backup og meta

5 Kanser Paling Berbahaya Yang Perlu Anda Tahu, Seolah Kehidupan Bagaikan Akan Berakhir...

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

    5 Kanser Paling Berbahaya Yang Perlu Anda Tahu, Seolah Kehidupan Bagaikan Akan Berakhir...

    Kanser adalah mimpi ngeri bagi ramai orang. Apabila disahkan menghidapi kanser, ia seolah-olah satu pengakhiran bagi individu terbabit. Walaupun ada beberapa kanser yang boleh dirawat dengan teknologi moden, masih ada banyak kanser yang tidak boleh dirawat melainkan rawatan sokongan sahaja.

    Mari lihat 5 kanser yang paling berbahaya.

    1. Kanser paru-paru

    Kanser ini bukan sahaja berbahaya, malah antara yang paling kerap berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki. Apa yang lebih menyedihkan adalah punca utamanya adalah sesuatu yang dihasilkan oleh manusia sendiri iaitu, rokok.

    2. Kanser kolon dan rektum

    Pemakanan adalah antara puncanya, selain genetik dan merokok. Ujian saringan harus dijalankan untuk mengesan kanser dengan lebih awal, kerana jika ia sudah cukup besar untuk menghasilkan simptom, tidak banyak yang boleh dilakukan.

    3. Kanser payudara

    Ini adalah kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Masalah utama kanser ini adalah ia merebak dengan cepat, bahkan sebelum ia boleh dikesan dari ujian saringan. Lebih dasyat lagi, meskipun seluruh kanser sudah dibuang, masih terdapat kebarangkalian kanser akan datang semula kerana terhadap bahagian-bahagian kecil (mikro) sudah tersebar yang tidak dapat dikesan.

    4. Kanser pankreas

    Pankreas adalah organ yang terletak di bahagian abdomen berhampiran dengan perut. Ia berfungsi menghasilkan beberapa hormon seperti insulin dan enzim untuk penghadaman. Kanser pankreas tidak memberikan simptom awal kerana kedudukannya di dalam abdomen yang mempunyai ruang yang besar untuk menampung sebarang ketumbuhan. Dalam kebanyakan kes, ia tidak boleh dirawat.

    5. Kanser esofagus

    Kanser ini adalah antara kanser yang paling menyeksakan kerana ia melibatkan saluran pemakanan esofagus. Penghidap kanser ini tidak boleh makan dengan normal dan mungkin perlu makan melalui bag yang dihubungkan ke perut. Walaupun ia boleh dikesan awal, ia masih sukar dirawat.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan