Pemilihan Foundation yang Sesuai dengan Jenis Kulit Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Jika anda baru sahaja mula menggunakan alat solek baru-baru ini, anda mungkin berasa keliru memilih produk yang sesuai untuk jenis kulit anda. Memilih foundation atau bedak asas yang betul adalah sangat penting kerana bedak ini disapukan secara langsung pada kulit anda. Bukan semua jenis bedak asas boleh berkesan untuk semua jenis kulit. Berikut adalah panduan ringkas untuk melihat apa yang ada dalam pasaran dan apa yang terbaik untuk kulit anda.

Tip penggunaan bedak asas berdasarkan jenis kulit

Jika anda mempunyai kulit berminyak, pilih cecair bebas minyak dengan silikon ringan, yang membantu pigmen melekap pada kulit tetapi tidak akan menyumbat liang. Jika anda perlu mengembara atau bersenam, pilih serbuk dengan silikon untuk menyerap minyak. Apabila bedak asas yang mengandungi minyak bersentuhan dengan kulit berminyak, kulit muka anda akan menjadi terlalu licin, menyebabkan solekan anda rosak dan tertanggal.

Jika anda mempunyai kulit kering, tingkatkan penghidratan dengan formula anti-penuaan yang kaya dengan bahan-bahan pelembap, seperti gliserin. Atau jika anda jenis yang sensitif, bedak asas mineral adalah untuk anda. Formula mineral yang sangat berpigmen menutup kapilari pecah, kemerahan, dan perubahan warna.

Bagi mereka yang mahu menggunakan bedak asas untuk menutup cela, pelembap berwarna yang mempunyai pigmen sekadarnya boleh menghilangkan cela pada kulit tanpa kelihatan ketara.

Terdapat 5 tekstur utama bedak asas. Setiap satu dirumus khas untuk memenuhi keperluan jenis kulit tertentu:

Krim bedak asas

Jenis ini sesuai untuk kulit normal, kombinasi dan kulit kering. Ia terutamanya amat sesuai untuk wanita dengan pigmentasi tidak sekata, atau mereka yang memerlukan perlindungan yang lebih berat.

  • Liputan:  sederhana hingga penuh.
  • Rupa akhir: Lembap
  • Apa yang ia lakukan: Menutup dan menyembunyikan bahagian muka tak sekata ketidaksempurnaan pada kulit menjadikan hasil tanpa cela.
  • Cara penggunaan: Gunakan span solek atau berus asas.

Cecair bedak asas 

Bedak asas jenis ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit! Untuk mereka yang mempunyai kulit kering, tekstur cecair. sangat membantu dalam memastikan kulit lembap

  • Liputan: ringan kepada sederhana.
  • Rupa akhir: lembap, satin atau matte bergantung kepada formulasi.
  • Apa yang ia lakukan: Menyamaratakan tona kulit dengan melincinkan sebarang ketidaksamarataan. Ia juga memberikan kelembapan tambahan kepada kulit.
  • Cara penggunaan: Gunakan span solek atau berus asas.

Bedak asas ditekan

Serbuk dalam jenis ini asas akan melakukan kerja yang baik dalam menyerap sebarang minyak dari kulit berminyak.

  • Liputan: ringan kepada sederhana.
  • Rupa akhir: matte
  • Apa yang ia lakukan: Menyamaratakan tona kulit, menyembunyikan cela dan menyerap minyak berlebihan.
  • Cara penggunaan: Gunakan berus serbuk. Lebih padat bulu, lebih banyak produk boleh dimasukkan ke dalam kulit.

Bedak asas mineral

Bedak asas mineral sesuai untuk semua jenis kulit (kecuali berminyak). Ciri bedak mineral memberikan pencegahan yang diperlukan terhadap jerawat pada kulit sensitif atau rosacea.

  • Liputan: ringan kepada sederhana
  • Rupa akhir: matte.
  • Apa yang ia lakukan: Menyamaratakan tona kulit,  melembapkan, melindungi dan menyerap minyak yang berlebihan.
  • Cara penggunaan: Gunakan berus kabuki untuk  sapuan.

Pelembap Berwarna

Secara teknikal, ini bukanlah bedak asas, tapi ramai yang menggunakannya sebagai pengganti kepada bedak asas. Ia sesuai untuk kulit normal dan kering dan lebih sesuai lagi bagi mereka yang memerlukan pelembapan tambahan dan hanya sentuhan warna menarik untuk menyempurnakan solekan. 

  • Liputan: sangat ringan kepada ringan
  • Apa yang ia lakukan: Mengimbangkan tona kulit, sambil memberi rupa seperti tidak bersolek.
  • Cara penggunaan: Gunakan berus asas.

Tip penggunaan bedak asas

Tidak kira bedak asas apa yang anda gunakan, berikut adalah enam tip sapuan yang perlu diingat.

  1. Mulakan dengan asas pada dan sekitar hidung di mana sebahagian besar kemerahan berlaku.
  2. Elakkan bahagian bawah mata, untuk sapuan concealer kemudian.
  3. Kontur (pipi, dahi, hidung, rahang) dengan tona warna lebih gelap daripada formula yang sama.
  4. Jika anda menggunakan jari anda, tekan bedak asas ke dalam kulit sebanyak mungkin untuk kelihatan berseri secara semula jadi.
  5. Apabila menggunakan span untuk sapuan bedak asas anda, pusingkan span dengan setiap sentuhan untuk campuran.
  6. Jika anda memilih untuk menggunakan produk anda dengan berus, gunakan sapuan bulatan kecil untuk mengenakan bedak asas ke dalam kulit.

Apa jua jenis kulit anda, anda mempunyai pelbagai pilihan. Ingat, ketahui jenis kulit anda, tahap liputan yang anda kehendaki, dan pilihan peribadi anda adalah kunci untuk mencari bedak asas yang akan anda sukai! Pilih yang terbaik untuk anda dan lihat kesannya hari ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Membersihkan Berus Mekap

    Apabila anda menggunakan berus untuk memakai solekan pada wajah, sejumlah besar bakteria dipindahkan daripada kulit ke berus anda. Hari demi hari, bakteria tersebut akan merebak dan dipindahkan ke kulit anda setiap ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 07/11/2018 . 1 minit bacaan

    Kosmetik: Cantik Tapi Berbahaya!

    Kosmetik kini sudah menjadi keperluan bagi setiap wanita khusunya. Disebalik kecantikan, kosmetik juga ada keburukan sampingan tanpa anda sedari. Ia tidak bermakna kosmetik anda tidak berfungsi dengan baik tetapi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 22/06/2018 . 2 minit bacaan

    Kanser Kulit: Jauhi Cahaya Matahari dengan Solekan Mineral

    Mengalami sebarang penyakit boleh menyebabkan bukan sahaja kesan dalaman tetapi juga kerosakan luaran. Dalam kes ini, kanser kulit boleh menjadi penyakit utama yang menyebabkan kerosakan luaran dan dalaman untuk ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 08/05/2018 . 2 minit bacaan

    Berapa Lama Bahan Solekan Bertahan

    Bagi sesetengah wanita, menyolek dan mengubah penampilan wajah mereka adalah sumber kebahagiaan. Mereka gemar mewarnakan bibir dan melukis kening, menutup kedutan dan jerawat dengan bedak asas cecair. Solekan adalah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kulit berjerawat pakai makeup

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
    ibu hamil

    Mak Buyung Gemar Bermekap? AWAS! Ada Kandungan BAHAYA Dalam Alat Solek PATUT Dihindari

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    Kosmetik Tip dan Penjagaannya

    Kosmetik: Tip dan Penjagaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 8 minit bacaan
    kecantikan

    5 Rutin Kecantikan Untuk Pembaikan Kulit Setiap Malam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/03/2019 . 3 minit bacaan