Tak Makan Beberapa Hari Masih Boleh Hidup, Tapi Kenapa Kalau Tak Cukup Minum Air Boleh Mati?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bibir merekah, lidah kering, kulit kusam- Alamak, tanda-tanda dehidrasi ke ni?

Pemakanan memang penting untuk kesihatan diri, namun pengambilan air yang mencukupi pun sama penting juga.

Mengapakah kehausan atau dahaga lagi penting dari kelaparan?

Betulkah kehausan boleh bawa mati? Ini yang perlu anda tahu mengapa pentingnya anda minum air yang cukup setiap hari.

Mari kita terokai artikel ini untuk mengetahui tanda dehidrasi dalam tubuh anda!

Apakah itu ‘homeostasis’?

Sebelum mengetahui bahayanya kehausan atau dehidrasi, sebaiknya kita faham konsep fisiologi badan kita dahulu.

Homestasis ialah mekanisma yang mengekalkan kestabilan dalaman badan untuk mengimbangi perubahan persekitaran.

Berhubungkait dengan dehidrasi, jumlah air yang hilang dari badan sepatutnya digantikan dengan jumlah air yang sama. Jika peratusan air dalam badan tidak mencukupi untuk sel-sel bekerja, maka dehidrasi akan berlaku.

Namun begitu, ia berbeza sama sekali dengan kelaparan.

Tubuh badan kita mampu menggunakan sumber-sumber lain seperti amino asid, lemak dan otot badan dalam fasa kelaparan bagi terus membekalkan tenaga kepada organ penting.

Bahayanya dehidrasi – berapa lamakah tempoh dehidrasi sebelum maut?

Komposisi utama badan kita adalah air, sebanyak 75%. Setiap sel dalam badan kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.

Menurut Ohio State University Wexner Medical Center, badan kita akan kehilangan garam dan elektrolit bersama-sama air. Sehubungan itu, dehidrasi berlaku dengan penggabungan kehilangan garam dan air dari tubuh badan.

Kajian menunjukkan tubuh badan kita mampu terus hidup tanpa air selama 3 hari sehingga 1 minggu.

Selain itu, memetik laporan kes dari Archiv Fur Kriminologie, badan kita mampu bertahan selama 8 hingga 21 hari tanpa makanan dan air, dan sehingga 2 bulan jika terdapat sumber air yang mencukupi.

Apakah faktor dehidrasi?

Kekurangan pengambilan air hanyalah salah satu daripada punca seseorang boleh mengalami dehidrasi.

Terdapat banyak lagi faktor lain yang membuatkan kita kehilangan air daripada badan seperti:

  • Air mata
  • Peluh
  • Pembuangan air kecil
  • Pergerakan usus
  • Muntah dan cirit-birit
  • Demam panas

kesihatan diri

Tanda-tanda dehidrasi penting yang harus diambil kira!

Dehidrasi boleh terjadi kepada setiap kumpulan umur, dari bayi sehingga warga tua.

Pelbagai tanda dehidrasi boleh dialami, namun berbeza mengikut peringkat umur. Tanda-tandanya seperti berikut :

Bayi atau kanak-kanak:

  1. Bibir atau lidah kering
  2. Tidak mempunyai air mata ketika menangis
  3. Lampin kering untuk 3 jam berturut-turut
  4. Mata dan pipi cengkung
  5. Ubun-ubun tenggelam
  6. Kelesuan dan mudah jengkel

Dewasa:

  1. Kehausan luar biasa
  2. Kurang kencing
  3. Air kencing berwarna pekat
  4. Kelesuan
  5. Pening kepala
  6. Kekeliruan

Bahayanya komplikasi dehidrasi

Jika tidak dibendung, dehidrasi mampu mengganggu kesihatan diri dan mengakibatkan komplikasi yang lagi serius seperti:

  • Heat Injury: Heat injury boleh diklasifikasikan daripada simptom ringan seperti kekejangan otot, kelesuan sehingga yang boleh membawa maut seperti strok haba
  • Masalah pembuangan air kecil dan buah pinggang: Dehidrasi berpanjangan boleh mengakibatkan jangkitan saluran kencing, pembentukan batu karang dalam buah pinggang dan kegagalan buah pinggang
  • Sawan: Garam dan elektrolit penting untuk fungsi sel, dan ketidakseimbangan boleh menyebabkan kekejangan otot di luar kawalan, sawan dan tidak sedar diri
  • Hypovolemic shock: Ini adalah komplikasi dehidrasi yang paling serius dan membawa maut. Ia berlaku apabila isipadu darah rendah yang menjurus kepada tekanan darah rendah dan kekurangan oksigen dalam badan

Haruskah saya berjumpa dengan doktor?

Selalunya, dehidrasi ringan boleh dirawat di rumah dengan meminum banyak air atau mendapatkan oral rehydration salt (ORS) daripada farmasi.

ORS membantu untuk mengembalikan garam dan elektrolit dalam jumlah yang terkawal.

Namun anda harus risau akan kesihatan diri dan mendapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami simptom dehidrasi teruk seperti:

  • Kulit dan membran mukus merekah (mulut, tekak, hidung, kelopak mata, telinga)
  • Pernafasan laju
  • Kelesuan
  • Tekanan darah rendah
  • Degupan jantung laju
  • Tidak sedarkan diri atau delirium

Mencegah lebih baik daripada merawat

Akhir kata, seeloknya kita menjaga kesihatan diri dan peka dengan tanda-tanda dehidrasi.

Ambillah segelas air selepas bangun pagi, amalkan membawa botol air ke mana sahaja anda pergi dan pilih buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai dan strawberi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

Berkelah dan berjemur di pantai pastinya aktiviti kesukaan ramai individu. Namun, bagi wanita mengandung, wujud kesan bahaya yang perlu anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 05/06/2020 . 3 minit bacaan

Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami tanda tanda dehidrasi semasa berpuasa di bulan Ramadan. Ini 15 gejala yang boleh dialami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Boleh Berpuasa Semasa Hamil TAPI Perhatikan 7 Tanda Bahaya Ini

Tiba Ramadan, antara kegusaran biasa bagi wanita mengandung sama ada mereka boleh berpuasa ketika hamil atau tidak. Adakah ia berbahaya kepada kandungan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/04/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

Bulan Ramadan sudah tiba. Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan pada waktu bersahur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

minuman isotonik

Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
minum air

Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Hiperemesis gravidarum

Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
punca-bayi-sembelit

Bayi Menyusu Badan Pun Boleh Sembelit? Ini Mungkin Puncanya, Cepat Rawat Ye, Mama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan