backup og meta

Ada Diet Jenis Zaman Batu Paleo, Tapi, Sesuai Ke Diamalkan Kini?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/11/2022

    Ada Diet Jenis Zaman Batu Paleo, Tapi, Sesuai Ke Diamalkan Kini?

    Pastinya ada di antara kita yang tidak pernah mendengar mengenai paleo diet Malaysia. Uniknya diet ini dipercayai berdasarkan pemakanan orang zaman batu, tetapi sesuai ke diamalkan pada masa kini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu paleo diet Malaysia?

    Diet paleo merupakan pelan diet berdasarkan pengambilan makanan era Paleolitik – bermula sekitar 2.5-10,000 juta tahun yang lalu.

    Nama lain untuk diet paleo termasuklah diet Paleolitik, diet Zaman Batu, diet manusia gua.

    Diet ini biasanya termasuk daging tanpa lemak, ikan, buah-buahan, sayuran, kacang dan bijian – makanan yang pada masa dahulu boleh diperolehi dengan cara memburu dan mengumpulkannya.

    Diet paleo mengehadkan makanan biasa yang muncul semasa kaedah pertanian diperkenalkan, kira-kira 10,000 tahun yang lalu.

    Matlamat diet zaman batu paleo dilakukan

    Matlamat diet paleo ini adalah untuk kembali kepada cara pemakanan manusia terdahulu.

    Ini kerana wujud alasan cara pemakanan zaman moden selepas amalan pertanian tidak bersesuaian dengan genetik tubuh manusia – dikenali sebagai hipotesis percanggahan.

    Pertanian mengubah apa yang dimakan dan menjadikan tenusu, bijirin, kekacang sebagai makanan ruji tambahan dalam diet manusia.

    Berdasarkan hipotesis, perubahan diet dalam tempoh yang lambat dan pantas, mengatasi keupayaan tubuh untuk menyesuaikan diri. Ketidakpadanan ini dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada obesiti, diabetes dan penyakit jantung hari ini.

    paleo diet malaysia

    Jenis makanan dalam paleo diet Malaysia

    Antara makanan yang boleh dimakan adalah termasuk:

    Daging & makanan laut

    Kebanyakan daging dan makanan laut sesuai dengan diet paleo. Daging adalah sumber protein tanpa lemak dan protein adalah blok binaan semua tisu dan sel tubuh. Protein juga membuatkan anda kenyang.

    Pilihan daging dan makanan laut biasa termasuklah:

    Daging dan makanan laut paleo

    • Ayam 
    • Daging lembu
    • Salmon
    • Tuna
    • Ikan kod
    • Daging babi
    • Ayam turki 

    Daging daripada haiwan yang diberi makan rumput disyorkan dalam diet ini kerana ia lebih kurus dan mempunyai lebih banyak asid omega-3 – lemak sihat yang mengurangkan keradangan dalam tubuh dan melindungi jantung.

    Cari ayam yang diternak tanpa antibiotik dan cuba dapatkan bekalan daging dari ladang ternakan tempatan bagi mengetahui cara ia diternak.

    Memilih makanan laut liar berbanding belaan dalam sangkar juga pilihan terbaik kerana membantu meningkatkan pengambilan omega-3.

    Buah-buahan & sayuran dalam paleo diet Malaysia

    Kunci utama yang perlu diingat dalam pemakanan paleo ini adalah diet anda haruslah mengandungi makanan utuh (whole food) dan tidak diproses. Ini bermakna buah-buahan dan sayuran menjadi sebahagian besar diet anda. 

    Sayuran sejuk beku tanpa tambahan sos juga dibenarkan untuk diet paleo ini. 

    paleo diet malaysia

    Contoh pilihan buah-buahan dan sayuran:

    Buah paleo

    • Buah epal
    • Beri – termasuk beri hitam, beri biru dan strawberi
    • Tembikai
    • Anggur
    • Pisang
    • Buah-buahan sitrus
    • Pic
    • Plum 

    Sayuran paleo

    • Kubis bunga
    • Brokoli
    • Pucuk Brussels
    • Ubi keledek
    • Butternut squash
    • Kubis
    • Bayam 

    Telur 

    Telur dibenarkan dalam diet zaman batu ini kerana ia tinggi dengan protein, vitamin B, mineral dan antioksidan. 

    Pilihlah telur organik daripada ayam tanpa sangkar untuk kandungan omega-3 lebih tinggi daripada yang diternak dalam sangkar.

    Baca juga:

    Paleo diet Malaysia #Kekacang & bijian

    Kacang dan bijian penuh dengan lemak sihat, serat dan protein. Malahan ia telah dimakan sejak zaman prasejarah. Namun kacang tanah tidak dianggap paleo kerana secara teknikalnya ia adalah legum.

    Kacang & bijian paleo

    • Badam 
    • Gajus
    • Pistachio
    • Walnut
    • Kacang macadamia
    • Pecan
    • Hazelnut
    • Kacang pain
    • Kacang Brazil
    • Biji labu
    • Biji chia
    • Biji bunga matahari
    • Biji rami

    Minyak sihat

    Hanya minyak yang diperolehi terus daripada tumbuhan sahaja dibenarkan.

    Manakala minyak biji rami dibolehkan kerana kandungan asid alfa-linolenik (ALA) yang tinggi – sejenis asid lemak omega-3 yang menyihatkan jantung dan antiradang.

    Jenis minyak dalam diet zaman batu paleo

    • Minyak zaitun
    • Minyak walnut
    • Minyak biji rami
    • Minyak macadamia
    • Minyak avokado
    • Minyak kelapa

    Kajian mengenai keberkesanan paleo diet Malaysia

    paleo diet malaysia

    Beberapa ujian klinikal rawak telah membandingkan diet zaman batu paleo dengan kaedah pemakanan lain seperti diet Mediterania atau diet diabetes.

    Secara keseluruhan, ujian ini mencadangkan bahawa diet paleo mungkin memberikan beberapa faedah seperti:

    • Lebih banyak penurunan berat badan
    • Peningkatan toleransi glukosa
    • Kawalan tekanan darah yang lebih baik
    • Kurangkan trigliserida
    • Pengurusan selera makan yang lebih baik

    Walau bagaimanapun, kajian lebih lama melibatkan kumpulan lebih besar secara rawak dengan diet berbeza diperlukan untuk memahami kesan jangka panjang, manfaat kesihatan keseluruhan dan kemungkinan risiko diet paleo ini. 

    Tuntasnya 

    Paleo diet Malaysia boleh membantu anda menurunkan atau mengekalkan berat badan. Ia juga mungkin mempunyai kesan kesihatan lain yang bermanfaat.

    Namun, lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi mengesahkan manfaat dan mengenal pasti potensi risiko kerana pengambilan daging merah yang tidak seimbang dengan nutrien lain seperti lemak sihat boleh mengundang bahaya lain!

    Sudah tentu, pilihan terbaik sebelum mencuba diet ini, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian sama ada anda sesuai mengamalkannya atau tidak, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan