Resepi Mudah & Berkhasiat Sepanjang Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila bercakap tentang Ramadan, kebanyakan orang akan terfikir tentang puasa – tiada makanan dan minuman dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan penghadaman, detoksikifasi, dan pembakaran lemak, tetapi jika anda tidak melakukannya dengan betul, anda mungkin berakhir dengan lebih banyak risiko kesihatan. Kita sering menganggap bahawa puasa akan membantu kita menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, makan berlebihan pada waktu tidak berpuasa sebenarnya menyebabkan penambahan berat badan. Berikut adalah beberapa resipi Ramadan mudah yang akan membuat anda kekal sihat tanpa perlu membeli banyak makanan kalori tinggi.

Salad telur di waktu sahur

Salad telur ini bukan sekadar telur yang direbus dan mayonis. Dalam resipi ini, ia juga mengandungi banyak sayur-sayuran. Satu hidangan salad telur ini memerlukan:

  • 5 cawan salad, arugula, bayam, atau kesemuanya.
  • Separuh kapsikum manis tanpa mengira warnanya.
  • Separuh tomato bersaiz sederhana.
  • Separuh timun kecil.
  • Beberapa avokado dipotong dadu.
  • 2 biji telur rebus dipotong dadu.
  • Sekitara 30g keju mozzarella segar dipotong dadu.
  • 1 sudu teh minyak zaitun.
  • 1 sudu teh herba thyme yang dihancurkan
  • Garam dan lada secukup rasa

Apa yang anda perlu lakukan adalah mencampurkan semua bahan di atas di dalam mangkuk besar dan sesuaikan rasanya seperti yang anda mahu. Anda boleh menambah lebih banyak telur dan bahan lain untuk membuat hidangan yang lebih besar untuk ramai orang. Walaupun resipi ini agak tinggi lemak, lemak dari minyak zaitun dan avokado adalah lemak yang sihat. Jadi, ia tidak membimbangkan. Jika anda hanya makan telur satu atau dua kali seminggu, adalah tidak mengapa untuk memasukkan 2 biji telur ke dalam salad ini. Sesetengah orang tidak suka rasa keju. Anda boleh membuangnya jika mahu.

Muesli (sejenis sereal)

Muesli adalah kombinasi yang sihat melibatkan oat mentah, buah-buahan kering dan kekacang. Ia kaya dengan nutrien dan mudah disediakan. Untuk menyediakan 6 hidangan muesli, anda perlu campurkan:

  • 1 cawan penuh oat.
  • 1 cawan kacang (badam hancur, walnut dicincang, kacang tanah, kacang hazel, biji bunga matahari, biji labu)
  • 1/3 cawan biji chia
  • 1/3 cawan kelapa parut tanpa pemanis
  • 1 cawan buah-buahan kering (prun dicincang, aprikot, kurma atau kismis)
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk koko atau 2 sudu besar cip coklat gelap

Selepas anda telah mencampurkan semuanya sehingga sebati, letakkan campuran tersebut di dalam bekas kedap udara. Campuran ini boleh bertahan sehingga 4 minggu di dapur anda. Untuk dihidangkan, anda boleh menambah yogurt atau alternatif susu lain kemudian simpannya di dalam peti sejuk semalaman. Jadi muesli tersebut akan menjadi lembap dan basah apabila anda makan pada keesokan paginya. Anda juga boleh makan serta-merta bergantung kepada mana satu yang anda suka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Macam Mana Nak Atasi Masalah Ini?

    Badan anda dipenuhi kesan gigitan pepijat? Bagaimana hendak atasi? Pertama sekali, periksa katil anda sama ada ada pepijat atau telur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 29/09/2020 . 4 minit bacaan

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Mengapa masih tidak hamil sedangkan ketika tempoh subur anda melakukan hubungan seks? Apakah punca yang mungkin menjadi penyebabnya? Ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hidung tersumbat

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    zakar tidak tegang

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    mati pucuk

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat batuk

    Anak Batuk Teruk? Nanti Dulu, Ibu! Jangan Bagi Si Kecil Makan Ubat Batuk Sembarangan, Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan