10 Kegunaan Arang Teraktif (Activated Charcoal)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda mendengar tentang arang teraktif? Arang teraktif, sebenarnya memberikan pelbagai faedah kepada kecantikan dan kesejahteraan. Artikel di bawah akan memberikan anda 10 kegunaan arang teraktif.

Pemutihan Gigi

Jika gigi anda menjadi berwarna disebabkan merokok atau minuman tertentu, arang teraktif adalah pilihan yang sesuai untuk anda, kerana ia boleh mengimbangi tahap pH dalam mulut anda, yang menyumbang kepada pencegahan kaviti, nafas berbau dan penyakit gusi.

Mengatasi Masalah Gas & Kembung

Setelah arang teraktif digunakan, ia akan mengambil sisa makanan yang menghasilkan gas yang boleh menyebabkan kerengsaan dan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman.

Mencegah Keracunan & Pening Kepala Disebabkan Alkohol 

Walaupun arang teraktif tidak boleh menyerap alkohol, ia boleh mengeluarkan toksin lain daripada badan dengan cepat, menurunkan kebarangkalian mengalami keracunan alkohol.

Pembersihan daripada Kulat

Walaupun bunyinya pelik dan mengejutkan, hakikatnya badan anda sebenarnya boleh mengandungi kulat. Apabila kulat memasuki tubuh, ia boleh menyebabkan kemurungan, kegagalan hati dan buah pinggang, penyakit jantung, muntah, masalah pernafasan yang teruk, kerengsaan mata, penurunan fungsi otak, fungsi sistem imun terjejas atau sakit kepala. Oleh itu, minta nasihat doktor untuk penggunaan arang teraktif untuk pendetoksikan badan anda.

Membantu dengan penapisan air

Arang teraktif boleh digunakan untuk menapis air, kerana ia boleh menyerap toksik dan kotoran.

Mengeluarkan toksik

Permukaan arang teraktif boleh menyerap bahan-bahan toksik, oleh itu, ia boleh menghapuskan toksik yang terkumpul di dalam badan.

Menyumbang kepada Rawatan Kulit

Arang teraktif juga boleh digunakan untuk membuat masker untuk mencegah jerawat, menghilangkan bau badan dan mengurangkan kegatalan dari gigitan serangga, ruam dari racun atau racun ivy, dan beberapa jenis gigitan ular.

Menyokong Organ Dalaman

Manfaat lain dari arang teraktif adalah untuk membantu mencegah kerosakan sel kepada hati dan buah pinggang. Selain itu, ia menyokong kelenjar adrenal yang sihat. Di samping itu, arang teraktif juga bermanfaat untuk organ-organ utama dengan mengepam keluar toksin dan bahan kimia yang diserap badan.

Menurunkan Kadar Kolesterol yang Tinggi

Menurut kajian yang berbeza, arang teraktif memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah kolesterol, kerana ia boleh menggalakkan kolesterol baik di samping mengurangkan kolesterol jahat. Malah, satu kajian telah pun menegaskan bahawa penggunaan arang teraktif boleh mengurangkan jumlah kolesterol sebanyak 25%, peningkatan HDL sebanyak 8%, dan kolesterol LDL menurun sebanyak 41% dalam tempoh 4 minggu.

Ternyata, arang teraktif lebih berguna berbanding yang disangkakan orang. Perlu diingat 10 kegunaan di atas dapat memanfaatkan penggunaan arang teraktif tetapi ingat bahawa arang teraktif memerlukan banyak air untuk menyahtoksikkan badan, oleh itu, pastikan anda minum air dengan banyak bersama pengambilan arang teraktif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan