Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda demam? Rasa susah untuk tidur lena pada waktu malam?

Sudahlah rasa panas dan tidak selesa, hendak tidur pun susah!

Selalu kan kita mengeluh begini semasa demam. Tidak kiralah kita tidur dalam posisi apa pun, mesti susah nak lena.

Selepas ini, kalau anda demam lagi, cuba amalkan 7 tip yang kami berikan.

Gerenti, selepas ini anda boleh tidur dengan lebih lena!

7 cara untuk tidur lebih lena semasa demam

1. Tinggikan sedikit bahagian atas badan ketika tidur

Cuba tinggikan sedikit badan anda ketika tidur. Tetapi, jangan hanya tinggikan leher sahaja!

Susun bantal dalam bentuk segi tiga supaya seluruh bahagian atas badan anda dalam keadaan menyandar. Posisi ini akan memudahkan anda bernafas dan melegakan selesema.

Jika hanya tinggikan leher anda sahaja, selesema anda akan jadi makin teruk. Anda juga mungkin akan bangun pagi dengan leher yang lebih sakit nanti!

2. Mandi air suam

Mandi dengan air suam bukan sahaja bagus untuk orang demam, malah sesuai untuk semua orang yang ingin melegakan stres.

Mandi dengan air suam dapat membantu anda untuk lebih relaks dan tenang. Air yang hangat juga mampu melancarkan pernafasan dan membuatkan anda rasa lebih baik.

Lagipun, mandi juga dapat membuang segala kekotoran yang melekat pada badan. Penjagaan kebersihan diri juga penting jika anda ingin cepat sembuh daripada demam!

3. Makan sup ayam atau minuman panas

Sup ayam dan juga minuman panas boleh membantu anda untuk tidur lebih lena pada waktu malam.

Bukan sahaja sup dan air panas boleh buatkan hidung anda rasa kurang tersumbat, tetapi boleh membantu anda daripada mengalami dehidrasi semasa demam.

Anda juga boleh cuba teh herba seperti teh lavender atau pudina. Teh ini tidak mempunyai kafein dan boleh membantu anda untuk tidur lebih lena pada waktu malam.

Jangan lupa letak botol air di tepi katil anda ya! Minum air yang cukup boleh buatkan anda sembuh dengan lebih cepat!

4. Jangan lupa makan ubat

Jika anda telah berjumpa doktor dan mendapatkan ubat yang sesuai untuk demam anda, jangan lupa makan ubat ikut jadual ya!

Kalau anda tidak berjumpa dengan doktor, anda boleh membeli ubat demam di farmasi yang berdekatan.

Jika tidak pasti ubat apa yang sesuai dengan simptom anda, tanya kepada ahli farmasi yang sedang bertugas.

Penting untuk anda makan ubat yang sesuai supaya demam cepat pulih. Selain itu, ketidakselesaan anda juga dapat dikurangkan. Jadi, bolehlah anda tidur dengan lebih selesa!

5. Gunakan alat pelembap udara (air humidifier) untuk tidur lena

Alat pelembap udara sangat membantu ketika anda sedang demam.

Alat ini membantu untuk melembapkan udara dan melegakan saluran pernafasan yang kering. Anda akan lebih mudah untuk bernafas dan membuatkan tidur anda lebih selesa.

Tetapi, pastikan anda menggunakan air yang telah ditapis sahaja ya dalam alat pelembap udara anda. Jika alat ini tidak diselenggara dengan baik, bakteria dan kulat boleh membiak di dalamnya.

Ini akan membuatkan anda lebih sakit nanti!

6. Pastikan bilik anda dalam keadaan selesa

susah tidur malam

Tutup lampu dan pastikan bilik anda gelap untuk mudahkan anda tidur. Selain itu, pastikan suhu bilik anda dalam keadaan selesa.

Jangan biarkan suhu bilik anda terlampau sejuk atau panas. Nanti, anda akan susah tidur dan selalu terjaga pada waktu malam kerana tidak selesa.

Ketika anda sakit, adalah dinasihatkan untuk kekalkan suhu dalam keadaan sederhana dan bukan terlalu sejuk. Suhu yang sejuk akan buatkan hidung anda tersumbat dan susah untuk bernafas.

7. Jangan paksa diri anda tidur

Akhirnya, jika anda sudah cuba pelbagai cara tetapi tidak juga menjadi, janganlah paksa diri anda untuk tidur.

Cuba pasang lagu, atau baca buku. Pastikan diri anda relaks dan tenang. 15 – 30 minit kemudian, cuba tidur kembali.

Tetapi, jangan pula main game, tonton TV ataupun scrolling handphone ya! Nanti susah pula untuk anda tidur.

Tidur lena cepatkan proses penyembuhan

susah tidur malam

Tidur yang lena pada waktu malam boleh buatkan anda bangkit lebih sihat dan bertenaga pada keesokan hari.

Jangan biarkan demam buatkan anda susah untuk tidur malam ya! Jika demam anda berlarutan selama beberapa hari, jangan lupa berjumpa dengan doktor untuk sesi konsultasi!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

Semakin anda membesar dan menua, berapa banyak waktu tidur yang anda perolehi? Adakah anda puas dengan waktu tidur anda? Cukupkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur 08/09/2020 . 3 minit bacaan

Sering Penat, Sukar Tidur Malam- Ini TANDA KETARA Anemia, Cepat Jumpa Doktor Jika Anda Alaminya

Pesakit anemia mungkin menghadapi masalah untuk tidur malam akibat penyakit mereka. Ini akibatkan mereka rasa penat dan tidak bermaya sepanjang hari.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Anemia, Pusat Kesihatan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Sering Mengantuk Ketika Bekerja? Cuba Power Nap Sebentar, Pasti Anda Terus Segar!

Walaupun sudah cukup tidur, kita masih boleh mengantuk terutamanya menjelang tengah hari. Baguskah ambil power nap? Apakah manfaat tidur siang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Pakai Earplug Sebab Tak Nak Dengar Bunyi Bising Bila Tidur, Selamat Atau Tidak Perbuatan Ini?

Anda gemar menggunakan penutup telinga untuk tidur? Tidak salah ya! Pun begitu, ada beberapa risiko yang kalian perlu tahu. Jom klik artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 14/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesukaran tidur insomnia

Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
penutup telinga untuk tidur

Tidur Tak Nyenyak Atau Sering Terjaga Waktu Malam? Ikut 6 Perkara Ini Agar Tiada Gangguan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
ketawa tertawa saat tidur

Selalu Tak Pasangan Complaint Anda Bising @ Ketawa Semasa Tidur? Jika Pernah, Ini Sebabnya…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
gangguan tidur menghantar mesej

Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan