backup og meta

Memilih Bra Sesuai

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/11/2021

    Memilih Bra Sesuai

    Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memberikan perhatian dalam memilih saiz bra sesuai dan bersesuaian dengan mereka, dan ini boleh mendatangkan kesan buruk seperti gangguan terhadap pertumbuhan dan keanjalan payudara. Artikel di bawah akan membimbing anda bagaimana memilih coli yang betul.

    Selesa dan sesuai

    Sebelum mengukur saiz payudara anda, anda perlu memakai bra yang anda rasa paling selesa. Ia perlulah sesuai dengan anda, tidak terlalu ketat di bahagian sisi anda dan tidak mempunyai span. Jika puting anda lebih rendah daripada separuh kedudukan antara siku dan bahu anda, ketatkan tali bra untuk meninggikan kedudukannya. Sebagai alternatif, anda boleh mengukur saiz payudara  tanpa memakai bra, ia bergantung kepada keselesaan anda.

    Ukur saiz

    Balut pita pengukur di sekeliling badan anda, pastikan pita lurus di bahagian belakang badan anda. Kemudian ukur pada titik paling lengkap, yang membawa ke bahagian puting payudara anda. Perhatikan pita pengukur. Sentiasa ingat saiz ukuran berkemungkinan untuk berubah, yang dipengaruhi oleh faktor bengkak atau hormon. Sebaiknya, ukur payudara anda pada waktu siang. Dan kebiasaannya, wanita mempunyai sebelah payudara yang lebih besar berbanding yang sebelah lagi. Jadi pastikan anda mengukur dengan betul.

    Saiz berubah

    Badan anda akan berubah mengikut peredaran masa. Ini pengaruhi kenaikan berat badan, melahirkan anak atau sebagainya, jadi akan menyebabkan payudara anda berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, jika anda merasakan bra anda tidak sesuai atau ketat, anda perlu mengukur sekali lagi. Memakai bra yang tidak memegang payudara anda dengan sebaiknya boleh menjejaskan pertumbuhan dan keanjalan payudara.

    Aktiviti sukan

    Ramai wanita memakai bra biasa ketika bersenam di gym, atau aktiviti yang melibatkan pengerakan fizikal secara aktif, dan ini sebenarnya boleh menganggu payudara anda dan menyebabkan ketidakselesaan dalam pengerakan. Sebagai contoh, jika anda berlari, dan anda memakai bra biasa, pergerakan yang insentif boleh membuatkan ligamen yang menyokong payudara anda pecah. Selain itu, jika payudara anda melantun terlalu banyak dan bra biasa anda tidak dapat menyokongnya, ia akan menjadikan payudara sakit dan tidak selesa.

    Faktor di atas sekaligus boleh menghalang keinginan anda daripada menyertai aktiviti fizikal, atau mengurangkan semangat anda setiap kali anda berjalan ke gym. Jadi ketika memilih untuk membeli bra sukan (sport bra), periksa paras impak atau intensiti bra. Jika anda pergi mendaki atau sekadar melakukan yoga, bra impak-rendah (low-impact bra), sudah cukup sesuai. Namun jika anda ingin berlari atau berjogging, pastikan anda memilih bra impak-tinggi (high-impact bra).

    Jika anda menghadapi kesukaran untuk mengukur saiz payudara anda, atau anda tidak pasti sama ada anda mengukurnya dengan betul atau tidak, dan mungkin anda hanya mahukan pendapat kedua, anda boleh mendapatkan bantuan dari profesional. Oleh itu jangan teragak-agak untuk meminta bantuan untuk mencari saiz bra yang sesuai dengan payudara anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan