Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda bebas daripada ketuat.
Faktor-faktor ini hanyalah sebagai rujukan. Anda harus berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit ketuat didiagnosis?
Doktor akan mendiagnosis ketuat dengan memeriksa kulit anda.
Jika diagnosis kurang jelas, doktor akan memotong sebahagian kecil daripada ketuat (biopsi) untuk dikaji dengan mikroskop.
Bagaimana benjolan di kulit akibat ketuat dirawat?

Rawatan boleh dilakukan tetapi tidak semestinya berkesan.
Selain itu, rawatan juga boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit, jangkitan kuman dan parut.
Jika ketuat anda tidak sakit, anda tidak memerlukan rawatan.
Anda harus memastikan ketuat ditutup ketika menggunakan kolam mandi awam, bilik lokar, atau bilik mandi untuk mengelakkan virus daripada merebak.
Rawatan bergantung pada kawasan ketuat anda. Ketuat biasa pada lengan, tangan dan kaki boleh dirawat dengan larutan asid salislik, di mana perlu disapu pada ketuat setiap malam dan pagi selepas kulit mati dikopek keluar.
Ketuat plantar boleh dirawat dengan plaster asid salislik 40% manakala ketuat leper sering dirawat dengan pengupasan kulit menggunakan krim tretinoin atau 5-flurouracil.
Ketuat genital pula memerlukan kedua pasangan berjumpa doktor. Rawatan yang diberikan selalunya menggunakan agen pelepuh.
Jika rawatan tersebut tidak berkesan, doktor anda mungkin akan beri ubat yang lebih kuat seperti krim imiquimod atau asid trichloroacetic.
Rawatan lain termasuklah penyejukbekuan, menyuntik benjolan di kulit akibat ketuat dengan ubat yang merangsang sistem imun (melawan jangkitan), membuangnya melalui pembedahan, dan membakar ketuat dengan laser atau elektrik.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ketuat?
Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah rawatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi benjolan di kulit ini:
- Basuh tangan anda selepas menyentuh ketuat bagi mengelakkan daripada merebak.
- Hubungi doktor anda jika ketuat anda tidak dapat dirawat dengan larutan asid salislik yang dibeli tanpa prekripsi.
- Hubungi doktor anda jika ketuat anda tiada perubahan selepas dirawat beberapa minggu.
Selain itu, bagi mengelakkan benjolan di kulit yang dipicu ketuat, anda haruslah:
- Jangan gigit kuku jari anda. Ketuat mudah berlaku pada kulit yang cedera. Mengerit kulit di sekitar kuku jari anda akan membuka pintu kepada virus.
- Jangan cabut ketuat anda. Mencabut ketuat boleh membuat virus merebak.
- Penjagaan kulit. Bagi mengelakkan virus merebak, jangan berus, potong atau cukur di kawasan ketuat. Jika perlu, gunakan pencukur elektrik.
- Jangan kongsi barangan peribadi. Virus boleh merebak dari barangan peribadi individu yang mempunyai ketuat.
- Elakkan sentuhan langsung dengan ketuat. Ini termasuk ketuat anda sendiri.
- Basuh tangan anda selepas menyentuh ketuat atau permukaan seperti peralatan senaman yang dikongsi.
- Pastikan kaki anda bersih dan kering. Tukar kasut dan stokin anda setiap hari.
- Pakai kasut atau selipar di kawasan yang terdedah kepada virus penyebab ketuat seperti kolam mandi atau bilik mandi di gim.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen