Ketahui Bahaya Penyakit Bipolar Mania Terhadap Remaja!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Baru-baru ini, gempar satu negara apabila seorang penyanyi muda tanah air iaitu Zynakal, bertindak menyerang pekerja asing di salah sebuah stesen minyak di ibu kota. Pelantun lagu Terbang yang berusia 21 tahun ini kemudiannya ditahan dan didenda oleh mahkamah sebanyak RM 2,800. Menurut kenalan rapatnya iaitu Syazwan Zanini, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli telah disahkan menghidap penyakit bipolar mania dan kini sedang mendapatkan rawatan lanjutan di wad psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.

Menurut rakan baiknya itu lagi, Zynakal pada awalnya menolak untuk pergi ke hospital bagi memeriksa keadaannya. Namun begitu, dia akhirnya akur juga untuk mendapatkan rawatan lanjutan selepas merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap dirinya. Dia dikatakan mempunyai pelbagai personaliti yang berbeza. Jika ada yang beranggapan dia sebenarnya menyalahgunakan dadah, ia ternyata silap kerana hasil ujian air kencing menunjukkan dia bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

Sehingga kini, penyanyi muda ini masih menerima rawatan lanjutan dan belum boleh keluar daripada hospital sehingga keadaannya benar-benar pulih. Persoalannya, apakah itu penyakit bipolar mania? Mungkin ramai yang belum faham mengenai penyakit bipolar mania dan apakah simptom serta punca ia berlaku. Untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini.

Apa itu penyakit bipolar mania?

Penyakit bipolar mania ini adalah satu gangguan kompleks yang berlaku pada mental akibat gabungan daripada faktor genetik dan faktor bukan genetik dan banyak menyerang golongan remaja. Individu yang menghidapi penyakit ini kebiasaannya akan mempunyai pelbagai personaliti yang berbeza, sukar untuk tidur, sukar untuk fokus dan mempunyai mood yang sering berubah secara tiba-tiba. Penyakit bipolar boleh dikategorikan kepada beberapa tahap, bergantung kepada tempoh masa ia berlaku dan tahap keterukannya. 

Berikut merupakan tahap penyakit bipolar: 

Bipolar 1: Individu dengan bipolar jenis ini akan mengalami sekurang-kurangnya satu gangguan mania berterusan selama 7 hari atau lebih dan perlu ditahan di hospital untuk rawatan lanjutan. 

Bipolar 2: Individu dengan bipolar jenis ini akan mengalami gangguan mania yang kurang teruk, dikenali sebagai hypomania. Ia akan berterusan sekurang-kurangnya 4 hari dan mengalami gangguan pada hampir setiap hari. 

Gangguan cyclothymic: Individu dengan bipolar jenis ini akan mengalami beberapa siri hypomania namun tidak satu pun daripada gangguan tersebut cukup teruk untuk mencapai kriteria diagnosis penyakit bipolar mania.

Apa simptom penyakit bipolar mania?

Simptom penyakit ini adalah lebih kurang sama dengan gangguan depresi, seperti:

  • Hilang selera makan
  • Perubahan berat badan secara mendadak
  • Sukar untuk fokus, mengingat dan membuat keputusan
  • Sering berasa letih
  • Mood tidak menentu
  • Perasaan serba salah
  • Selalu dalam kegelisahan
  • Selalu berprasangka buruk
  • Berasa diri tidak berguna
  • Berasa diri tidak boleh dibantu
  • Insomnia
  • Hilang minat dalam hobi
  • Hilang libido
  • Sakit fizikal yang tidak bertindak balas dengan apa-apa ubatan atau rawatan seperti sakit kepala dan sakit perut
  • Terfikir untuk membunuh diri

Apa punca penyakit bipolar mania?

Kebiasaannya, penyakit bipolar mania akan berlaku kepada remaja yang berusia di antara 15 hingga 24 tahun. Ini bermakna ia sangat jarang berlaku kepada golongan kanak-kanak atau individu dewasa.

Sama seperti kebanyakan gangguan mental yang lain, punca sebenar penyakit bipolar mania adalah tidak diketahui. Pun begitu, kebanyakannya berlaku akibat fungsi otak yang tidak normal dan kadangkala adalah disebabkan oleh genetik.

Tahap keterukan gangguan penyakit ini adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Kebanyakannya mungkin memerlukan rawatan lanjutan di hospital namun masih ada individu yang mengalaminya dan mampu menjalani kehidupan yang normal.

Mengapa golongan remaja perlu berhati-hati?

Seperti mana yang kita sedia maklum, penyakit ini kebanyakannya menyerang remaja dan contoh yang boleh kita ambil ialah berkenaan penyanyi muda dari Malaysia, Zynakal. Seperti yang dapat kita lihat, penyakit ini mungkin akan menyebabkan karier nyanyian penyanyi muda ini musnah. Disebabkan itu, golongan remaja perlu berhati-hati.

Begitu juga dengan remaja yang masih berada di bangku sekolah. Tanpa pantauan ibu bapa, remaja yang menghidapi penyakit ini mungkin akan mengalami simptom di sekolah. Disebabkan itu, mereka sudah pasti akan berperangai pelik dan rakan-rakan di sekolah pula pasti akan memulaukan mereka. Ini mungkin akan membuat mereka terjerumus kepada masalah lain. 

Sekiranya anak remaja anda didiagnosis dengan penyakit ini, pastikan anda sentiasa memberikan mereka ubatan seperti lithium, anticonvulsants, antipsychotics, antidepressants  atau benzodiazepines, dengan preskripsi doktor. Selain itu, pastikan juga anak remaja anda menerima rawatan seperti terapi berkala dengan pihak hospital. Paling penting, sentiasa kekalkan gaya hidup yang sihat untuk mengelakkan stres yang berlebihan dalam hidup anak remaja anda. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

    Ketahuilah bahawasanya perubahan mood tidak bermaksud seseorang itu bipolar. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 minit bacaan

    Makin Tua, Makin Kurang Narsisistik: Kajian

    Kajian oleh Universiti Michigan telah menunjukkan sikap narsisistik akan berkurangan apabila meningkat usia. Baca artikel ini untuk tahu maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 20/12/2019 . 4 minit bacaan

    Petisyen Muzikal Buat Pesakit Psoriasis

    Psoriasis bukanlah satu penyakit yang boleh berjangkit. Ikuti artikel ini untuk memahami sedikit sebanyak berkenaan dengan penyakit psoriasis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Tempatan 13/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hoarding disorder

    Suka Simpan Barang Lama Yang Tak Berguna Hingga Penuh Rumah? Ini Tanda SAKIT MENTAL

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    kemurungan

    Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain PUNCA Wanita Ini Alami Kemurungan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 4 minit bacaan
    masalah kemurungan

    “Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan Life Dia”. Anda Silap Jika Berfikir Seperti Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/01/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Persepsi Mengenai Kesihatan Mental Berubah Selepas Sedekad

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/01/2020 . 4 minit bacaan