backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Siapa Lebih Bernafsu Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Ini Jawapan Kajian!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/09/2023

    Siapa Lebih Bernafsu Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Ini Jawapan Kajian!

    Ada orang kata lelaki mempunyai nafsu syahwat yang sangat tinggi namun ada juga yang percaya wanita adalah lebih tinggi. Persoalannya, yang mana satu adalah betul?

    Ya, persoalan ini pasti pernah bermain dan berlegar di fikiran kita semua kerana jawapannya agak kurang jelas.

    Ini kerana kedua-dua lelaki dan wanita lahir dengan kemahuan dan kemampuan seksual sendiri secara naluri.

    Namun telah wujud kajian yang mungkin boleh membuktikan sesuatu kepada kita semua. Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Manusia & nafsu syahwat

    Secara lahiriah, setiap manusia lahir dengan sesuatu yang dinamakan sebagai nafsu di dalam diri.

    Perkara inilah yang membuat kita semua berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu seperti makanan yang lazat, minuman yang sedap, pakaian yang cantik, kereta yang besar dan sebagainya.

    Ini termasuklah nafsu berahi yang mendambakan sesuatu yang bersifat seksual bersama pasangan berbeza jantina.

    Adalah normal untuk kita semua memilikinya jika mahu dan mampu untuk menyalurkan ia melalui ikatan yang betul serta sempurna yakni perkahwinan.

    Namun jika ia terlalu berlebihan, maka kalian perlu segera mendapatkan bantuan pakar kerana khuatir jika anda adalah salah seorang yang gila seks.

    nafsu syahwat

    Dalam erti kata yang lebih mudah, tidak salah untuk kita semua bernafsu asalkan ia tidak lari daripada fitrah manusia dan bukan terlalu berlebihan sehingga memudaratkan.

    Selepas berkahwin kelak, maka persoalan nafsu syahwat siapa yang lebih tinggi antara lelaki dan wanita mungkin akan terjawab dengan sepenuhnya.

    Nafsu syahwat siapa lebih tinggi- lelaki@wanita?

    Baiklah, tanpa membuang masa lagi marilah sama-sama kita selami kajian dan huraian untuk menentukan siapa yang mempunyai nafsu lebih besar sama ada lelaki atau wanita.

    Lelaki lebih bernafsu?

    Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal of the American Medical Association pada tahun 1999, golongan lelaki adalah lebih ‘lapar’ dan ‘dahaga’ akan seks.

    Ini dibuktikan melalui kenyataan di mana majoriti lelaki berusia 50 tahun ke atas sekalipun masih memikirkan dan mungkin melakukan aktiviti seksual dengan kerap.

    Berbanding dengan wanita, Pakar Sosiologi Edward O. Laumann mendedahkan bahawa kira-kira 30% dari mereka adalah rendah atau tidak langsung mempunyai libido.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, kajian ini mendapati bahawa lelaki adalah golongan yang lebih bernafsu tentang seks berbanding golongan wanita.

    Pun begitu, kajian ini sahaja tidak mampu untuk membuktikan sesuatu yang begitu rumit ini.

    Wanita lebih bernafsu?

    Pada tahun 2000 hingga 2002, Pakar Psikiatri Rosemary Basson telah menemubual ratusan wanita untuk mendapatkan pendapat mereka tentang seks.

    Hasilnya mendapati bahawa majoriti golongan wanita juga adalah bernafsu tinggi, cuma mereka ‘lambat panas’.

    Pada responden kajian ini menyatakan bahawa kebanyakan wanita akan berasa neutral ketika belum atau baru sahaja ingin melakukan hubungan seks.

    Namun segalanya akan berubah tatkala mereka sedang bersenggama dengan pasangan tercinta dan nafsu berahi akan meningkat mendadak ketika ini.

    Ini membuktikan bahawa kaum Hawa juga sama bernafsu seperti kaum Adam cuma mereka mungkin memerlukan rangsangan yang lebih hebat pada awal aktiviti seksual.

    nafsu syahwat

    Jadi siapa lebih besar nafsunya?

    Berdasarkan kajian-kajian ini, maka dapat disimpulkan di sini bahawa tiada pihak yang lebih bernafsu tinggi berbanding pihak yang lain sama ada lelaki atau wanita.

    Hakikatnya, kedua-duanya memiliki nafsu syahwat untuk melaksanakan tuntutan fitrah ini.

    Perbezaannya adalah kaum wanita mungkin sedikit lambat terangsang berbanding kaum lelaki.

    Nafsu syahwat penting untuk seks yang sejahtera!

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu jawapannya dan tiada mana-mana pihak yang lebih bernafsu berbanding pihak yang satu lagi.

    Maka adalah wajar untuk kita tahu bahawa libido ini sangat penting untuk hubungan di kamar tidur yang lebih sejahtera terutamanya buat suami isteri.

    Disebabkan itu, anda dan pasangan perlu bijak dan bersikap terbuka untuk membincangkan segala masalah di ranjang untuk mencari penyelesaiannya.

    Jika isteri kesayangan anda itu kelihatan seperti tidak berminat sahaja dengan aktiviti seksual, encik suami jangan mudah berputus asa ya?

    Sesuai dengan kajian yang dinyatakan tadi, mereka mungkin ‘lambat panas’ dan hanya akan menikmati seks ketika sedang melakukannya!

    Oleh itu, berkomunikasilah demi hubungan di kamar tidur kalian berdua terjamin bahagia sentiasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan