Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Di dalam dunia ini, terdapat pelbagai jenis penyakit jangkitan seksual (STD) yang boleh menular dan merebak dari satu individu ke individu lain.

Antara STD yang paling biasa terjadi kepada individu adalah sifilis terutamanya buat mereka yang bernama lelaki.

Namun anda tidak perlu terlalu risau tentangnya kerana ia masih boleh dirawat jika berada dalam peringkat awal.

Persoalannya, adakah sifilis ini boleh datang kembali walaupun selepas dirawat sebelum itu?

Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih lanjut!

Apa itu sifilis?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan jenis penyakit jangkitan kelamin ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, sifilis adalah penyakit jangkitan seksual yang berpunca daripada bakteria Treponema pallidum dan boleh tersebar melalui aktiviti seksual.

Antara aktiviti seksual yang mungkin boleh menyebarkan bakteria ini adalah seks oral, seks anal, penetrasi zakar ke dalam faraj dan lain-lain.

Ia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu primer, sekunder dan tertier yang berbeza gejalanya.

std

Sifilis primer

  • Timbul ulser pada sekitar alat sulit
  • Pembengkakan noda limfa

Sifilis sekunder

  • Demam
  • Pening kepala
  • Sakit tekak
  • Ruam simetri
  • Rambut gugur
  • Susut berat badan
  • Badan letih dan lesu
  • Keradangan hati
  • Keradangan sendi
  • Keradangan saraf optik
  • Keradangan uvea
  • Penyakit buah pinggang

Sifilis tertier

  • Pembentukan ketumbuhan keradangan kronik
  • Keradangan aorta
  • Lemah keseluruhan tubuh badan
  • Pupil tidak mengecil apabila terdedah kepada cahaya

Apa punca sifilis?

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, sifilis berpunca daripada sejenis bakteria bernama Treponema pallidum yang boleh tersebar dari satu individu ke individu lain.

Pun begitu, penyakit ini juga mempunyai beberapa faktor risiko yang tersendiri termasuklah:

  • Mengamalkan seks yang tidak selamat
  • Melakukan seks bersama ramai pasangan

Oleh itu, adalah wajar untuk kalian cuba untuk meminimumkan faktor risiko ini untuk mengelakkan sifilis.

Jika anda khuatir sudah terkena penyakit ini, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.

sifilis

Apa rawatan penyakit ini?

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati namun jika sudah terlambat, jangan khuatir kerana teknologi perubatan masa kini mampu untuk merawatnya.

Jangkitan awal

Rawatan utama untuk penyakit ini adalah tidak rumit iaitu hanya dengan suntikan satu dos ubatan bernama benzathine benzylpenicillin.

Namun jika penderita mempunyai alahan terhadap antibiotik jenis penisilin, rawatan alternatif adalah dengan pengambilan jenis Doxycycline atau jenis Tetracycline.

Pun begitu, kalian juga harus tahu bahawa ubatan sebegini tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana kesannya mungkin boleh mengakibatkan kecacatan janin.

Dalam pada itu, adalah sangat disarankan untuk penderita agar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sehinggalah ulser pada alat sulit hilang sepenuhnya.

Jangkitan lewat

Memandangkan suntikan benzathine penicillin mungkin sudah tidak mampu untuk menembusi sistem saraf pusat, penderita akan diberikan dos intravena penicillin yang besar selama 10 hari.

Rawatan pada peringkat akhir lazimnya adalah sangat terhad kerana kerosakan yang ekstensif telah pun berlaku pada bahagian dalaman badan.

Konklusinya, adalah wajar untuk kalian cepat bertindak agar sifilis yang dialami ini tidak menjadi semakin teruk akibat lambat mendapatkan rawatan.

Adakah ia boleh berulang kembali?

masalah ereksi zakar

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa sifilis adalah salah satu daripada STD yang sangat berbahaya kepada semua individu tanpa mengira jantina.

Ia juga ternyata adalah lebih berisiko buat mereka yang gemar mengamalkan seks bebas, hubungan intim yang tidak selamat serta bersama dengan ramai pasangan.

Kini kita berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu adakah sifilis boleh berulang kembali selepas mendapatkan rawatan?

Jawapan mudahnya adalah tidak, sifilis tidak akan berulang kembali kepada penderita sekiranya telah berjaya menerima rawatan yang sepatutnya!

Pun begitu, kalian juga harus tahu bahawa ia bukanlah bermakna anda telah mendapat satu imunisasi penyakit ini.

Ini kerana anda masih berisiko mendapat kembali jangkitan bakteria penyebab sifilis walaupun selepas rawatan.

Ia sudah tentu lebih berbahaya kepada pasangan anda kerana mereka mungkin tidak tahu atau menyangka bahawa kalian sudah pulih sepenuhnya.

Akibatnya, sifilis mungkin akan berulang kembali kepada anda!

Sila amalkan seks yang sihat & sejahtera!

hubungan seksual

Seperti mana yang kita semua sudah sedia maklum, sifilis adalah penyakit jangkitan kelamin yang boleh tersebar melalui aktiviti seksual.

Ini terutamanya buat mereka yang menjalani kehidupan seks bebas, tidak selamat serta bersama ramai pasangan.

Oleh itu, adalah wajar untuk kita semua lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seksual tidak kira yang sudah berkahwin atau tidak.

Ketahuilah bahawa sifilis bukan satu-satunya penyakit jangkitan kelamin yang anda boleh dapat kerana terdapat pelbagai jenis lain lagi.

Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengesyaki diri telah atau pernah terkena STD untuk berkonsultasi dan berbicara mengenai masalah anda itu ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

Tahukah anda bahawa kitaran tindak balas seksual terdapat 4 fasa yang utama? Jika belum, jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/09/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? – Ini Kata Kajian Pakar

Ada satu kajian yang mengatakan bahawa lelaki homoseksual & biseksual lebih risiko terjangkiti sifilis. Adakah ia benar? Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sifilis tahap akhir

Muncul Ulser Pada Alat Sulit Itu Tanda Awal Sifilis, Apa Pula Simptom Sifilis Tahap Akhir?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
seks semasa hamil

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
ketiak manusia

Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
punca penyakit asma

Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan