backup og meta

4 Masalah Mulut Yang Biasa Berlaku

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

    4 Masalah Mulut Yang Biasa Berlaku

    Kesihatan mulut sangat penting. Mulut yang sihat memberikan nafas yang segar dan meningkatkan personaliti anda. Jika tidak dijaga, banyak masalah boleh berlaku.

    Apakah masalah mulut yang biasa berlaku?

    1. Radang gusi atau gingivitis

    Tahap pertama bagi masalah gusi adalah radang gusi. Ia boleh beralih kepada masalah yang lebih serius ialah periodontitis jika tidak diuruskan dengan baik.

    Masalah ini menyebabkan gusi menjadi merah, bengkak dan sakit. Pendarahan mungkin berlaku semasa memberus gigi dan nafas juga mungkin berbau. Ia disebabkan oleh penimbunan plak yang merengsa garisan gusi.

    Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, berus gigi anda secara berkala.

    2. Karies

    Karies adalah masalah mulut lain yang kerap berlaku. Ia disebabkan oleh banyak makanan bergula, penjagaan mulut yang lemah atau merokok. Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan karies.

    Minta rawatan florida semasa temu janji doktor gigi untuk mengekalkan kesihatan gigi.

    3. Gigi sensitif

    Ini juga kerap berlaku. Gigi menjadi sensitif terhadap sejuk atau panas. Anda juga mungkin pernah mengalaminya semasa makan aiskrim atau minum air sejuk. Ia mungkin disebabkan oleh memberus gigi terlalu kasar atau mengambil banyak makanan berasid.

    Kurangkan makanan berasid dan gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif bagi mengelakkan keadaan ini berlaku.

    4. Kaviti

    Kaviti kerap berlaku tetapi ia mudah dielakkan. Jika anda berus gigi dan melakukan temu janji berkala dengan doktor gigi, anda boleh mengelakkan keadaan ini. Kaviti berlaku jika ada karies pada gigi. Ini boleh merosakkan lapisan dalam dan luar gigi.

    Gula dan karbohidrat menggalakkan pembentukan kaviti. Jadi, cuba kurangkan gula-gula dan makanan manis. Gigi yang telah ditampal juga berisiko mengalami kaviti.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan