backup og meta

Bolehkah Pesakit HIV/AIDS Berpuasa di bulan Ramadhan?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/12/2019

    Bolehkah Pesakit HIV/AIDS Berpuasa di bulan Ramadhan?

    Pada bulan Ramadhan, semua umat Islam diwajibkan berpuasa dari sebelum terbit fajar hingga terbenam matahari. Di Malaysia, tempoh berpuasa sehari kira-kira 13 jam. Bagi mereka yang tiada masalah kesihatan, sudah pasti tidak menjejaskannya.

    Namun, bagaimana dengan pesakit HIV/AIDS atau orang dengan HIV/AIDS (ODHA), adakah ODHA boleh berpuasa? Ini kerana rutin mereka perlu mengambil ubat antiretroviral (ARV) setiap 12 jam. Ubat antiretriviral ini adalah sejenis ubat untuk mengawal kadar perkembangan virus HIV yang menyebabkan AIDS. Jadual pengambilan ubat ARV adalah sangat ketat, kerana ia secara langsung berkaitan engan kadar perkembangan HIV dalam darah. Apakah persediaan ODHA untuk berpuasa? Lihat penjelasan berikut.

    Adalah ODHA boleh berpuasa?

    Sebenarnya, ODHA boleh berpuasa asalkan keadaan fizikalnya baik dan tidak sakit. Ini kerana keadaan tubuh adalah faktor penentu sama ada ODHA mampu berpuasa atau tidak. Jadi sekiranya keadaannya sangat lemah dan tidak mengizinkan, jangan paksa mereka untuk berpuasa.

    Keputusan untuk berpuasa atau tidak, sememangnya berada di tangan ODHA. Tetapi mereka perlu mempertimbangkan kesannya terhadap kesihatan sepanjang berpuasa kerana kekurangan ARV dalam darah akan memberi peluang besar untuk viris HIV membiak.

    Daripada laman Okezone, Dr. Paul F Matulessy MN SpGK pakar pemakanan klinikal juga mengatakan perkara yang sama, tiada halangan untuk ODHA berpuasa dengan syarat dalam keadaan sihat. Ini kerana, cara berpuasa yang betul akan menyihatkan ODHA. Selain itu, dengan berpuasa ODHA dilatih untuk berdisiplin dan membantu ODHA mengambil ARV.

    Panduan pengambilan ARV semasa berpuasa.

    ODHA dinasihatkan untuk mengambil ARV jika kiraan sel CD4 mereka di bawah 350. CD4 adalah sejenis sel darah putih atau limfosit. Sel-sel ini adalah bahagian penting dalam sistem imun manusia.

    Bagi orang yang mempunyai sistem imun yang baik, nilai CD4 dalam lingkungan 1400-1500. Manakala bagi yang sistem imun lemah seperti pesakit HIV, semakin lama jumlah kiraan CD4 akan berkurangan. Sekiranya CD4 berkurang, mikroorganisma patogen di sekeliling mudah memasuki badan sehingga menyebabkan penyakit dalam tubuh manusia.

    Sama seperti bukan bulan Ramadhan, ODHA perlu mengambil ARV secara rutin sepanjang Ramadhan untuk mengelakkan cirit-birit, mual, muntah dan jangkitan virus aktif seperti tuberkulosis (penyakit batuk kering/tibi), toksoplasmosis dan radang paru-paru.

    Pengambilan ARV adalah sehari sekali, ada juga yang dua kali sehari. Pengambilan ARV sehari sekali boleh diambil pada waktu malam sebelum tidur. Sedangkan ARV yang diambil dua kali sehari mempunyai waktu selang 12 jam. Jadi ketika puasa ubar ARV ini boleh diambik semasa berbuka dan sahur.

    Pengambilan ARV perlu secara rutin dan tepat pada masanya, tetapi semasa berpuasa tiada masalah untuk memendekkan atau memanjangkan masa mengambil ARV. Bagi ODHA, mereka boleh melakukan perubahan masa untuk mengambil ubat ARV satu hingga dua minggu sebelum berpuasa secara perlahan.

    Misalnya, jika ODHA biasa mengambil ARV pada pukul tujuk pagi, ia perlahan-lahan dipendekkan masa pengambilan kepada 6.30 pagi. Kemudian pada keesokan harinya ambil pada 6 pagi, dan seterusnya hingga biasa mengambil ARV ketika sahur.

    Selain pengambilan ubat rutin, apa yang perlu dipertimbangkan ODHS semasa berpuasa?

    Semasa berpuasa, ODHA juga sangat disyorkan untuk memberi perhatian kepada pengambilan makanan berkhasiat ketika berbuka dan sahur untuk mengelakkan pelbagai penyakit yang memberi kesan buruk kepasa keadaan tubuh. Walaupun aktiviti dalam bulan puasa yang seharusnya dilakukan untuk ODHA, sebenarnya tidak berbeza dengan orang biasa. Namun, ia perlu disesuaikan dengan kemampuan setiap ODHA.

    Ada baiknya ODHA berunding terlebih dahulu dengan doktor sebelum membuat keputusan untuk berpuasa. Ini dilakukan bagi memastikan badan mereka dalam keadaan baik, sehingga membolehkan mereka berpuasa pada bulan Ramadhan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan