Membongkar 9 Mitos Cara Pemakanan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Memang benar bahawa sebagai kata kerja, diet bermakna kurangkan makan untuk menurunkan berat badan. Sebagai kata nama, ia juga bermakna hidangan yang diambil oleh orang normal secara berkala. Memahami definisi adalah satu perkara, tetapi sebenarnya mengamalkan pemakanan yang betul adalah perkara yang lain. Orang kadangkala membuat kesilapan. Sebagai contoh, berdiet bermakna menurunkan berat badan yang kemudiannya bermakna melangkau waktu makan! Ia adalah sama sekali tidak benar. Bukan itu sahaja, terdapat 9 lagi mitos mengenai diet yang anda akan tahu di bawah.

Diet bermakna melangkau waktu makan

Difahami bahawa kita tidak mahu berat badan berlebihan; Oleh itu, sebahagian daripada kita akan cuba pelbagai cara untuk menghilangkan lemak yang terkumpul di bawah kulit kita. Ada juga yang mencadangkan melangkau waktu makan kerana tiada pengambilan bermakna tiada lagi lemak. Ini adalah fahaman yang salah. Kita perlukan tenaga yang disediakan oleh makanan untuk hidup. Tanpanya, bagaimana kita akan bangun pagi dalam keadaan yang bertenaga dan bersedia untuk bekerja? Perkara yang paling jelas adalah keletihan yang membawa kepada kurang produktiviti di tempat kerja dan kehidupan secara amnya! Apa-apa pun, jangan melangkau hidangan anda. Sebaliknya, makan makanan yang betul untuk kesihatan anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan, cuba untuk makan lebih banyak ikan, sayur-sayuran, kurangkan daging dan karbohidrat. Pasti anda boleh melihat hasil yang menakjubkan.

Ada makanan yang tidak sihat

Sebenarnya, kewujudan semula jadi bermakna segala-galanya adalah sederhana kerana tiada apa yang digelar baik atau tidak baik. Ia bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Sama juga halnya dengan makanan. Tak ada makanan yang tidak baik kecuali yang dihasilkan di kilang, kerana makanan tersebut “disalahguna” sehingga menyebabkan wabak negatif apabila dimakan. Walau bagaimanapun, memang ada makanan yang sihat dan makanan yang kurang sihat. Makanlah sekali-sekala untuk menikmati makanan yang ada di dunia ini. Tetapi, jangan berlebihan!

Makanan sihat sangat mahal

Kadang-kadang, makanan sihat adalah mahal. Tetapi siapa kata anda tidak boleh makan makanan yang kurang mahal dan masih memberikan hasil yang sama? Epal, oren, bayam dan seumpaman dengannya adalah yang lebih baik daripada hidangan yang penuh dengan makanan yang diproses. Selain itu, jika kita melihat kesan jangka panjang, mencerna makanan diproses atau makanan segera bermakna peningkatan pada bil perubatan. Jadi, sebenarnya makanan sihat tidak begitu mahal sama sekali.

Lemak membuatkan kita gemuk

Lemak memang membuatkan kita gemuk, bersama dengan kesan sebenarnya untuk merangsang selera, ia membuatkan kita kenyang. Kebaikannya adalah lebih banyak berbanding keburukannya jika anda memilih lemak yang betul.Lemak mono tak tepu dan poli tak tepu adalah jenis lemak yang anda perlu cari. Antara sumber yang popular adalah minyak zaitun atau ikan. Apa yang sebenarnya menjadikan kita gemuk adalah lemak yang berlebihan dari makana yang diproses dan makanan segera. Pastikan bahawa anda menjauhkan diri dari lemak trans dan lemak tepu, kerana ia hanya akan menyebabkan penyakit.

Makan di malam hari bermakna membesarkan saiz pinggang

Sebenarnya, ia tidak semestinya benar. Kita semua mempunyai 24 jam, dan apa yang kita lakukan dengan waktu ini bergantung kepada rutin masing-masing. Makan adalah salah satu darinya. Tak kira bila kita makan, apa yang penting ialah makanan, diet dan apa yang kita lakukan selepas makan. Tidur dengan perut yang penuh bukanlah satu perkara yang baik! Oleh itu, jika anda mahu mengelakkan makan pada waktu malam, pastikan anda makan 1-2 jam sebelum tidur.

Kuning telur dan serangan jantung

Kuning telur terkenal dengan kesannya terhadap jantung dengan meningkatkan tahap kolesterol yang membawa kepada tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. Walau bagaimanapun, walaupun kuning telur mengandungi 185 mg kolesterol, ia sebenarnya adalah sejenis kolesterol baik atau HDL – lipoprotein berkepadatan tinggi, menurut satu kajian di University of Connecticut. Tetapi tidak bermakna anda boleh makan lebih-lebih. Kesederhanaan adalah kuncinya.

Produk bebas gula adalah yang terbaik

Tidak semestinya. Sebenarnya, jika anda mengambil kalori melebihi keperluan anda, berat badan anda akan naik. Kita perlu membaca label pada produk berkenaan, bukannya apa yang ia mahu tunjukkan kepada kita. Apabila produk itu bebas gula, atau kadangkala bebas gluten, input tiruan digunakan untuk mengganti gula. Kadangkala, ia lebih memberikan banyak kalori.

Bersenam bermakna lebih banyak protein

Jika anda bersenam dengan kerap, anda hanya akan memerlukan jumlah protein yang sesuai, bukannya lebih banyak. Kebanyakan orang mengambil lebih protein setiap hari, walaupun mereka kadangkala tidak bersenam.

Semua di dalam internet adalah benar

Walaupun internet boleh menjadi sumber maklumat yang sangat baik, tidak semua yang anda baca dalam Internet adalah benar. Lebih baik jika anda mempunyai beberapa pendapat profesional mengenai perkara berkenaan.

Inilah dia 9 mitos pemakanan. Sebenarnya ada lagi. Walau bagaimanapun, sentiasa pastikan apabila anda baca adalah benar. Akhir sekali, kunci yang paling penting adalah kesederhanaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan