Pengaruh Negatif Media Sosial Terhadap Pengambilan Makanan Oleh Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Media sosial mempunyai kedua-dua aspek pro dan kontra, dan umum mengetahui bahawa media sosial lebih banyak memberi kesan yang kurang baik atau negatif sekiranya digunakan mengikut perasaan semata dan tidak dikawal penggunaannya terutamanya dalam kalangan golongan yang memerlukan bimbingan orang dewasa seperti kanak-kanak dan remaja. Kajian baharu oleh University of Liverpool telah menyorot pengaruh negatif yang dibawa oleh media sosial terhadap pengambilan makanan oleh kanak-kanak. Apakah perkaitan dan hubungan diantara sosial media dan pengaruhnya terhadap pengambilan makanan oleh kanak-kanak?

Kajian bertajuk ‘Social Media Influencer Marketing and Children’s Food Intake: A Randomized Trial’ yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics pada Mac 2019 menyatakan, sokongan daripada selebriti dan pengiklanan di televisyen berkenaan makanan yang tidak sihat meningkatkan pengambilan makanan jenis ini oleh kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kanak-kanak lebih terdedah dengan lebih pantas dan jumlah ini meningkat disebabkan oleh faktor pengiklanan melalui cara penyiaran digital seperti penggunaan media sosial. Berdasarkan maklumat daripada Ofcom (pengawalselia komunikasi United Kingdom), jumlah kanak-kanak di United Kingdom yang mempunyai akses kepada media sosial kini lebih tinggi daripada sebelumnya. Sekitar 93% daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 11 tahun berada diatas talian (online), 77% daripada jumlah kanak-kanak tersebut menggunakan YouTube dan 18% daripada mereka mempunyai akaun sosial media. Bagi kanak-kanak yang berumur 12 hingga 15 tahun pula, 99% daripada mereka berada diatas talian (online), 89% daripada jumlah mereka menggunakan YouTube dan 69% daripada mereka mempunyai akaun media sosial.

Penyelidik utama kajian yang juga calon PhD daripada kumpulan penyelidikan Appetite and Obesity, University of Liverpool, Anna Coates, menjalankan kajian ini untuk melihat kesan pemasaran media sosial berkenaan makanan ringan (sihat atau tidak sihat) yang digunakan melalui akaun Instagram vlogger, keatas pengambilan snek oleh kanak-kanak. Seramai 176 orang kanak-kanak yang berumur diantara 9 hingga 11 tahun, dipisahkan secara rambang kepada tiga kumpulan yang sama banyak dan ditunjukkan paparan muka Instagram vlogger yang terkenal (setiap satu mempunyai berjuta pengikut), yang direka secara palsu tetapi kelihatan realistik. Satu kumpulan ditunjukkan dengan gambar-gambar vlogger dengan snek yang tidak sihat. Manakala kumpulan kedua ditunjukkan dengan gambar-gambar vlogger dengan snek yang sihat dan kumpulan ketiga dipamerkan dengan gambar-gambar vlogger dengan produk bukan makanan. Setelah itu, pengambilan snek oleh peserta (pilihan snek sihat dan tidak sihat) diuukur.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang didedahkan dengan pemasaran snek yang tidak sihat, meningkatkan pengambilan kilokalori (kcal) secara langsung dengan mengambil lebih banyak jumlah pemakanan berbanding kanak-kanak yang didedahkan dengan snek sihat atau produk bukan makanan. Secara langsung, kajian ini mencadangkan bahawa pemasaran makanan yang tidak sihat melalui paparan Instagram vlogger telah meningkatkan pengambilan tenaga segera kanak-kanak. Hasil kajian turut disokong melalui data sokongan selebriti, yang menunjukkan sokongan makanan yang tidak sihat telah meningkatkan pengambilan makanan yang tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak, manakala sokongan makanan sihat mempunyai kesan yang amat sedikit atau langsung tidak berkesan dalam pengambilan makanan sihat.

Menurut Anna Coates lagi, kanak-kanak atau remaja lebih terpengaruh dengan vlogger berbanding selebriti, oleh itu sokongan daripada vlogger lebih berkesan dan exploitatif. Sekatan yang lebih ketat diperlukan dalam pemasaran digital berkenaan makanan yang tidak sihat yang mudah terdedah kepada kanak-kanak, dan vlogger tidak sepatutnya dibenarkan untuk mempromosikan makanan tidak sihat kepada kanak-kanak dan remaja di media sosial. Obesiti dalam kalangan kanak-kanak masih lagi menjadi kebimbangan kesihatan utama diseluruh dunia, dan pemasaran digital berkaitan makanan tidak sihat seperti ini ternyata lebih sukar untuk dikawal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makanan Yang Dilarang Untuk Pesakit Kanser Kolorektal, Apa Yang Harus Dielakkan?

    Kanser kolorektal, dikenali sebagai kanser usus, adalah barah yang mempengaruhi usus besar dan rektum. Ia juga sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser Kolorektal, Kanser 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Selalu Jatuh Sakit? Ibu Cuba Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem IMUN LEMAH!

    Anak selalu tidak sihat? Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil. Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Tak semua orang gemar makan sayuran, tetapi masih ramai mahu mengamalkan cara diet sihat. Artikel ini mampu bantu anda yang bencikan sayur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Salah faham berkaitan dengan kanak kanak demam berpunca daripada mandi hujan memang sering diperdebatkan. Persoalannya, kenapa perkara tersebut berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    makanan untuk otak

    Nak Otak Cerdas Dan Ingatan Kuat? Amalkan Makan 5 Makanan Ini Untuk Kuatkan Minda Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    selamat untuk kanak-kanak

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan