Anda mungkin biasa dengar tentang apnea tidur, tetapi tahukah anda kaitan antara gangguan tidur ini dengan masalah mati pucuk?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Anda mungkin biasa dengar tentang apnea tidur, tetapi tahukah anda kaitan antara gangguan tidur ini dengan masalah mati pucuk?
Apakah kaitannya? Gangguan apnea tidur dikatakan berisiko menyebabkan masalah mati pucuk!
Fakta atau auta? Bagi menjawab persoalan ini, pastikan anda baca artikel ini sampai habis, okay!
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua faham definisi sebenar perkara ini terlebih dahulu.
Buat anda yang mungkin belum tahu, apnea tidur adalah sejenis gangguan tidur yang berkaitan dengan sistem pernafasan manusia.
Apnea tidur adalah gangguan tidur serius di mana pernafasan berulang kali terganggu ketika tidur.
Kesannya, organ tubuh mereka yang mengalami masalah ini, terutamanya otak, mungkin tidak mendapat oksigen secukupnya.
Ini sekali gus menyebabkan individu mendapat tidur kurang berkualiti, dan berasa penat ketika siang hari.
Ada 3 jenis utama bagi apnea tidur:
Simptom biasa dialami pesakit gangguan tidur ini adalah:
Zakar yang tidak berupaya untuk berereksi atau mengekalkan ereksi boleh terjadi akibat faktor tekanan, keletihan, atau pengambilan alkohol yang terlalu banyak.
Namun, jika masalah ini berlaku secara berkala, faktor fizikal dan emosi juga boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk (erectile disfunction) atau turut digelar ED.
Penyebabnya secara umum berkaitan dengan masalah aliran darah ke zakar, bekalan saraf, atau hormon.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal, seperti:
Sebenarnya, masalah emosi juga kadangkala berupaya menyebabkan ED, yang mungkin berkaitan dengan perasaan bersalah atau kondisi kesihatan mental tertentu, seperti kemurungan.
Para penyelidik ternyata telah menemui bukti menunjukkan lelaki yang mengalami apnea tidur obstruktif lebih cenderung mendapat masalah mati pucuk, dan sebaliknya!
Menurut jurnal yang diterbitkan pada tahun 2009, Journal of Sexual Medicine mendapati 69% peserta lelaki yang didiagnosis dengan OSA juga mempunyai masalah ini.
Satu kajian lain pada tahun 2016 pula mendapati, masalah mati pucuk berlaku pada kira-kira 63% peserta kajian dengan gangguan tidur ini.
Sebaliknya, hanya 47% lelaki dalam kajian tanpa masalah OSA yang menderita masalah mati pucuk.
Persoalannya, bagaimana perkara ini terjadi? Teruskan membaca!
Hingga kini, para saintis masih tidak tahu mengapa lelaki dengan apnea tidur obstruktif mempunyai kadar ED yang lebih tinggi.
Mereka beranggapan, masalah kekurangan tidur yang disebabkan oleh gangguan ini mungkin boleh menyebabkan tahap testosteron seseorang lelaki merosot.
Tambahan itu, ia mungkin juga menyekat oksigen; kedua-dua testosteron dan oksigen amat penting untuk ereksi yang sihat.
Para penyelidik juga berpendapat, faktor stres dan keletihan yang disebabkan oleh kekurangan tidur akan memperburuk lagi masalah seksual.
Satu kajian pada tahun 2014 pula mendapati, tahap testosteron yang rendah boleh berpunca daripada kualiti tidur yang rendah.
Walau bagaimanapun, masih tiada kajian membuktikan apnea tidur obstruktif mempengaruhi pengeluaran testosteron.
Biasanya, cara mengubati gangguan ini melibatkan pembukaan airwaves supaya pesakit dapat bernafas dengan lebih mudah pada waktu malam.
Rawatan adalah bergantung kepada masalah yang dikenal pasti dan mungkin juga melibatkan perubahan gaya hidup, seperti menurunkan berat badan, mengurangkan tabiat merokok atau minum alkohol.
Dalam sesetengah kes pula, doktor mungkin bakal mengesyorkan pesakit tidur dengan alatan tertentu, seperti mouthpiece.
Peranti tersebut dapat membolehkan pernafasan semula jadi yang lebih baik pada waktu malam.
Bukan itu sahaja, terapi fizikal untuk mulut dan wajah juga dapat membantu!
Ubat yang berfungsi bagi meningkatkan aliran darah ke zakar, seperti sildenafil, dijual sebagai Viagra, dapat membantu!
Di samping itu, selain ubatan, terdapat beberapa rawatan semula jadi yang boleh dicuba.
Bagi masalah mati pucuk, ia biasanya dirawat mengikut punca yang telah dikenal pasti.
Contohnya, jika tekanan darah tinggi menyebabkan ED, doktor akan mengesyorkan ubat untuk menurunkan tekanan darah, seperti statin.
Selain itu, perubahan gaya hidup, seperti menurunkan berat badan, juga dapat membantu.
Jika penyebabnya berkaitan dengan pengambilan ubat tertentu, doktor mungkin mencadangkan ubatan alternatif yang tidak berisiko menyebabkan ED.
Begitu juga jika faktor emosi menjadi punca, kaunseling atau terapi mungkin dapat membantu.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen