backup og meta

4 Kesan Dehidrasi Yang Anda Tak Boleh Biarkan, Boleh Cegah Dengan Minum Air Sahaja!

4 Kesan Dehidrasi Yang Anda Tak Boleh Biarkan, Boleh Cegah Dengan Minum Air Sahaja!

Umum mengetahui bahawa tanda dehidrasi dan bahaya dehidrasi akan berlaku di saat tubuh kekurangan air yang diperlukan. Malah, ia juga dikatakan boleh menjejaskan kulit atau lebih teruk lagi menyebabkan maut.

Bagi mengelak kondisi yang tidak diingini terjadi, kita semua perlu sedar pengambilan air dengan cukup itu sangat penting dalam melalui kehidupan seharian.

Mungkin juga sudah tiba masa untuk anda mempertimbangkan air kaya kandungan silika yang bukan sahaja mampu mengekalkan hidrasi, malah dapat merangsang penghasilan kolagen untuk kulit yang lebih sihat1!

Sebelum pergi lebih lanjut tentang manfaat air yang mengandungi silika, jom kita ambil tahu tanda dehidrasi dahulu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Beberapa tanda anda mungkin mengalami masalah dehidrasi.
Tanda anda mungkin mengalami dehidrasi.

Apa punca & tanda dehidrasi?

Kenapa badan dehidrasi? Sebenarnya, kekurangan pengambilan air itu cuma salah satu daripada punca kenapa badan dehidrasi ini terjadi.

Selain itu, antara faktor lain termasuk pengeluaran air mata, peluh, kencing, pergerakan usus, muntah, cirit-birit dan kondisi demam panas2.

Pelbagai tanda dehidrasi boleh dialami, namun berbeza mengikut peringkat umur. Sila lihat simptom-simptom di bawah.

Tanda dehidrasi pada bayi dan kanak-kanak3:

  • Kekeringan bibir, lidah dan kulit
  • Kecengkungan mata dan pipi
  • Kesejukan kaki dan tangan
  • Kelesuan dan mudah jengkel
  • Tidak mengalir air mata ketika menangis
  • Lampin kering untuk tempoh masa lama
  • Ubun-ubun yang tenggelam
  • Pernafasan menjadi agak laju
Individu mengalami keletihan luar biasa akibat masalah dehidrasi.
Keletihan luar biasa akibat dehidrasi.

Tanda dehidrasi pada dewasa dan warga emas3:

  • Kehausan luar biasa
  • Kehilangan selera makan
  • Kekeringan mulut
  • Kekejangan otot
  • Kaki membengkak
  • Kulit memerah
  • Sembelit
  • Air kencing keruh
  • Tidak tahan panas
  • Kelesuan
  • Kekeliruan
  • Pening kepala
  • Kadar degupan jantung tinggi tapi tekanan darah rendah

Bagaimana air mineral silika boleh membantu?

Sudah terang lagi bersuluh, pengambilan air mineral yang kaya dengan silika sudah tentu mampu membantu anda mencapai keperluan air yang tubuh badan anda perlukan.

Dalam masa yang sama, kandungan silika juga mempunyai kelebihan lain iaitu:

  1. Memastikan penghidratan kulit – Apabila tubuh badan terhidrasi dengan baik, kulit anda juga akan menerima kesan positif. Ia akan membantu kulit agar kekal lembap, tidak kering selain melancarkan proses regenerasi sel kulit4.
  2. Meningkatkan penghasilan kolagen – Silika akan membantu merangsang penghasilan kolagen sekali gus boleh mengurangkan cela, memulihkan luka serta memastikan keanjalan dan kecantikan kulit berada di tahap yang baik5.
  3. Melancarkan peredaran darah – Silika turut membantu membuat alliran darah lebih lancar dengan membawa oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh, termasuk ke kulit. Kesannya, kulit anda akan lebih mudah ‘bernafas’ dan tampak ‘bermaya’6.

Dengan mengamalkan pengambilan air mineral seperti disarankan oleh doktor, masalah dehidrasi sudah tentu dapat dielakkan.

Sekiranya anda memilih untuk mengambil air mineral berkandungan silika yang tinggi pula, lebih banyak manfaat boleh dinikmati.

Maka, untuk kehidupan yang sihat dan kecantikan kulit lebih baik, mungkin boleh pertimbangkan untuk mengambil air mineral kaya silika!

Jika dibiarkan, ini pula kesan dehidrasi!

Sekiranya masalah ini tidak dibendung, dehidrasi mampu mengganggu kesihatan diri dan membawa komplikasi yang lebih serius seperti7:

  1. Masalah pembuangan air kecil dan buah pinggang: Dehidrasi berpanjangan boleh mengakibatkan jangkitan saluran kencing, pembentukan batu karang dan kegagalan organ buah pinggang.
  2. Sawan: Garam dan elektrolit penting untuk fungsi sel, dan ketidakseimbangan boleh menyebabkan kekejangan otot di luar kawalan, sawan dan tidak sedar diri.
  3. Heat Injury: Ia boleh diklasifikasikan daripada simptom ringan seperti kekejangan otot, kelesuan badan sehingga yang boleh membawa maut seperti strok haba.
  4. Hypovolemic shock: Ini adalah komplikasi dehidrasi yang paling serius dan menyebabkan kematian. Ia berlaku apabila isipadu darah rendah yang menjurus kepada tekanan darah rendah dan kekurangan oksigen dalam badan.

Dalam masa sama, kesan dehidrasi akan turut memberi impak kepada fizikal di mana kulit, rambut dan kuku anda mungkin mengalami perubahan yang ketara.

Kenapa air silika bagus untuk kita semua?


Pengambilan air mineral yang mengandungi kandungan silika tinggi, boleh membantu penghasilan kolagen sekali gus dapat mengekalkan hidrasi.

Haruskah saya berjumpa dengan doktor?

Minum air boleh membantu mengekalkan hidrasi badan.
Air silika membantu mengekalkan tahap hidrasi badan.

Selalunya, dehidrasi ringan boleh dirawat di rumah dengan meminum banyak air atau mendapatkan oral rehydration salt (ORS) daripada farmasi8.

ORS membantu untuk mengembalikan garam dan elektrolit dalam jumlah yang terkawal.

Namun anda harus fikirkan kesihatan diri dan dapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami tanda dehidrasi teruk seperti6:

Bagi mengelak tanda dehidrasi dan bahaya dehidrasi di atas berlaku, anda perlu minum air dengan secukupnya. Mungkin air mineral tinggi silika adalah antara pilihan minuman ruji yang baik?

Mencegah lebih baik daripada merawat

Seeloknya, kita perlu menjaga kesihatan diri dan peka dengan tanda dehidrasi yang awal. Sebagai antara cara mengatasi dehidrasi, pemilihan jenis air minuman anda itu mestilah tepat!

Air mineral kaya silika yang boleh dipertimbangkan

Air mineral kaya silika Spritzer adalah antara yang tertinggi kandungannya di dunia, lantas menjadikan ia pilihan yang wajar dipertimbangkan.

Selain mampu membantu anda mencapai tahap hidrasi yang ideal, air mineral semula jadi Spritzer turut memberikan manfaat kepada kulit anda hasil kemampuannya meningkatkan kadar kolagen.

Konklusinya, boleh cuba pertimbangkan air mineral semula jadi Spritzer yang kaya silika ini ya? Sekiranya terdapat sebarang tanda dehidrasi pada diri anda, jumpa doktor segera!

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang silika dalam air mineral semula jadi Spritzer.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The chemistry of silica and its potential health benefits, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17435951/, Diakses Okt 10 2024.
  2. Dehydration, https://medlineplus.gov/dehydration.html, Diakses Okt 10 2024.
  3. Dehydration, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9013-dehydration, Diakses Okt 10 2024.
  4. Water: How much should you drink every day?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/water/art-20044256, Diakses Okt 10 2024.
  5. Collagen, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/23089-collagen, Diakses Okt 10 2024.
  6. The Importance of Water, https://theheartfoundation.org/2019/03/08/the-importance-of-water/, Diakses Okt 10 2024.
  7. Dehydration, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dehydration/symptoms-causes/syc-20354086, Diakses Okt 10 2024.
  8. ORAL REHYDRATION SALTS = ORS, https://medicalguidelines.msf.org/en/viewport/EssDr/english/oral-rehydration-salts-ors-16684387.html, Diakses Okt 10 2024.

Versi Terbaru

23/10/2024

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

STOP! Berhenti Bagi Bayi Minum Air Masak, Mereka Tak Boleh Minum! Jom Ketahui Sebabnya

Cuaca Terik Buat Badan Lesu? AWAS, Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Ketika Berpuasa!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan