Ini Sebab Jerawat Muncul Pada Setiap Anggota Badan, Kalau Nak Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah jerawat pada badan dan muka boleh menyebabkan tekanan emosi serta parut kekal jika tidak dirawat.

Sekiranya anda struggle dalam usaha merawat masalah ini, mungkin anda harus tahu terlebih dahulu punca jerawat badan dan juga muka.

Bagi pembaca di luar sana yang mengalami kesulitan dalam mencari penyelesaian terbaik bagi masalah jerawat, teruskan membaca artikel ini ya!

Apakah itu jerawat?

Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan merah berlaku pada permukaan kulit.

Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak atau sel kulit mati dan boleh dikategorikan sebagai biasa kepada masalah yang teruk.

Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan cyst adalah antara masalah jerawat yang kerap berlaku.

Jenis-jenis jerawat

  • Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih
  • Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah

Punca-punca jerawat muka

punca jerawat

Umum sudah mengetahui bahawa rahsia mengatasi jerawat muka atau badan adalah dengan mengenal pasti penyebabnya.

Ini juga dikenali sebagai face mapping, di mana bahagian tertentu pada wajah bertindak sebagai indikasi terhadap kesihatan dalaman badan.

Jerawat di dahi dan hidung

Sekiranya anda sering mendapat jerawat di kawasan zon-T wajah, stres dan tekanan emosi mungkin menjadi penyebabnya.

Kajian berskala besar terhadap 160 pelajar sekolah menengah lelaki di Singapura mendapati bahawa tekanan yang tinggi boleh membuat jerawat menjadi lebih serius.

Tekanan emosi dan kurang tidur boleh juga jadi punca masalah jerawat bertambah teruk. Jika anda mengalami masalah ini, cuba bermeditasi sebelum tidur atau amalkan kebersihan tempat tidur yang baik.

Mendengar muzik atau bersenam walaupun hanya selama satu minit juga merupakan kaedah semula jadi untuk menghilangkan tekanan.

Selain itu, pastikan anda mengelak daripada menyentuh wajah kerana sentuhan ini boleh menyebarkan minyak dan kotoran terus ke liang roma.

Apakah maksud jerawat di pipi anda?

Sekiranya anda kerap mempunyai jerawat muka di pipi, ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara.

Pipi dikatakan berpunca daripada gangguan pernafasan seperti merokok, alergi atau pencemaran di persekitaran.

Selain itu, jerawat di pipi mungkin terjadi jika anda mempunyai metabolisme rendah dan badan anda tidak menyerap nutrien dengan baik.

Punca paling biasa yang menyebabkan jerawat muncul di pipi adalah kerana penyebaran bakteria daripada tangan, telefon, dan juga sarung bantal anda.

Apa maksud jerawat pada jawline dan di dagu?

Jerawat di sepertiga bahagian bawah wajah anda biasanya berkaitan dengan hormon dan cenderung untuk berkait rapat dengan kitaran haid.

Walaupun telah mencecah usia dewasa, tahap estrogen dan progesteron kita sentiasa berubah, dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kemunculan jerawat yang tidak diingini.

Wanita yang menderita jerawat hormon biasanya dapat melihat hasilnya dengan mengambil pil kontraseptif, tetapi reaksi setiap wanita terhadap pil ini berbeza.

Tidak mengejutkan juga, tekanan adalah sebab lain mengapa jerawat mungkin keluar pada jawline atau dagu anda.

Punca jerawat badan

jerawat badan

Apa maksud jerawat di belakang badan atau dada?

Bahagian belakang dan dada adalah kawasan di mana kita mempunyai jumlah kelenjar minyak yang lebih tinggi, dan kita cenderung berpeluh lebih banyak di kawasan ini.

Mengenakan pakaian daripada material yang tidak dapat menyerap peluh boleh menyebabkan kerengsaan lalu terjadinya jerawat.

Selain itu bagi para wanita, cuba longgarkan tali bra anda untuk mengurangkan kerengsaan kulit pada tahap minimum.

Apa maksud jerawat di leher saya?

Jerawat di bahagian leher anda bermaksud bahawa anda mungkin akan mengalami haid.

Hormon yang berfluktuasi di sekitar kitaran haid anda boleh menyebabkan kelenjar menghasilkan lebih banyak minyak, yang seterusnya menyumbatkan liang pori- ini punca jerawat tumbuh.

Dengan penghasilan kelenjar peluh yang banyak, anda mungkin mendapat bintik-bintik di bahagian belakang leher.

Cuba elak memakai pakaian yang bukan diperbuat daripada kapas dan pakai pakaian yang lebih longgar agar pengaliran udara berlaku dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan kulit anda bersih dan bebas solekan atau pelembap bagi membolehkan proses ini berfungsi dengan baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

Makan buah-buahan dan sayuran baik untuk kesihatan, walaupun mungkin tidak ramai mengamalkannya, tapi bagaimana pula jika ia boleh mengubah warna kulit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Terpengaruh Dengan Trend, Sekadar Kolagen Sahaja Tidak Akan Buat Anda Awet Muda!

Kegilaan terhadap kolagen kian meningkat dan berbagai-bagai jenis diamalkan oleh pencinta kecantikan antaranya suplemen, krim mahupun secara minum kolagen.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Muncul Banyak Bintik Putih Pada Buah Zakar, Adakah Benar Ia Tanda Kanser Testis?

Ada yang percaya bahawa muncul bintik putih pada buah zakar adalah petanda kanser testis. Adakah ia benar? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Sebab Hormon Sahaja, Beronani Juga Boleh Jadi Punca Jerawat?

Melancap ialah sebahagian daripada kehidupan seks, baik lelaki dan wanita. Namun, adakah ia memberi kesan kepada kita? Adakah ia menjadi penyebab jerawat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah jerawat

Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Faham Kesan Sampingannya Dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
manfaat niacinamide

Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
kondisi kulit semasa menopaus

Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
apa itu stretch mark

Jangan Pelik Jika Ada Stretch Mark Pada Bahu, Ia Boleh Muncul Di SEMUA Tempat! Ini Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan