Resipi Smoothie yang Mengenyangkan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dalam hidup sesiapa sahaja, pasti ada hari apabila anda bangun lewat atau terkejar-kejar waktu. Tidak ada masa yang cukup untuk duduk, menghirup secawan kopi dan mengunyah roti bakar mentega kacang kegemaran anda. Oleh itu, smoothie mudah dan mengenyangkan adalah semua yang anda perlukan. Keseluruhan proses membuat sebarang resipi ini hanya mengambil masa 5 – 8 minit dan hanya memerlukan pengisar.

Resipi 1

Mengandungi oat, yang sangat mengenyangkan.

  • Pisang beku – atau pisang juga boleh.
  • Bubur oat.
  • Yogurt.
  • Jus oren – sebarang jus lain juga boleh.
  • Campuran beri.

Resipi 2

Anda boleh memanggil ini smoothie pelangi tropika kerana sangat ringan, namun memastikan anda kenyang untuk tempoh yang lama.

  • Pisang beku
  • Strawberi
  • Jus Oren
  • Jus Nanas
  • Susu (1 sudu teh sahaja)

Resipi 3

Teringin secawan kopi tetapi masih mahu segelas smoothie segar? Ini untuk anda.

  • 1 pisang besar
  • 1 sudu teh serbuk kopi segera 
  • 1 sudu teh coklat panas segera
  • 1 sudu teh madu
  • Setengah sudu teh kayu manis
  • Susu

Resipi 4

Tiada buah-buahan segar di rumah? Jangan bimbang, ada alternatif untuk anda.

  • Buah beku
  • Buah pic dalam tin
  • Yogurt
  • Susu

Resipi 5

Ibu anda selalu berpesan jangan lupa untuk makan sayur. Tahukah anda bahawa sayur-sayuran boleh membuat anda berasa kenyang lebih lama?

  • mangga beku
  • nanas beku
  • serbuk protein
  • santan
  • kales cincang 

Resipi 6

Smoothie ini adalah super sihat dan mengenyangkan, tetapi sangat rendah kalori.

  • Pear
  • Epal hijau
  • Timun
  • Parsley segar
  • Biji hemp
  • Jus lemon
  • Air

Resipi 7

Protein, di samping serat dan lemak yang sihat tiga faktor yang membantu membuat anda kenyang lebih lama. Mentega kacang mempunyai banyakprotein dan kita semua menyukainya.

  • Pisang beku
  • yogurt Greek
  • susu bebas lemak
  • serbuk koko
  • 1 sudu besar mentega kacang
  • kiub ais (jika diperlukan)

Resipi 8

Lemak yang sihat dalam kacang sebenarnya boleh mencegah gula naik dan mengelakkan lebih teringin lebih karbohidrat.

Resipi 9

Smoothie ini adalah satu minuman lengkap yang lazat dan diisi dengan serat yang disyorkan untuk satu hari penuh.

  • Raspberi beku
  • Biji Chia
  • Tauhu 
  • Air
  • Ketulan ais

Penyediaan

Memandangkan kita membuat smoothie, kaedahnya sama untuk setiap resipi. Hanya letakkan semua bahan dalam pengisar dan campurkan semua. Rasa dan kemudian tambah bahan yang sesuai. 

Sesetengah orang suka smoothie pekat dan sesetengah tidak. Ia terpulang kepada cita rasa anda. Tambah lebih banyak jus, susu atau air kosong untuk mencairkan. Lebihkan oat, beri beku atau pisang beku untuk membuat smoothie anda 10 kali lebih berkrim.

Untuk mereka yang vegan, gantikan madu dengan sirap maple atau gula kelapa dan masih terasa sedap.

Akhir sekali, bahan-bahan yang disyorkan tidak tetap. Oleh itu, tunjukkan kreativiti dengan sebarang bahan yang ada di rumah. Anda boleh berbuat sesuka hati dengan buah-buahan segar, lemak sihat dan protein tetapi ingat untuk kurangkan semua pemanis buatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Menurunkan Berat Badan dengan Jus

    Mencari cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan merupakan masalah paling kerap dihadapi kebanyakan orang. Terdapat trend menurunkan berat badan dengan minum jus, bagaimanapun, ramai yang masih tertanya-tanya ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/04/2018 . 2 minit bacaan

    10 Tips Fokus Makan Buah-Buahan

    Tidak dapat dinafikan bahawa buah-buahan kaya dengan vitamin dan mineral yang badan dan otak perlu untuk fungsi normalnya. Dengan itu, memakan banyak buah-buahan adalah apa yang patut anda lakukan. Walau bagaimanapun ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Cara Pengambilan Buah yang Salah, Bagaimanakah yang Sepatutnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 16/11/2018 . 3 minit bacaan
    minum air kosong

    Manfaat 30 Hari Minum Air Kosong

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 01/10/2018 . 3 minit bacaan

    Mitos dan Fakta Gula yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 25/06/2018 . 2 minit bacaan
    air oren

    Mulakan Setiap Hari Dengan Segelas Jus Oren, Ini 5 Khasiatnya Buat Anda Sekeluarga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 30/05/2018 . 2 minit bacaan