kelapa, antara cara merawat eczema dewasa 

    Terdapat kajian yang mengatakan penggunaan minyak kelapa dapat mengurangkan jumlah bakteria pada kulit dan menghindari risiko jangkitan.

    Minyak kelapa mengandungi asid lemak yang sihat yang boleh menambah kelembapan pada kulit, sekali gus baik untuk individu dengan masalah kulit kering dan ekzema.

    Anda boleh menyapu minyak kelapa sebagai cara hilangkan eczema di kaki selepas mandi atau beberapa kali dalam sehari untuk melembapkan kulit.

    Pastikan anda turut menyapunya sebelum tidur untuk memastikan kelembapan kulit sepanjang malam.

    Pastikan anda menggunakan minyak kelapa ‘dara’ atau ‘cold pressed’ – kaedah pengekstrakan minyak yang tidak menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit. Individu yang mempunyai alahan kepada kelapa, tidak patut menggunakan minyak kelapa.

    3. Cuka epal, cara merawat eczema dewasa

    punca eczema
    Petua merawat masalah ekzema.

    Dipercayai antara rawatan eczema cara tradisional.

    Walaupun tiada kajian untuk mengesahkan fakta ini, tetapi National Eczema Association (NEA) melaporkan bahawa cuka epal ini boleh membantu mengurangkan tanda eczema dewasa.

    Cuka epal dipercayai dapat memberikan keseimbangan kepada tahap keasidan kulit dan melawan bakteria.

    Perkara paling penting dalam penggunaan cuka adalah untuk mencairkan (dilute) cuka terlebih dahulu dengan cara mencampurkan sesudu cuka bersama segelas air, jika tidak, cuka boleh menyebabkan luka terbakar atau kecederaan lain.

    Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakannya dengan cara balutan basah iaitu dengan meletakkan campuran cuka yang telah dicairkan ke atas kapas.

    Selain itu anda boleh menggunakan kain kasa dan letakkan ia pada bahagian kulit yang bermasalah dan lindunginya atau tutupnya dengan kain yang bersih.

    Anda juga boleh memilih cara mandian dengan mencampurkan dua cawan cuka ke dalam tab mandian panas dan rendam selama 15-20 minit. Selepas itu bilas badan dengan air yang bersih. Sapu pelembap pada badan beberapa minit selepas mandi.

    4. Minyak matahari

    Berfungsi untuk meningkatkan ciri pelindung kulit dan membantu mengekalkan kelembapan serta mempunyai fungsi antikeradangan.

    Anda boleh menyapu minyak ini kepada kulit individu dewasa sebanyak dua kali sehari, dengan salah satu sapuan dilakukan selepas mandi dalam keadaan kulit masih basah.

    Tetapi jika anda mengetahui bahawa anda alah kepada biji bunga matahari, elakkan penggunaan minyak ini.

    Cara merawat eczema dewasa #5. Madu

    cara hilangkan ekzema
    Kebaikan madu untuk kulit.

    Merupakan agen antibakteria dan antikeradangan semula jadi kerana dapat membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan fungsi imun yang bermakna dapat membantu melawan jangkitan.

    Madu dapat membantu mencegah jangkitan semasa melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan bagi individu yang mengalami ekzema serta mengurangkan gejala keradangan kulit.

    Anda boleh mencuba kaedah ini dengan menyapu sebatian madu ke bahagian yang bermasalah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan