backup og meta

Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

Masalah ini tidak hanya menjejaskan bahagian tubuh badan anda yang mudah dilihat, tetapi ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda! Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

Jenis ekzema kulit kepala yang paling biasa dikenali sebagai dermatitis seborrheic dan gejala yang paling tidak diingini adalah kelemumur.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa itu dermatitis seborrheic?

Ekzema kulit kepala, juga dikenali sebagai dermatitis seborrheic, adalah kondisi kulit yang sangat biasa yang menyebabkan kemerahan, tompok-tompok yang bersisik dan juga kelemumur.

Selalunya masalah ini menyerang kulit kepala, tetapi ia juga boleh merebak di kawasan badan lain, seperti muka, dada, dan punggung.

Punca sebenar masih tidak diketahui, namun, doktor percaya terdapat 2 faktor utama yang dapat menyumbang kepada perkembangan kondisi ini.

Faktor pertama ialah pengeluaran minyak yang berlebihan.

Ini kerana minyak berlebihan pada kulit mungkin bertindak sebagai perengsa, menyebabkan kulit menjadi merah dan berminyak.

Faktor penyumbang kedua adalah Malassezia, yang merupakan sejenis kulat yang secara semula jadi terdapat dalam minyak kulit.

Kadang-kadang ia boleh tumbuh dengan tidak normal, menyebabkan kulit mengeluarkan lebih banyak minyak daripada biasa.

Ekzema ini adalah kondisi kulit jangka panjang yang memerlukan rawatan berterusan.

ekzema kulit kepala

Gejala-gejala ekzema kulit kepala

Gejala ekzema kulit kepala adalah seperti tompokan yang timbul. Ia juga mungkin mempunyai ciri-ciri:

Keadaan kulit lain seperti psoriasis, dermatitis kontak alergi (keradangan yang disebabkan oleh reaksi alergi terhadap bahan tertentu) dan rosacea boleh menyebabkan gejala yang serupa dengan masalah kulit kepala ini.

Siapa yang boleh mendapat dermatitis seborrheic dan mengapa?

Sebilangan besar individu yang mengalami dermatitis seborrheic adalah lebih biasa berlaku dalam kalangan lelaki.

Beberapa ubat-ubatan, termasuk psoralen, interferon dan lithium, meningkatkan risiko individu untuk mendapat dermatitis seborrheic, seperti keadaan perubatan tertentu.

Selain itu, dermatitis seborrheic juga boleh bertindih dengan dermatitis atopik terutama pada bayi.

Namun bagi orang dewasa biasanya mereka menderita dermatitis atopik yang lebih parah.

ekzema kulit kepala

Bagaimana ia didiagnosis?

Gejala ekzema seborrheic serupa dengan keadaan kulit yang lain, termasuk rosacea dan psoriasis.

Untuk membuat diagnosis yang tepat, doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal dan memeriksa kawasan yang terjejas dengan teliti.

Mereka juga akan bertanya kepada anda mengenai gejala anda, termasuk ketika masalah ini bermula dan berapa kerap anda mengalaminya.

Doktor juga mungkin ingin melakukan biopsi sebelum membuat diagnosis.

Semasa prosedur ini, doktor anda akan mengambil sel kulit dari kawasan yang terjejas.

Sampel ini kemudian akan dihantar ke makmal untuk dianalisis dan hasilnya akan membantu untuk mengenalpasti keadaan lain yang mungkin menyebabkan gejala anda.

Bagaimana anda boleh merawat ekzema kulit kepala ini di rumah?

Doktor mungkin akan mengesyorkan agar anda mencuba rawatan di rumah sebelum mempertimbangkan untuk membuat rawatan perubatan.

Syampu kelemumur juga sering digunakan untuk merawat ekzema kulit kepala.

Ia biasanya perlu digunakan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Pastikan anda mematuhi semua arahan pada botol dengan teliti.

Rawatan rumah lain yang boleh membantu anda menguruskan masalah ini termasuk:

Apa yang perlu dilakukan mengenai rambut gugur

ekzema kulit kepala

Rambut yang sihat bermula dengan keadaan kulit kepala yang sihat.

Dengan semua bentuk masalah pada kulit kepala, termasuk dermatitis seborrheic, sukar bagi rambut untuk tumbuh di kawasan yang ada keradangan.

Di samping itu, menggosok dan menggaru kawasan yang terjejas boleh menyebabkan keradangan dan keretakan rambut yang lebih parah.

Menggaru kepala dengan kerap juga boleh menyebabkan pendarahan dan merosakkan folikel rambut anda.

Sekiranya anda mengalami masalah ini di kulit kepala anda, keadaan rambut gugur atau tompok-tompok botak mungkin hanya sementara dan rambut mungkin tumbuh semula setelah masalah tersebut telah hilang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Seborrheic dermatitis, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/seborrheic-dermatitis/symptoms-causes/syc-20352710, Accessed Jun 22 2021.
  2. Seborrheic dermatitis, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/seborrheic-dermatitis/diagnosis-treatment/drc-20352714, Accessed Jun 22 2021.
  3. Seborrheic Dermatitis, https://nationaleczema.org/eczema/types-of-eczema/seborrheic-dermatitis/, Accessed Jun 22 2021.
  4. Seborrhoeic dermatitis, https://dermnetnz.org/topics/seborrhoeic-dermatitis/, Accessed Jun 22 2021.
  5. Treatment of Seborrheic Dermatitis, https://www.aafp.org/afp/2000/0501/p2703.html, Accessed Jun 22 2021.
  6. Eczema Skin Problems, https://www.cdc.gov/nchs/data/health_policy/eczema_skin_problems_tables.pdf, Accessed Jun 22 2021.

Versi Terbaru

14/12/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini 5 Cara Anda Boleh Lakukan Untuk Cuba Hilangkan Biji Kolesterol Bawah Mata!

Kulit Anda Gatal Mungkin Sebab Kering! Cuba 5 Cara Tradisional Ini Untuk Legakannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan