Detoksifikasi tahap pertama ini biasanya paling berat yang dirasakan pada hari pertama puasa. Orang akan mengalami sakit kepala, mulut berbau, rasa sangat lemah dan sangat lapar. Namun, ini adalah tahap pembersihan racun yang pertama.
2. Detoksifikasi Tahap Kedua (Hari ke-3 hingga hari ke-7)
Tubuh akan menghasilkan glukosa yang diambil dari asid lemah yang kemudian diurai untuk melepaskan gliserol daripada molekul gliserin. Kesannya, kulit akan mengeluarkan minyak, seperti minyak yang berbau tengik. Sesetengahnya akan mengalami masalah pada kulit.
Tubuh juga terasa lemah membuatkan berasa ingin rehat lebih lama, ini merupakan tindak balas semula jadi tubuh kerana ia memfokuskan tenaga untuk pembersihan dan penyembuhan. Sel darah putih dan sistem imun tubuh juga meningkat pada tahap ini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen