backup og meta

Kenapa Jerawat Muncul Pada Satu Badan? Untuk Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!

Kenapa Jerawat Muncul Pada Satu Badan? Untuk Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!

Masalah jerawat pada badan dan muka boleh menyebabkan tekanan emosi serta parut kekal jika tidak dirawat. Sekiranya anda struggle dalam usaha merawat masalah ini, mungkin anda harus tahu terlebih dahulu punca jerawat di badan dan juga muka.

Bagi pembaca di luar sana yang mengalami kesulitan dalam mencari penyelesaian terbaik bagi masalah jerawat di badan, teruskan membaca artikel ini ya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Apakah itu jerawat?

Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan merah berlaku pada permukaan kulit.

Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak atau sel kulit mati dan boleh dikategorikan sebagai biasa kepada masalah yang teruk.

Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan cyst adalah antara masalah jerawat yang kerap berlaku.

Jenis-jenis jerawat

  • Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih
  • Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah

Punca-punca jerawat muka

jerawat di badan

Umum sudah mengetahui bahawa rahsia mengatasi jerawat muka atau badan adalah dengan mengenal pasti penyebabnya.

Ini juga dikenali sebagai face mapping, di mana bahagian tertentu pada wajah bertindak sebagai indikasi terhadap kesihatan dalaman badan.

Jerawat di dahi dan hidung

Sekiranya anda sering mendapat jerawat di kawasan zon-T wajah, stres dan tekanan emosi mungkin menjadi penyebabnya.

Kajian berskala besar terhadap 160 pelajar sekolah menengah lelaki di Singapura mendapati bahawa tekanan yang tinggi boleh membuat jerawat menjadi lebih serius.

Tekanan emosi dan kurang tidur boleh juga jadi punca masalah jerawat bertambah teruk. Jika anda mengalami masalah ini, cuba bermeditasi sebelum tidur atau amalkan kebersihan tempat tidur yang baik.

Mendengar muzik atau bersenam walaupun hanya selama satu minit juga merupakan kaedah semula jadi untuk menghilangkan tekanan.

Selain itu, pastikan anda mengelak daripada menyentuh wajah kerana sentuhan ini boleh menyebarkan minyak dan kotoran terus ke liang roma.

Apakah maksud jerawat di pipi anda?

jerawat di badan

Sekiranya anda kerap mempunyai jerawat muka di pipi, ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara.

Pipi dikatakan berpunca daripada gangguan pernafasan seperti merokok, alergi atau pencemaran di persekitaran.

Punca paling biasa yang menyebabkan jerawat muncul di pipi adalah kerana penyebaran bakteria daripada tangan, telefon, dan juga sarung bantal anda.

Apa maksud jerawat pada jawline dan di dagu?

Walaupun telah mencecah usia dewasa, tahap estrogen dan progesteron kita sentiasa berubah, dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kemunculan jerawat yang tidak diingini.

Wanita yang menderita jerawat hormon biasanya dapat melihat hasilnya dengan mengambil pil kontraseptif, tetapi reaksi setiap wanita terhadap pil ini berbeza.

Tidak mengejutkan juga, tekanan adalah sebab lain mengapa jerawat mungkin keluar pada jawline atau dagu anda.

Punca jerawat di badan

jerawat di badan

Apa maksud jerawat di badan atau dada?

Bahagian belakang dan dada adalah kawasan di mana kita mempunyai jumlah kelenjar minyak yang lebih tinggi, dan kita cenderung berpeluh lebih banyak di kawasan ini.

Mengenakan pakaian daripada material yang tidak dapat menyerap peluh boleh menyebabkan kerengsaan lalu terjadinya jerawat.

Selain itu bagi para wanita, cuba longgarkan tali bra anda untuk mengurangkan kerengsaan kulit pada tahap minimum.

Apa maksud jerawat di badan dan leher saya?

Jerawat di badan dan bahagian leher bermaksud bahawa anda mungkin akan mengalami haid. Namun. ketika datang period, jerawat boleh naik pada mana-mana bahagian badan, tidak terhad hanya pada kawasan badan dan leher sahaja.

Hormon yang berfluktuasi di sekitar kitaran haid anda boleh menyebabkan kelenjar menghasilkan lebih banyak minyak, yang seterusnya menyumbatkan liang pori- ini punca jerawat tumbuh.

Dengan penghasilan kelenjar peluh yang banyak, anda mungkin mendapat bintik-bintik di bahagian belakang leher.

Cuba elak memakai pakaian yang bukan diperbuat daripada kapas dan pakai pakaian yang lebih longgar agar pengaliran udara berlaku dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan kulit anda bersih dan bebas solekan atau pelembap bagi membolehkan proses ini berfungsi dengan baik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kuman penyebab jerawat.http://www.myhealth.gov.my/kuman-penyebab-jerawat/Accessed 24 July 2020.
  2. Acne. https://www.lshtm.ac.uk/newsevents/news/2011/mobilephones.html. Accessed 24 July 2020.
  3. Acne. https://www.niams.nih.gov/health-topics/acne. Accessed 24 July 2020.
  4. Acne. https://www.medicaljournals.se/acta/content/abstract/10.2340/00015555-1998. Accessed 24 July 2020.
  5. Acne. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9164062/Accessed 24 July 2020.

Versi Terbaru

02/11/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Nak Hilang Jerawat, Makan Pil Perancang: Sahih Ke Tidak?

Ambil Tahu Punca & Jenis Jerawat Yang Tumbuh Di Wajah Anda, Senang Nak Rawat Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 02/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan