Pemakanan Yang Baik, Mengurangkan Kolesterol

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kita biasanya mendengar banyak nasihat untuk mengelakkan makanan yang mengandungi kolesterol dalam makanan harian. Tetapi adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa kita harus melakukan itu dan apa makanan yang dapat memenuhi keperluan kita?

Makanan yang kaya dengan kolesterol boleh didapati dalam daging merah, organ haiwan, telur dan makanan laut. Makanan ini boleh diubah menjadi lemak tepu yang dapat meningkatkan kadar kolesterol. Akhirnya, ia boleh menyebabkan penyakit jantung dan masalah berat badan. Tetapi tidak semua lemak adalah buruk, anda perlu mengambil lemak tak tepu untuk mengekalkan berat badan yang normal. Baca artikel ini mengetahui makanan yang mempunyai tahap kolesterol yang rendah bagi membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan anda.

Oat

Oatmeal dan oat bran adalah mineral penting dan kaya dengan serat larut. Ia membantu mengurangkan kolesterol jahat yang dipanggil lipoprotein berkepekatan rendah (LDL). Dengan mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah anda, serat larut membantu mengurangkan risiko penyakit jantung yang berkaitan akibat tahap kolesterol yang tinggi. Satu setengah cawan oatmeal menyediakan anda 6 gram serat makanan. Anda boleh menambah makanan tumbuhan lain yang kaya serat seperti kacang, epal, pisang, pear, dan sebagainya untuk meningkatkan sekurang-kurangnya 4 gram serat pada hidangan anda. Dengan makan 5-10 gram serat sehari, anda akan menurunkan jumlah dan kolesterol LDL sebanyak 2 kali.

Ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3

Salah satu keajaiban kesihatan terbaik di dunia ialah asid lemak omega-3. Ia boleh ditemui dalam ikan seperti salmon, makarel, sardin atau tuna. Makanan yang kaya omega-3 telah dikenal sebagai ubat semulajadi untuk menurunkan kolesterol, menyembuhkan penyakit jantung, mengurangkan risiko serangan jantung dan banyak penyakit berkaitan dengan berat badan. Lebih baik memasak ikan dengan cara membakar atau memanggang untuk menghilangkan lemak yang tidak sihat. Jika anda tidak suka dengan rasa ikan, anda boleh mengambil suplemen omega-3 atau minyak ikan bagi mendapatkan beberapa kebaikan. Makanan tumbuhan seperti biji flexseed tanah atau minyak canola juga merupakan sumber lemak omega-3 yang hebat.

Kacang

Kacang seperti walnut atau badam adalah makanan ringan yang sangat baik untuk jantung anda. Walnut dapat meningkatkan keseimbangan kolesterol darah. Dengan menjadikan kaya dengan asid lemak, walnut yang lazat memastikan saluran darah yang terkawal. Dengan makan kira-kira segenggam (1.5 auns, atau 42.5 gram) sehari kebanyakan kacang seperti badam, hazelnut, ia boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Menurut satu penyelidikan, makan 1.5 auns keseluruhan walnut setiap hari dalam seminggu, secara berterusan selama sebulan akan menurunkan jumlah kolesterol sehingga 5.4%. Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan kacang anda tidak disalut dengan gula atau garam. Memakan banyak kekacang akan menyebabkan pertambahan berat badan.

Adalah jelas bahawa makan lebih banyak tumbuhan daripada daging akan memberi manfaat kepada anda dalam banyak cara lain. Dikenali sebagai agen lemak tepu yang rendah, sayur-sayuran dan makanan berasaskan tumbuhan yang lain termasuk bijirin gandum, kekacang dan bijian atau makanan yang mengandungi asid lemak omega-3 harus ditambah pada makanan harian anda, bukan daging merah, makanan segera atau lain-lain makanan yang berkolesterol tinggi.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Bukan wanita sahaja yang perlu kerap berjumpa doktor, orang lelaki juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil imunisasi badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/04/2020 . 5 minit bacaan

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Ada yang mengatakan marjerin lebih baik daripada mentega. Ada pula yang mengatakan kedua-dua mentega dan marjerin berkhasiat. Mana satu patut anda pilih?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Resipi Sihat 20/03/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Tak Tahu Tentang Khasiat Petai, Ia Boleh Mencegah Anemia & Menstabilkan Tekanan Darah

    Ramai yang mengatakan terdapat banyak khasiat makan petai termasuklah membantu mengelak kemurungan. Adakah ia benar atau sekadar plasebo?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 12/03/2020 . 3 minit bacaan

    Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

    Gong Xi Fa Cai! Ini dia 8 tip makan makanan tradisional Cina secara sihat semasa Tahun Baru Cina nanti. Sila ikuti artikel dan amalkan tip ini ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Perayaan 20/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kanser kolorektal

    Makanan Yang Dilarang Untuk Pesakit Kanser Kolorektal, Apa Yang Harus Dielakkan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    lemak baik untuk diet

    Pesakit Diabetes Kena Jaga Makan, Tapi Boleh Ke Jika Ambil Lemak Dalam Diet Harian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    bulking dan cutting

    Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 2 minit bacaan