backup og meta

Malu Bila Ada Ketuat Dekat Badan, Cuba Hilangkannya Dengan Cuka Epal, Berkesan Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

    Malu Bila Ada Ketuat Dekat Badan, Cuba Hilangkannya Dengan Cuka Epal, Berkesan Ke?

    Mempunyai masalah kulit seperti ketuat mungkin memalukan dan menjengkelkan. Jadi, ada ke cara semula jadi untuk merawatnya? Adakah kebaikan cuka epal dapat membantu?

    Ketuat atau turut dikenali sebagai kutil ini tidak berbahaya dan sering hilang secara sendiri mengikut masa.

    Akan tetapi, ia berpotensi untuk menjejaskan penampilan seseorang, malah boleh jadi menyakitkan.

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara hilangkan ketuat dengan lebih lanjut!

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Kulit di sini.

    Apa itu ketuat?

    Kutil adalah pertumbuhan pada lapisan luar kulit atau epidermis yang disebabkan oleh virus.

    Human Papillomavirus (HPV) mampu menyebabkan ketuat pada kelamin apabila bersentuhan dengan kulit atau jika melakukan hubungan seksual dengan individu lain.

    Selain itu, ketuat pada kelamin biasanya berkaitan dengan penyakit jangkitan seksual (STD), sementara ketuat yang biasa tidak berkaitan.

    Ketuat adalah dikategorikan sebagai tumor kecil yang boleh disebabkan oleh salah satu daripada lebih 100 jenis HPV.

    Kebaikan cuka epal untuk hilangkan ketuat

    cuka epal

    Cuka epal diperbuat daripada cider dan mempunyai warna kuning pucat.

    Seperti jenis cuka yang lain, ia mempunyai rasa yang masam disebabkan oleh kehadiran asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).

    Tahukah anda bagi masalah ketuat yang kurang serius, ia boleh dihilangkan dengan hanya menggunakan beberapa ramuan yang terdapat di rumah?

    Menariknya, cuka epal boleh digunakan dalam rawatan kerana ia dianggap berfungsi seperti asid salisilik.

    Asid ini digunakan sebagai salah satu rawatan bagi menghilangkan masalah kutil pada kulit yang dijangkiti.

    kebaikan cuka epal ini juga mempunyai sifat antimikroba semula jadi yang dapat membantu memerangi HPV, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikannya.

    Untuk mencuba kaedah ini, campurkan cuka epal kepada 2 bahagian dan air biasa 1 bahagian.

    Rendam bebola kapas ke dalam campuran ini dan letakkannya pada kutil anda, kemudian tutup dengan pembalut. Biarkan ia selama 3 sehingga 4 jam.

    Peringatan, sentiasa pastikan anda melarutkan cuka ini dengan air kerana keasidannya boleh menyebabkan kerengsaan dan juga, jangan letakkan pada luka yang terbuka.

    Berkesankah cuka epal dalam merawat ketuat?

    Sebenarnya, masih tidak ada penyelidikan saintifik yang dapat membuktikan bahawa cuka epal boleh menjadi rawatan yang berkesan dalam merawat kutil.

    Pun begitu, secara umumnya cuka boleh digunakan untuk membunuh beberapa jenis bakteria.

    Menurut satu kajian, cuka mungkin berkesan terhadap bakteria biasa termasuk escherichia coli (E. Coli) dan salmonella.

    Namun, para saintis masih belum menguji teori ini menggunakan cuka epal.

    Idea di sebalik penggunaan cuka ini sebagai rawatan adalah kerana sifat berasidnya yang dianggap mampu menghancurkan tisu ketuat, dengan cara yang sama seperti asid salisilik.

    Apa pun, menggunakan produk berasid pada kulit berpotensi untuk menghasilkan beberapa kesan sampingan, justeru sesiapa yang mempertimbangkan untuk mencuba rawatan ini harus berhati-hati.

    Selamatkah penggunaannya?

    Seperti yang telah dikupaskan, kebaikan cuka epal sifatnya berasid dan biasanya mengandungi kepekatan asid asetik sebanyak 5%.

    Jika dibandingkan dengan sulfurik dan asid hidroklorik, ia mungkin jauh lebih lemah tetapi cuka ini masih berpotensi untuk menyebabkan luka bakar dan kerosakan pada kulit.

    Oleh sebab itu, para pembaca tidak dinasihatkan untuk menggunakan cuka epal pada ketuat di kawasan yang sensitif, seperti pada alat kelamin atau muka.

    Satu laporan melaporkan kes seorang pemuda mengalami luka bakar di hidung setelah menggunakan cuka ini pada tahi lalatnya.

    Dalam laporan lain pula, seorang kanak-kanak mengalami luka bakar dan irritant contact dermatitis di kaki setelah menggunakan cuka epal secara langsung pada kulit.

    Pilihan rawatan-rawatan lain

    • Asid salisilik

    Kekuatan preskripsi ubat-ubatan ketuat dengan asid salisilik berfungsi dengan mengeluarkan sedikit lapisan ketuat pada satu masa.

    Kajian menunjukkan bahawa asid salisilik lebih berkesan apabila digabungkan dengan pembekuan sejuk.

    cuka epal

    • Pembekuan sejuk (cryotherapy)

    Terapi pembekuan sejuk yang dilakukan di pejabat doktor melibatkan penggunaan cecair nitrogen pada ketuat anda.

    Pembekuan sejuk berfungsi dengan menyebabkan lepuhan membentuk di bawah dan di sekeliling ketuat anda.

    Kemudian, tisu mati tidak hidup dalam masa seminggu atau lebih. Kaedah ini juga boleh merangsang sistem imun anda untuk melawan virus ketuat.

    Anda mungkin memerlukan rawatan ulangan. Kesan-kesan sampingan daripada cryotherapy termasuklah kesakitan, kulit melepuh dan memutih di kawasan yang dirawat.

    • Asid-asid lain

    Jika asid salisilik atau pembekuan sejuk tidak berfungsi, doktor anda akan mencuba asid bichloroacetic atau trichloroacetic.

    Dengan kaedah ini, doktor bermula dengan mencukur permukaan ketuat dan kemudian menyapu asid dengan menggunakan pencungkil gigi kayu.

    Ia memerlukan rawatan ulangan setiap minggu atau lebih. Kesan sampingan daripadanya adalah sensasi terbakar dan menyengat.

    Rawatan laser pulse-dye membakar (cauterizes) saluran darah kecil. Tisu yang dijangkiti akhirnya mati, dan ketuat itu akan jatuh.

    Namun, bukti keberkesanan kaedah ini adalah terhad, dan ia boleh menyebabkan kesakitan dan parut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan