backup og meta

Tip Bercukur Dengan Selamat Tanpa Rosakkan Kulit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/07/2023

    Tip Bercukur Dengan Selamat Tanpa Rosakkan Kulit

    Kaedah untuk cukur bulu di badan mahupun muka berbeza mengikut pilihan dan keselesaan setiap individu. Bercukur menggunakan pisau cukur merupakan antara kaedah pilihan ramai kerana ia mudah dan cepat.

    Jangka masa pertumbuhan bulu pula berbeza mengikut individu sama ada cepat atau lambat tumbuh.

    Pisau cukur sering menjadi pilihan terutamanya bagi kaum Adam untuk mencukur janggut, misai mahupun jambang kerana faktor murah, mudah dan cepat.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkan di sini. 

    Berapa kerapkah anda boleh gunakan pisau cukur sebelum membeli yang baharu?

    cukur bulu

    Pisau cukur akan berfungsi pada tahap yang optimum sekiranya ia masih baharu dan tajam.

    Ini kerana, pisau cukur yang tumpul mampu merengsa, menimbulkan ruam, radang malah mencederakan permukaan kulit anda.

    Oleh itu, pastikan pisau cukur anda cukup tajam sebelum menggunakannya bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini.

    Sekiranya ia sudah mula tumpul selepas beberapa kali penggunaan, sudah tiba masanya untuk anda membeli pisau cukur yang baharu.

    Tapi bagaimana pula jika anda masih boleh tercedera ketika bercukur walaupun sudah menggunakan pisau cukur yang tajam?

    Usah risau, artikel ini akan mengupas tip bercukur yang selamat agar risiko anda tercedera dapat dikurangkan.

    Tip mencegah kesan sampingan akibat bercukur

    Jangan bercukur selepas bangun daripada tidur

    Salah satu tip yang bagus untuk diamalkan jika mahu mula mencukur adalah dengan elak melakukannya sejurus bangun daripada tidur.

    Ini kerana keadaan kulit setelah bangun tidur tidak sesuai untuk anda bercukur.

    Tahukah anda, muka ketika bangun tidur lebih cenderung untuk membengkak sedikit akibat fluid retention ketika anda sedang tidur?

    Fluid retention ini boleh terjadi akibat beberapa faktor seperti:

    • Makan makanan yang terlalu masin
    • Posisi tidur yang salah
    • Stres dan kegelisahan
    • Situasi perubatan

    Oleh itu, amat disarankan agar anda mula bercukur beberapa minit setelah bangun daripada tidur.

    Bulu-bulu akan lebih dekat kepada permukaan kulit dan ini akan memudahkan anda untuk bercukur.

    Mencuci muka sebelum bercukur akan bantu mempersiapkan kulit anda untuk proses bercukur.

    Pakar mencadangkan agar anda mencuci muka dengan pembersih muka terlebih dahulu sebelum memulakan proses mencukur.

    Ini akan membantu untuk membuang minyak serta sel kulit mati pada permukaan kulit terlebih dahulu, barulah smooth hendak bercukur, kan?

    Untuk menjamin pengalaman bercukur yang lancar, anda juga boleh menggunakan produk pembersihan pracukur bagi mengelakkan risiko daripada terluka.

    Gunakan air suam sebelum memulakan proses bercukur

    cukur bulu

    Tip ini bertujuan untuk membuka pori pada permukaan kulit supaya lebih senang untuk anda bercukur.

    Nak senang, mandi sahaja dulu menggunakan water heater di rumah anda kemudian baru mulakan proses tersebut.

    Namun ingat, jangan tersalah buka air panas pula! Silap-silap boleh sakit nanti.

    Jika anda mahu menyelitkan rutin penggunaan shaving cream ataupun sabun cukur dalam amalan bercukur, anda harus basahkan kulit terlebih dahulu sebelum meletakkan apa-apa produk.

    Jika anda menggunakan produk berasaskan sabun, pastikan anda membeli produk yang berkualiti tinggi,

    Ini kerana sabun yang kurang berkualiti akan mengeringkan lagi kulit anda lalu membuatkan proses untuk bercukur lebih sukar.

    Cukur mengikut arah bulu, bukan bertentangan!

    Anda dinasihatkan untuk mencukur bulu dalam keadaan yang tidak bertentangan dengan arah pertumbuhan bulu.

    Jika anda melakukan mengikut arah yang bertentangan, pisau cukur akan berisiko untuk menangkap bulu anda dan menariknya lebih jauh daripada permukaan kulit.

    Ini boleh akibatkan pertumbuhan bulu-bulu anda kelak terperangkap di dalam kulit atau turut dikenali sebagai ingrown hairs.

    Ia akan dapat mengurangkan risiko anda terluka atau cedera akibat bercukur, dan teknik ini juga dapat mengurangkan pertumbuhan bulu yang terperangkap.

    Selain itu, kaedah ini secara tidak langsung mampu membuat pengelupasan permukaan kulit anda dengan mengurangkan jumlah sel kulit mati.

    Proses mencukur juga akan menjadi lebih lancar kerana tiada rintangan di atas permukaan kulit.

    Rumusan

    Sebelum anda mulakan proses cukur bulu, pastikan peralatan mencukur anda dapat berfungsi pada tahap yang terbaik.

    Selain itu, lakukan kaedah pracukur yang dikupas dalam artikel ini untuk mendapat pengalaman bercukur yang lancar dan tidak berisiko mencederakan kulit anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan