5 Tip Lembutkan Telapak Tangan Menjelang Aidilfitri

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/05/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Kulit tangan kasar umpama mimpi ngeri buat kaum wanita khususnya, malah ianya satu perkara yang memalukan. Sebagai wanita bukan penampilan diri sahaja yang perlu dititikberatkan, tetapi termasuk juga penjagaan tangan kerana semasa Aidilfitri sudah pasti anda akan saling bersalaman antara satu sama lain. Bagaimana mendapatkan kulit tangan yang lembut? Baca tip ini.

1. Air suam

Rendamkan tangan dalam air suam adalah salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan tapak tangan yang lembut. Tetapi pastikan suhu air tak terlalu panas kerana ia mungkin akan membuatkan kulit menjadi kering. Anda juga boleh tambahkan beberapa titis minyak ekstrak bunga mawar dan rendamkan tangan selama 10 minit. Hasilnya, tangan makin lembut!

2. Gula dan minyak zaitun

Minyak zaitun sendiri berfungsi untuk melembutkan kulit kering secara semula jadi. Manakala gula berfungsi sebagai masker/scrub semula jadi. Gabungkan bahan ini dan urut perlahan telapak tangan anda supaya tidak luka. Lakukannya seminggu sekali untuk menjaga kelembutan telapak tangan anda.

3. Lidah buaya

Lidah buaya banyak digunakan sebagai bahan produk kecantikan. Ambil lendir lidah buaya dan gosok pada telapak tangan kerana kandungannya dapat membantu melembapkan dan menghaluskan kulit. Biarkan sehingga lendir lidah buaya kering, kemudian bilas dengan air bersih. Jangan sampai terkena kulit lidah buaya kerana ia boleh menyebabkan kulit gatal atau iritasi. Lakukan petua ini tiga kali seminggu.

4. Hampas kopi atau teh

Semasa menyediakan kopi/teh, jangan terus membuang hampasnya. Sebaliknya simpan untuk digunakan sebagai masker dan urutkan ke seluruh bahagian tangan selama beberapa minit. Setelah kering bilaskan dengan air bersih. Hampas ini membantu melembutkan kulit, menyingkirkan sel kulit mati dan melembapkan kulit secara semula jadi.

5. Madu

benefits-raw-honey

Madu mempunyai pelbagai manfaat bagi tubuh dan kulit. Bukan sahaja boleh diambil secara langsung, tapi ia juga boleh digunakan sebagai bahan semula jadi merawat kulit. Kandungan vitamin di dalamnya membantu menanggalkan sel kulit mati, melembutkan kulit dan melembabkan kulit.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tip Hias Ruang Tamu untuk Aidilfitri

    Di samping menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, anda pasti turut ingin mempersiapkan diri untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Perayaan 23/05/2018 . 3 minit bacaan

    5 Tip Buang Lemak Badan pada Hari Raya Aidilfitri

    Hidangan makanan berlemak pada hari raya seperti lemang, ketupat, rendang, lontong dan bermacam lagi sudah pasti menyelerakan dan tidak mampu ditolak. Jika di ambil mengikut nafsu makan boleh menyebabkan pertambahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/05/2018 . 2 minit bacaan

    8 Tips Penjagaan Gigi Semasa Hari Raya Aidilfitri

    Setelah sebulan berpuasa Ramadan, hari raya Aidilfitri semua orang seolah-oleh merdeka dan bebas menikmati pelbagai makanan menarik pada hari raya.. Jadi, bagaimana untuk memastikan kebersihan mulut terjaga dan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sambutan hari raya

    Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/05/2020 . 3 minit bacaan
    sembahyang raya

    Pakai Baju Raya Cantik Nak Solat Raya & Buat Rumah Terbuka, Boleh Ke Di Musim COVID-19 Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
    bawang raya

    Tip Elak Membawang di Hari Raya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 07/06/2018 . 3 minit bacaan

    Asal Hari Raya Saja, Perut Meragam? Anda Perlu BERHENTI Makan 6 Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 23/05/2018 . 2 minit bacaan