Pendakap Gigi Bagi Orang Dewasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Menyebut tentang pendakap, sebahagian besar orang akan segera terfikir imej kanak-kanak skema di sekolah dengan jerawat dan cermin mata, yang tidak boleh menyesuaikan diri dan duduk bersendirian pada waktu rehat. Mungkin itu hanyalah dalam generasi lalu. Pada masa kini, lebih daripada 20 peratus pelanggan pakar ortodontik adalah orang dewasa. Ini adalah trend yang sangat cepat berkembang. Rujuk artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendakap gigi dewasa dan sama ada anda patut memakainya atau tidak.

Mengapa orang dewasa memerlukan pendakap gigi?

Apabila kita semakin tua, begitu juga dengan gigi kita. Gigi boleh beralih, pecah atau bengkok dari masa ke masa kerana sebarang kecederaan, tabiat buruk menggigit ais, masalah lidah atau pertumbuhan semula jadi. Ramai mengalami sakit di garis rahang, pendarahan gusi dan kesukaran apabila membersihkan mulut. Mereka mahukan pendakap gigi hanya untuk membaiki gigi supaya lebih tersusun untuk senyuman yang lebih baik.

Ramai yang mempunyai gigi tidak tersusun tetapi ibu bapa mereka tidak mampu mendapatkan pendakap gigi ketika mereka masih muda. Setelah mereka berkemampuan menyara diri sendiri,  mereka mengambil peluang untuk melabur untuk senyuman yang lebih baik dan mungkin juga untuk perubahan kerjaya.

Sesetengah orang berfikir bahawa ia adalah satu pelaburan yang berbaloi. Mungkin rupanya tidak menarik, rasa pelik dan memerlukan penjagaan gigi tambahan tetapi dalam beberapa tahun, hasilnya akan kelihatan. Mereka memanggilnya pengorbanan sedikit untuk keselesaan sepanjang hayat.

Kelemahan pendakap gigi bagi orang dewasa

Walaupun mempunyai pendakap gigi adalah pilihan yang baik untuk gigi anda, adalah lebih baik melakukannya semasa anda masih muda kerana proses penyembuhan dan pemulihan yang lebih cepat.

Selain itu, banyak pakej insurans  tidak meliputi pendakap gigi untuk mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun. Jika anda mempunyai bajet yang ketat, anda mungkin perlu menghubungi dan berunding dengan ejen insurans anda terlebih dahulu.

Persediaan anda

Pendakap gigi membantu dengan menutup jarak antara gigi atau menjarakkan gigi yang terlalu rapat dan meluruskan gigi. Walau bagaimanapun, sebelum menjalani pembetulan gigi, terdapat banyak perkara yang perlu anda ambil kira.

Jika anda mengalami sebarang penyakit gusi yang masih aktif, anda perlu untuk merawatnya terlebih dahulu sebelum merujuk pakar ortodontik anda. Pastikan gigi dan gusi anda cukup kuat untuk melalui keseluruhan prosedur.

Beri perhatian tambahan kepada apa yang anda makan. Hadkan semua makanan yang melekat dan keras,  mengunyah ais juga tidak dibenarkan kerana ia boleh memecahkan pendakap gigi.

Ambil masa untuk memberus dan flos dengan teliti kerana ia akan menjadi lebih sukar untuk membersihkan gigi dengan pendakap gigi dalam mulut anda. Jangan membiarkan sisa terperangkap pada gigi anda kerana ini boleh merosakkan bukan sahaja gigi anda tetapi pendakap gigi juga.

Pemeriksaan yang kerap. Rancang lebih awal dan jimatkan masa untuk pemeriksaan bulanan, atau bahkan mingguan jika perlu. Tidak kira bagaimana sibuk, teruskan berhubung dan menghadiri semua temu janji untuk memastikan proses ini di bawah seliaan kawalan profesional.

Berdasarkan keperluan dan keadaan anda, pakar ortodontik akan berunding dengan anda tentang pilihan yang paling sesuai. Ada yang memerlukan pendakap dengan wayar sementara ada yang lebih estetik. Pendakap gigi terdiri daripada pendakap gigi biasa kepada pendakap logam, aligner lutsinar dan venir.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pendakap Gigi dan Kebersihan Mulut

    Nafas berbau, kerosakan gigi dan penyakit gigi adalah keadaan yang boleh menjejaskan jika penjagaan gigi diabaikan. Apatah lagi dengan pemakaian pendakap gigi. Ini kerana makanan boleh terperangkap dalam bracket ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/07/2018 . 1 minit bacaan

    Perubahan Wajah dan Penampilan Akibat Pendakap Gigi

    Wajah anda boleh berubah kerana cara tubuh bertindak balas kepada pendakap. Terdapat banyak jenis pendakap, termasuk pendakap logam, pendakap seramik, pendakap lingual dan pendakap yang jelas seperti Invisalign ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/07/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    braces gigi

    MENGEJUTKAN! Pakai Braces Bukan Untuk Cantikkan Gigi, Sebaliknya Jadikan Gigi Rongak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    braces gigi

    Trend Pemakaian Braces Terhad Untuk Orang Muda Saja Ke? Tak Sesuai Untuk Golongan Berusia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    tempoh pemakaian braces

    Rimas Pakai Braces? Ini Jawapan TEPAT Berapa Lama Anda Perlu Pakai Pendakap Gigi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/11/2019 . 3 minit bacaan
    media sosial telefon

    Awas, Jangan Mudah Percaya Dengan Nasihat Influencer Di Media Sosial!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/10/2019 . 3 minit bacaan